Darussyifa' Online

Darussyifa' Online
klik pada imej untuk ke link

BIC Smart Shop

BIC Smart Shop
klik pada imej untuk ke pautan

Boikot Zionis La'natuLLAH!

Boikot Zionis La'natuLLAH!
klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

Selamatkan Gaza!

Selamatkan Gaza!
klik pada imej untuk ke link

Sunday, February 20, 2011

Tribut Buatmu: Penyakit Orang Kita...

Penyakit org kita:

1. Suka ckp buruk ttg org

2. X boleh nak tengok sesama bangsa maju

3. Tikam belakang

4. Nak cepat kaya

5. Malas

6. Nak semua senang, dpt free.

7. Minda subsidi

8. Sukar ubah mindset, suka di takuk lama

9. Suka dengar gosip

10. Jaga tepi kain orang, sehingga kdgkala bab dalam2 kain pun nk ambil tahu

11. UMNO

12. Adu domba

& banyak lagi...


Sekadar peringatan brsama...


Written via my Nokia E90 Communicator Activenotes

Cerita Soal Hati: Ini Bukan Cerita Jiwang!

Petang ini saya bersama dengan Hazmie ke lapangan terbang. Mahu beli tiket.

Sedang saya menunggu Hazmie di dalam kereta, pandangan mata saya tertarik dgn gelagat dua org yg sdg brpasangan. Seorang lelaki & seorang lagi perempuan.

Drpd pngamatan saya, saya katakn bhw lingkungan usia mrk adalah sekitar awal 20-an. Pakaian mrk kelihatan agak ranggi, & begitulah adanya fesyen remaja dewasa ini, saya kira.

Melihat telatah dua orang ini (yang sebenarnya pd hakikatnya tidaklh trlalu signifikan dgn orang lain, cuma apb sy melihat mrk, saya mula brfikir), sy teliti trhadap apa yg ada pd mereka, dr atas shingga bwh.

Lelaki trsebut nmpaknya kelihatan biasa2 shj, akn tetapi apb sy teliti pula si perempuan yg brsama dgnnya; berpakaian ketat (ini sudah jd kbiasaan utk org zaman skrg), rambut yg brwarna kperang-perangan, & di tangannya sdg memegang bungkusan biskut yg jenamanya masyhur, yg saya ketahui melalui pembacaan saya, mgandungi bahan yg meragukan, yg dtakuti haram.

Saya trfikir, bagaimanakh sbenarnya perasaan yg trsemat di hatinya, seandainya dia jujur brtanya kpd hati sanubarinya sendiri? Hati yg tubuhnya memakan yang haram, pakaiannya haram, perhiasannya haram, hati tersebut adalah hati yg mati. Hati yg lali dgn maksiat. Hati yg seperti ini plg kita khuatiri krn kita tkut sgala dosa yg dlakukan tidak terasa melakukan ksalahan. Itu yg bahaya. Saya trfikir, tidakkah dia merasa gelisah krn dosa2 yg trpalit pd dirinya? Hati yg sihat & tanda ada iman adalah hati yg gelisah apb berbuat dosa.

Alangkah bruntungnya apb memiliki hati yg sihat. Tp tidak ramai yg mminta hati yg sihat. Sama2 kita doakn agar ALLAH SWT kurniakn hati yg sihat.

P/s: adapun sy tidaklah menilai mrk secara trlalu mndalam, krn isi hatinya tiada siapa yg tahu melainkan ALLAH SWT.

Written via my Nokia E90 Communicator Activenotes

Friday, March 5, 2010

Da'wah: Teori Mantap, Praktikal Tak Ke Mana?

Assalamu’alaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh,


AlhamduliLLAHi rabbil ‘alameen ‘alaa kulli haal,

Segala puji bagi ALLAH SWT Yang Maha Mentadbir Sekalian ke atas segala-galanya,

Selawat dan Salam tanda kecintaan ke hadrat Al-Rasul SAW, ahlul bayt serta para sahabat Baginda.


AlhamduliLLAH, setelah sekian lama menyepi akhirnya saya diberikan kekuatan oleh ALLAH SWT untuk menulis semula. Mungkin tidaklah sehebat dulu (itupun kalau dulu memang hebat), tetapi saya sedang mengumpul kekuatan untuk menulis semula. Terasa lemau akibat kekontangan idea & masa lebih banyak diluangkan untuk aktiviti luar yang membabitkan jamaah. AlhamduliLLAH, walaupun ruang da’wah di alam maya tidak dapat dimanfaatkan seperti dahulu, kesempatan untuk memperkasakan jamaah & da’wah di luar ruang lingkup alam maya juga agak memperkayakan jiwa. Semoga ALLAH berikan kekuatan untuk terus menulis untuk da’wah ilaLLAH wa ridhaLLAH.


Menyebut tentang da’wah, baru pagi semalam semasa dalam perjalanan menuju ke pejabat, saya sempat berbincang dengan seorang Ustaz yang agak veteran dalam bidang da’wah ini. Ustaz tersebut yang merupakan seorang Penyelia Zon di salah satu bahagian di Sarawak berkhidmat selama lebih daripada 10 tahun bersama NGO Islam yang berdiri kukuh di Sarawak, iaitu HIKMAH (Harakah Islamiyyah). Berbincang tentang pengalamannya berda’wah di kawasan pedalaman yang agak jauh daripada gelombang kemajuan, beliau telah memberikan satu komentar yang amat memberikan kesan ke dalam hati, justeru sedikit sebanyak menempelak golongan da’wah yang sangat rancak membicarakan teori da’wah melalui bengkel, ijtima’, muktamar, tamrin & sebagainya, tetapi hakikatnya sangat kurang dari sudut praktikal ataupun hands-on.


Katanya:

“Nang rami urang boleh nyebut pasal teori da’wah, tapi coba sidak pergi ke pedalaman nun merasa kedirik camney rasa berda’wah dengan urang masayarakat Iban di pedalaman. Kamek dah 15 tahun dudok di Ulu Simunjan nun. Kamek kadang-kadang nangga urang nyebut teori berda’wah tapi praktikal sikda, sik guna. Kita nang kuat nyebut pasal da’wah tapi mun disuroh pergi ke pedalaman nun, bermalam kat rumah panjang dengan asuk ngan dak babi, sikboh lamak, seminggu-duak jak cukuplah..ya pun belum tentu maok”

Dalam Bahasa Melayunya:

“Memang ramai yang boleh bercakap tentang teori dalam berda’wah, tetapi adakah mereka sanggup untuk turun ke pedalaman untuk merasai sendiri bagaimana cabaran berda’wah kepada masyarakat Iban di pedalaman. Saya sudah menetap di Ulu Simunjan (untuk menjalankan tugas sebagai penda’wah & penyelia zon) selama 15 tahun. Saya kadangkala melihat golongan tertentu sangat rancak membicarakan teori da’wah. Akan tetapi tiada gunanya semua itu tanpa praktikal. Kita memang kuat menyebut tentang da’wah tetapi apabila disuruh untuk pergi ke pedalaman untuk bermalam di rumah panjang dengan keadaan bergelumang dengan anjing dan babi selama seminggu-dua, itupun belum tentu sudi”


Ya! Saya amat bersetuju dengan kata-kata beliau. Kebanyakan daripada kita yang mengaku sebagai ahli gerakan Islam & orang yang terjun meletakkan diri di dalam golongan penda’wah hanya galak berbicara soal teori menyentuh hati, strategi dan sebagainya yang dipetik daripada mana-mana buku. Akan tetapi tidak ramai yang sanggup untuk melakukannya secara praktikal.

Kita sentiasa menyebut tentang kewajipan berda’wah termasuk kepada yang non-muslim, tetapi sikap kita yang asyik sentiasa mengelak dengan berbagai alasan menyebabkan kita tidak dapat mempraktikkan skill-skill yang diperoleh daripada tamrin & sebagainya ke dalam dunia yang nyata. Kita masih tidak mampu untuk memecahkan comfort-zone barrier yang memagari sekeliling kita. Akhirnya teori tetap tinggal teori yang hanya terletak di atas kertas & setidak-tidaknya dibaca berulang-ulang kali & dibincangkan di dalam usrah, ijtima’ & sebagainya. Maka kita terus gagal untuk melaksanakan perintah ALLAH untuk menyebarluaskan gelung rangkaian Islam. Masih jauh lagi kita daripada kejayaan andai pagar-pagar zon selesa tidak dirobohkan.


Saya amat merasa kagum dengan usaha NGO Yayasan Amal Malaysia yang semakin menampakkan keprihatinan mereka untuk deliver Islam kepada masyarakat melalui aktiviti-aktiviti amal mereka. Salah satu daripada usaha mereka yang boleh dibanggakan ialah usaha mereka untuk menjaga kebajikan masyarakat Iban Ulu Kota, Pakan di kawasan pedalaman Sarikei. Sudah beberapa kali siri lawatan diadakan dengan tujuan untuk mengembangkan lagi masyarakat Iban Muslim di sana. Baru-baru ini di dalam salah satu siri lawatan mereka yang lebih dikenali sebagai ‘Ziarah Da’wah’, mereka telah berjaya mengadakan upacara pecah tanah bagi pembinaan surau demi kepentingan masyarakat Iban Muslim di sana. Alangkah baiknya jika usaha-usaha seperti ini dirancakkan di bumi Sarawak ini bagi menyuburkan lagi tanah Sarawak yang kian kontang daripada ruh-ruh keimanan.


Walaupun begitu, saya tidaklah menyangkal usaha sesetengah golongan yang terus menjalankan peranan mereka untuk menyampaikan da’wah kepada masyarakat Bandar. Usaha-usaha untuk membawa islah ke dalam masyarakat tidak mengira tempat sememangnya wajib diteruskan. Akan tetapi, perlu dijenguk-jenguk juga keadaan masyarakat di luar bandar yang jauh di pedalaman. Jangan dibiarkan bersawang ruang ‘mengundang hidayah’ yang kosong itu. Usaha untuk membawa & memperkayakan Islam di luar Bandar perlu diperhebatkan agar masyarakat luar Bandar dapat mengenali akan keindahan Islam. Martabat masyarakat juga dapat dipertingkatkan kerana cahaya Islam yang menaungi mereka.


Adapun, tulisan ini sebenarnya lebih kepada teguran kepada diri yang berbuih mulut menyebut tentang da’wah tetapi hakikatnya masih banyak lagi yang tidak mampu dilaksanakan. Sebagai seorang yang masih lagi bertatih di dalam rencana da’wah ini, saya merasakan bahawa perjalanan saya sendiri untuk ke tahap yang dikatakan oleh Ustaz itu tadi masih sangat jauh. Walaupun merasa lemah & tidak berupaya untuk bergerak sehingga ke tahap itu, saya rasa tidak sayugialah untuk saya melepaskan peluang mengisi ruang-ruang yang boleh digunakan untuk terus menyampaikan mesej Islam. Saya doakan ALLAH SWT kurniakan kekuatan kepada kita bersama untuk terus menyeru kepada Islam melalui apa jua medium. Semoga kita sama-sama dikurniakan kejayaan di dunia & di akhirat! Ameen Ya ALLAH!


Ibn ‘AbdiLLAH As-Sarawaki,

2.06pm,

6 Mac 2010, Sabtu,

Kuching, Sarawak.

Thursday, December 31, 2009

Tahniah PTS! : 'Universal'kan Penterjemahan Al-Qur'an!


Assalamu’alaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh,


AlhamduliLLAHi ‘alaa kulli haal,

Segala puja-puji kepada Al-Khaliq, Yang Maha Menciptakan ke atas segala-galanya,

Selawat dan salam isyarat kecintaan kepada HabibuLLAH Ar-Rasul SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda.


AlhamduliLLAH, satu berita baik buat rakyat Sarawak khususnya bagi masyarakat Iban.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Petikan dari Malaysiakini: “Terjemahan pertama al-Quran dalam bahasa Iban akan mula diterbitkan tahun depan bagi membantu golongan penutur bahasa tersebut memahami kitab suci Islam itu.

Projek penerbitan itu dimulakan dengan terjemahan edisi muqaddam, kemudian diikuti teks lengkap al-Quran pada 2011, kata pengerusi kumpulan syarikat PTS.

Terjemahan itu berpandukan naskhah terjemahan paling popular dalam bahasa Melayu Pimpinan al-Rahman terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Ainon Mohd lagi.

Beliau juga berkata terjemahan tersebut akan menjadi naskhah lengkap terjemahan al-Quran dalam bahasa etnik terbesar di Sarawak.

"Terjemahan ini menggunakan bahasa Iban laras halus, sebagaimana yang digunakan oleh penutur aslinya. Belum ada lagi naskhah sedemikian," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Justeru, individu keturunan Iban yang berminat mengetahui isi kandungan al-Quran memang mengalami masalah tiada bahan rujukan.

"Bukan semua orang Iban mampu membaca dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Lagipun membaca dalam bahasa ibunda lebih mudah difahami," kata bekas pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu lagi.

Tambahnya, sasaran utama bagi penerbitan yang diusahakan PTS Darul Furqan Sdn Bhd itu antaranya golongan muallaf yang bertutur dalam bahasa tersebut.

"Iban adalah bahasa kaum bumiputera yang terbesar di Sarawak, oleh itu kami dapati ada pasaran niche bagi buku-buku dalam bahasa Iban," katanya dalam wawancara melalui emel.

"Golongan yang akan mendapat manfaat paling baik daripada penerbitan buku ini nanti adalah individu keturunan Iban yang sudah memeluk Islam, atau mereka yang mungkin akan memeluk Islam kerana mempunyai rancangan berkahwin dengan pasangan Islam.

"Namun kita yakin, masyarakat Iban yang tidak berminat dengan Islam pun tetap akan mendapat manfaat apabila membacanya kerana mereka akan dapat memahami dengan betul perbezaan-perbezaan pelbagai aliran agama di Malaysia."

Ainon menunjukkan satu contoh terjemahan al-Quran itu seperti dimuatkan di blog peribadinya Universiti PTS.

Ayat 1 dan 2 surah al-Asr dalam bahasa itu berbunyi: "Enggau nama Allah petara ti pemadu manah serta ti pemadu penyayau. Allah petara ti siko besumpah enggau ari. Semua anak mensia nyadi rugi."

Ainon menjelaskan, projek dengan kos percetakan RM30,000 itu akan meluaskan penyebaran al-Quran dalam apa juga bahasa di dunia.

Tambahnya, 3,000 naskah muqaddam dan 3,000 lagi teks al-Quran bagaimanapun belum diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan juga Jakim.

"Pihak KDN dan Jakim boleh menubuhkan kumpulan penyemak dengan menggunakan khidmat guru agama keturunan Iban, ahli akademik, dan pendakwah lulusan aliran pengajian Islam yang boleh membaca dan mamahani bahasa Iban," katanya lagi.

Naskhah terjemahan tersebut akan dihantar kepada KDN dan Jakim untuk semakan sebelum proses percetakan, tambahnya.”

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ibn ‘AbdiLLAH As-Sarawaki:

AlhamduliLLAHi ‘alaa kulli haal, dengan usaha kristianisasi dan pemurtadan yang semakin hebat di Pulau Borneo ini, wujud usaha ke arah membuka dan memberikan kefahaman terhadap masyarakat Iban di Sarawak berkaitan Al-Qur’an dan Islam seluruhnya. Saya optimis dengan usaha ini, mengharapkan agar naskhah terjemahan yang dikeluarkan dapat dimiliki oleh masyarakat Iban baik yang beragama Islam, ataupun yang berminat untuk mengkaji tentang Islam, ataupun yang sedang mencari kebenaran ataupun bagi yang ingin mengetahui intipati di dalam Al-Qur’an. Semoga yang telah beroleh hidayah menjadi semakin kuat pegangan terhadap imannya, manakala yang sedang mencari kebenaran akan berjumpa dengan kebenaran yang dicari, dan bagi yang mengkaji, semoga ALLAH SWT campakkan hidayah kepadanya.

Inilah da’wah kita kepada mereka, keberhasilan da’wah itu, buah hidayah itu, kita serahkan kepada ALLAH SWT, namun sekurang-kurangnya inilah permulaan usaha kita sebagai counter-act kepada usaha kristianisasi dan pemurtadan di Sarawak. FirmanuLLAHu Ta’ala:

“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi ALLAH member petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan ALLAH lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk” Al-Qasas ayat 56.


Adapun, usaha ini saya kira merupakan langkah pertama ke arah menterjemahkan lebih banyak lagi kitab-kitab ilmu yang bermanfaat untuk tujuan da’wah kepada masyarakat pribumi Sarawak. Mungkin tidak mustahil esok lusa PTS mampu mengeluarkan Buku Asas Fardhu Ain dalam Bahasa Iban, Melanau dan Ba’ie pula selepas ini, malah menerbitkan Himpunan Hadith-Hadith Sahih Bukhari dan Muslim dalam Bahasa Iban ataupun lebih hebat lagi, kitab Fiqhud Daulah (Fiqh Kenegaraan) ke dalam Bahasa Iban.


Ruang penulisan buku-buku introduction kepada Islam untuk non-Muslim Sarawak sebenarnya sangat banyak, dan peluang ini seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya bagi individu-individu yang berbakat dalam bidang penulisan. Di kedai-kedai buku, terdapat lambakan novel-novel cinta, baik yang berunsur ‘cinta Islamik’ ataupun cinta tidak terarah. Alangkah baiknya kalau ruang-ruang ini boleh diisikan dengan lebih banyak lagi buku-buku pengenalan Islam kepada non-Muslim khususnya di Sarawak, yang ditulis ke dalam bahasa yang mudah untuk mereka fahami.


Usaha menterjemahkan Al-Qur’an ke dalam Bahasa Iban ini merupakan permulaan ke arah masyarakat Iban untuk mendekati Islam. Kita tanya kepada diri kita pula, adakah kita yang berbangsa Melayu ataupun yang sangat fasih berbahasa Melayu ini berusaha ke arah untuk menghayati dan memahami, justeru mengamalkan apa yang termaktub di dalam Al-Qur’an, di dalam keadaan di hadapan kita terdapat lambakan terjemahan Al-Qur’an dalam Bahasa Melayu? Sama-sama kita muhasabah.


P/S: Sesiapa yang berhasrat untuk menulis buku, dan mencari-cari penulis pembantu, saya berminat untuk bersama-sama dengan anda. (“,)


Ibn ‘AbdiLLAH As-Sarawaki,

10.37pm,

31 Disember 2009, Khamis,

Kuching, Sarawak.

Katakan "TAK NAK" Kepada Tabarrujul Jahiliyah!

Katakan "TAK NAK" Kepada Tabarrujul Jahiliyah!
klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

Alternatif Fesyen Islami

Alternatif Fesyen Islami
klik pada imej untuk ke link

Jom Belajar Bahasa Arab

Jom Belajar Bahasa Arab
klik pada imej untuk ke link

Video-video Pilihan

Ustaz Ismail Kamus - Nafsu Makan Ustaz Ismail Kamus - Alam Jin Ustaz Azhar Idrus - Banduan Akhirat Ustaz Azhar Idrus - Tidur 20 Tahun