Darussyifa' Online

Darussyifa' Online
klik pada imej untuk ke link

BIC Smart Shop

BIC Smart Shop
klik pada imej untuk ke pautan

Boikot Zionis La'natuLLAH!

Boikot Zionis La'natuLLAH!
klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

Selamatkan Gaza!

Selamatkan Gaza!
klik pada imej untuk ke link

Tuesday, July 1, 2008

Hikmah Di Sebalik Penentuan Waktu dan Rakaat Sembahyang

(P/S: Disebabkan rujukan yang saya gunakan ditulis dengan bahasa Melayu lama, maka saya terpaksa mengubahnya kepada bahasa Melayu yang lebih moden ataupun sekurang-kurangnya mudah untuk difahami. Disebabkan bahasa Melayu lama digunakan, ada sesetengah ayat yang memang sukar difahami, maka saya telah translatekan dan susun semula ayat-ayatnya dengan bantuan rakaman Kuliah Munyatul Musolli yang disyarah Tuan Guru Hj Abdul Hadi Hj Awang. InsyaALLAH, semoga dipermudahkan ALLAH dalam usaha memahami isi-isi tulisan ini)


Telah dikatakan oleh sesetengah hukama':
Ditentukan tiap-tiap sembahyang itu padanya ada Nabi dari kalangan anbiya' ALLAH yang bersembahyang padanya.

Orang yang pertama kali sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s tatkala ia keluar daripada Syurga,dan dilihat olehnya kegelapan,maka bersangatan takutnya. Tatkala Subuh dan terbit Fajar, ia bersembahyang dua rakaat, yang mana rakaat pertama ialah kesyukuran bagi kelepasan dari kelam, dan rakaat yang keduanya syukur kerana telah kembali siang hari.

Orang yang pertama sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim ketika ALLAH menyuruh baginda untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s. Kemudian disuruh pula untuk menyembelih binatang penebusan (ingat lagi Nabi Ismail digantikan dengan seekor kibas?). Peristiwa ini berlaku ketika gelincir matahari. Maka solatlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat, yang mana:

rakaat pertama: syukur bagi penebusan anaknya dengan seekor kibas

rakaat kedua: membukakan/mengangkat dukacita anaknya/anaknya(Ismail a.s) tidak jadi disembelih,tetapi digantikan dengan kibas Habil dari Syurga, maka terlepaslah Ismail daripada dukacita.

rakaat ketiga: memohon keredhaan ALLAH SWT.

rakaat keempat: kerana keadaannya yang diberi penebus yang amat besar (kibas).



Orang yang pertama sembahyang Asar ialah Nabi Yunus, ketika mana baginda dikeluarkan dari perut ikan nun (seperti ikan paus), dan baginda di dalam empat jenis kelam:

pertama:kelam kegelapan kesalahan (baginda lari daripada kaumnya sebelum diizinkan oleh ALLAH SWT)

kedua: kelam airnya

ketiga: kelam malam

keempat: kelam dlm perut ikan

dan adalah keluarnya dari perut ikan itu pada waktu Asar, maka baginda bersembahyang empat rakaat kerana bersyukur terlepas drpd 4 kegelapan itu tadi.



Orang yang pertama sembahyang Maghrib ialah Nabi 'Isa ketika baginda dikeluarkan oleh ALLAH daripada antara kaumnya, dan peristiwa itu berlaku ketika jatuh matahari:

Rakaat Pertama: Menafikan ketuhanan selain ALLAH SWT

Kedua: Menafikan tuduhan sebagai anak zina daripada ibunya/mengelakkan ibunya daripada dituduh oleh kaumnya sebagai penzina.

Ketiga: Segala sifat ketuhanan itu bagi ALLAH SWT jua.

Kerana itulah, dua rakaat yang dahulu itu berhubung/saling bersambung keduanya, dan yang ketiganya tunggal (solat Maghrib mempunyai tahiyat awal selepas 2 rakaat,berpisah dgn rakaat ketiga yang bertahiyyat akhir).



Orang yang pertama sembahyang 'Isya' ialah Nabi Musa ketika baginda sesat dalam perjalanan keluar dari Madyan.

Di waktu itu,isterinya, saudaranya Nabi Harun a.s, bapa angkatnya dan musuhnya-Firaun, dan beberapa orang anaknya berdukacita terhadapnya kerana baginda keluar dari Madyan.

Maka kemudian dilepaskan oleh ALLAH keempat-empat dukacita itu daripada Musa a.s, lalu baginda pun solat empat rakaat (kesyukuran dilepaskan daripada dukacita), di mana ketika itu adalah pada waktu Isya'.

Dan pada riwayat yg lain, bahawasanya Subuh itu bagi Nabi Adam a.s, Zohor itu bagi Nabi Daud a.s, Asar bagi Nabi Sulaiman a.s, Maghrib itu bagi Nabi Ya'qub a.s dan 'Isya' itu bagi Nabi Yunus a.s.

WaLLAHua'lam...

(Rujukan: Kitab Minyatul Musolli/Cita-cita Orang Yang Bersembahyang yang dikarang oleh al-Allamah Syeikh Daud ibn 'AbduLLAH al Husaini al Fatoni r.a)

Asal Sesuatu Itu Adalah Harus

Salam’alaik

Artikel untuk dikongsi…
Artikel ini saya tulis semester lepas untuk menjawab persoalan sahabat saya yang bertanya tentang hal mendengar muzik barat, ataupun lebih umum lagi, berkaitan mendengar muzik. insyaALLAH rujukan yang saya ambil adalah dari pnulisan ulama’ muktabar..dan kandungan artikel ini insyaALLAH adalah sahih…..

Wassalamu..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Asal Sesuatu Itu Adalah Harus

Firman ALLAH SWT:
"Dialah ALLAH yang mjadikan sesuatu yang ada di atas muka bumi untuk kamu"

(alBaqarah ayat29)

Sehubungan dengan itu kita tidak boleh memutuskan haramnya sesuatu itu melainkan mestilah berlandaskan kepada nas yang sahih dari alQuran atau Sunnah RasulNya atau kesepakatan ulama' yang tegas lagi meyakinkan.

Jika tidak terdapat sebarang nas dan ijmak (kesepakatan), atau ada nas tapi tidak sahih, atau ada nas yang sahih tapi tidak tegas mengharamkan sesuatu, ia tetap tidak akan mempengaruhi daerah keHALALannya dan ia tetap berada di dalam ruang lingkup keMAAFan yang MAHA LUAS.

Firman ALLAH SWT:

"Dan sesungguhnya ALLAH telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya"

(al An'aam ayat119)

Rasul SAW pernah bersabda:
" Apa sahaja yang dihalalkan oleh ALLAH dalam kitabNya adalah HALAL, apa saja yang diHARAMkan oleh ALLAH dalam kitabNya adalah HARAM, apa sahaja yang didiamkan oleh ALLAH tentang kedudukannya, maka terimalah dari ALLAH kemaafanNya,kerana sesungguhnya ALLAH tidak akan melupakan sesuatupun" HR alHakim& alBazzar. Seterusnya baginda membaca firman ALLAH SWT :

"Dan Tuhanmu tidak pernah lupa" (Q.S Maryam ayat64)

Rasul SAW bersabda :
"Sesungguhnya ALLAH telah memfardhukan beberapa fardhu, janganlah kamu melanggarnya & mendiamkan sesuatu sebagai rahmat kepada kamu, bukan kerana lupa, janganlah kamu mencari-carinya"
HR adDaruQutni.

Jika inilah kaedah yang perlu diambilkira, manakah nas dan dalil yang menjadi sandaran kepada orang yang mengharamkan nyanyian,& apakah sikap golongan yang mengharuskannya?

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan oleh sahabat kita tadi, yang saya nampak lebih bernada "adakah salah mendengar muzik Barat/apakah kedudukan muzik Barat?".

Pada pandangan saya yang dhaif ini, dalil-dalil dari Quran dan hadith-hadith yang dikemukakan sudah cukup untuk menyatakan kedudukan asal mendengar muzik, iaitu HARUS. Bukankah muzik yang baik itu merupakan halwa telinga yang boleh menenangkan jiwa yang resah, sedih, down dan lain-lain. Bukankah ianya membangkitkan semangat dan perasaan gembira? Jikalau ada yang mengatakan muzik-muzik tidak boleh didengar kerana ia membawa ke arah kelalaian, ambillah iktibar dari sebuah hadith yang berbunyi;

Nabi SAW bersabda
"Sesungguhnya segala amalan yang dilakukan itu diambil kira berdasarkan niat & setiap orang itu dikira amalannya berdasarkan niatnya melakukan amalan tersebut….(dan selanjutnya)" HR Muttafaqun 'alaih. Ianya adalah hadith pertama terdapat dalam sahih al Bukhari.

Dr Yusuf al Qaradhawi berkata:
"Orang yang mendengar muzik dengan niat untuk membantunya melakukan kemaksiatan kepada ALLAH, adalah orang yang fasik. Begitu juga amalan-amalan yang lain selain dari mendengar muzik yang dilakukan dengan tujuan yang sama. Sebaliknya orang mendengar muzik dengan niat untuk memperkuatkan ketaatan kepada ALLAH & menguatkan lagi semangatnya dalam melakukan kebajikan, dia adalah seorang yang taat dan berbuat baik dan perbuatannya itu dikira sebagai termasuk ke dalam ertikata kebenaran. Orang yang mendengar nyanyian yang tidak bertujuan ke arah kemaksiatan dan bukan juga kebaikan, perbuatan itu dikira sebagai perbuatan yang lagha (sia-sia) yang dimaafkan”.

Cuma yang perlu saya ingatkan di sini, ialah terdapat beberapa garis panduan dalam mendengar nyanyian, iaitu:

1. Nyanyian itu adalah sesuai dengan sopan santun Islam dan selaras dengan ajaran-ajarannya sahaja.
Nyanyian yang dilarang adalah nyanyian yang membawa keraguan ke atas asas-asas keimanan iaitu keraguan dalam perkara prinsip, tempat kembali manusia & hal-hal kenabian. Juga dilarang dari mendengar nyanyian yang menyanjung penguasa yang zalim, melampaui batas & yang fasik. Begitu juga dengan nyanyian yang menyanjung kaum wanita mata keranjang.

Firman ALLAH SWT:
“Katakanlah kepada lelaki yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka.”
( anNur ayat30)

“Katakanlah kepada kaum wanita yang beriman, hendaklah mereka menutup pandangan mata mereka.”
( anNur ayat31)

2. Cara menyanyi juga satu perkara penting yang perlu diambil kira. Cara mnyanyi yang menimbulkan syahwat, membangkitkan nafsu berahi dan menghairahkan, menimbulkan ghairah seks, menggugah persoalan suka, cinta dan menyalakannya dengan berbagai cara yg menggoncangkan nfsu, terutama sekali bagi kalangan muda – mudi adalah dilarang sama sekali.

3. Nyanyian tidak boleh diiringi dengan aktiviti haram seperti minum arak, mempertontonkan hiasan dan kecantikan kepada orang lain (contoh mudah :ALIZEE) dan percampuran bebas antara lelaki dan wanita, tanpa sebarang batas dan ikatan dan tanpa ada sedikit perasaan malu.

Sabda Nabi SAW:
“Sesungguhnya satu golongan dari kalangan ummatku akan minum arak dan mereka akan menamakannya dengan nama lain, sambil mereka dikelilingi dengan alat-alat muzik dan penyanyi-penyanyi wanita, ALLAH SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam tanah dan menjadikan rupa bentuk mereka kera-kera dan babi-babi” HRIbnuMajah.

4. Nyanyian – sebagaimana aktiviti-aktiviti HARUS yang lain – hendaklah dibatasi dengan sikap yang tidak berlebihan, terutama sekali nyanyian sentimental yang mengandungi permasalahan cinta dan rindu. Manusia bukanlah makhluk sentimental sahaja. Perasaan sentimental bukanlah semestinya berlegar sekitar persoalan sahaja. Cinta bukanlah sekadar kepada wanita sahaja. Wanita pula bukanlah sekadar jasmani dan syahwat sahaja dan tiada yang lain selain itu. Sehubungan itu, aliran deras lagu-lagu sentimental yang menghairahkan perlu dibendung.

5. Satu perkara yang perlu diberikan perhatian ialah setiap orang perlu menjadi faqih atau mufti kepada dirinya sendiri. Jika nyanyian yang didengar itu menimbulkan ghairah seksnya, membujuk rayu dan menggoda, membuatkan fikirannya menjelajah ke alam khayalan, dan menjadikan aspek kebinatanganny mengatasi aspek kerohaniannya, di saat itu dia perlu menjauhi nyanyian itu dan menutup semua pintu yang boleh mendatangkan fitnah kepada hati, agama dan moralnya, sehingga keadaan kembali tenteram dan dia pula menjadi tenang.

SEPERKARA yang ingin saya tambah ialah nyanyian tersebut hendaklah bebas dari sebarang unsur mencarut (seperti sesetengah muzik Barat yang diminati oleh muda-mudi masa kini) , tidak mengutuk orang lain yang tidak zalim, tidak medustakan / tidak mencerca ALLAH, RasulNya, para sahabat dan ISLAM sendiri.

Saya ingin berpesan agar kita tidak melampaui batas dan tidak bersikap keterlaluan dalam mendengar nyanyian. Selalu mendengar muzik bukanlah menjadi satu kesalahan, tapi yang kita takuti ia boleh menimbulkan kelalaian jika berlebihan.

Renungi hadith dan kata-kata hikmah berikut…

Suatu hadith berbunyi:
Nabi SAW bersabda “Orang yang berakal, tidak akan bergerak menelusuri perjalanan melainkan kerana 3 tujuan: iaitu mencari punca penghidupan, mncari bekal untuk akhirat dan mencari kesenangan yang tidak diharamkan” –maksud alHadith.

Imam Abul Laith asSamarkandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin (Peringatan Bagi Orang-orang Yang Lupa) mendatangkan riwayat dari Saiyidina Ali r.a yang bermaksud “Seharusnya mereka yang berakal tidak bersungguh-sungguh melainkan dalam 3 perkara, iaitu berusaha untuk keperluan hidupnya, beramal untuk hari kemudian dan bersuka-suka dalam perkara yang tidak haram”.

Kata-kata hikmah Ibn al Muqaffa’ :
“Saya tidak melihat sikap berlebih – lebihan dalam suatu perkara melainkan di situ terdapat hak yang dipinggirkan dan disia-siakan”


Rujukan dan petikan dari:

SENI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM / Al – Islam wa al-Fan
Tulisan Prof Dr Yusuf al Qaradhawi
Al-Qahirah
Perniagaan Jahabersa

WaLLAHua’lam.
Ibn ‘AbdiLLAH/Ghulam asSarawaki

Hukuman Meninggalkan Sembahyang

Orang Islam bersepakat mengatakan sembahyang adalah WAJIB ke atas setiap Islam yang berakal, baligh dan berkeadaan suci. Ia adalah ibadah badan yang tidak menerima gantian.

Sepakat orang Islam bahawa siapa yang INGKAR KEPADA HUKUM WAJIB SEMBAHYANG(maksudnya mengatakan sembahyang itu tidak wajib sebagai contoh), maka dia menjadi KAFIR (MURTAD), kerana kewajipannya sabit dengan dalil yang jelas dair alQur'an, Sunnah, dan Ijma' ulama'.

Sesiapa yang meninggalkannya kerana MALAS dan MENGANGGAPNYA MUDAH, maka dia menjadi FASIK dan PENDERHAKA, kecuali jika dia orang yang baru memeluk Islam, ataupun dia tidak bercampur dengan orang Islam untuk beberapa ketika yang boleh memberitahunya tentang kewajipan bersembahyang.

Orang yang meninggalkan sembahyang akan dihukum di dunia dan akhirat. Dalam alQur'an, firman ALLAH SWT: (Setelah melihat orang yang bersalah itu, mereka berkata), apakah yang menyebabkan kamu masuk saqar (neraka)? Orang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk dalam kumpulan yang mengerjakan sembahyang" Surah alMuddatsir 42-43.

dan banyak lagi firmanNya.

Menurut pandangan ahli fiqh, hukuman di dunia bagi orang yang meringan-ringankan dan malas bersembahyang ialah:

Menurut fatwa mazhab Hanafi: Orang itu fasiq, hendaklah DIPENJARA dan DIPUKUL DENGAN KUAT SEHINGGA BERDARAH, SEHINGGA DIA SEMBAHYANG DAN BERTAUBAT, ATAUPUN MATI DALAM PENJARA.

Imam Maliki, Syafi'i dan Hanbali mengatakn orang yang meninggalkan sembahyang tanpa uzur walaupun hanya sekali, maka hendaklah diminta dia BERTAUBAT DALAM MASA 3 HARI seperti orang yang MURTAD. Jikalau ENGGAN, HENDAKLAH DIA DIBUNUH.

Kata Imam Ahmad bin Hanbal (Imam Hanbali): Seseorang yang meninggalkan sembahyang adalah dihukum bunuh kerana kekufurannya", dan ini berdasarkan firman ALLAH dalam al-Qur'an (rujuk surah at-Taubah ayat 5).

Jadi, sesiapa yang meninggalkan sembahyang, maka dia tidak memenuhi syarat atTakhliyyah (kebebasan) maka dia tetap kekal dalam status harus dibunuh. Oleh itu orang yang tidak bersembahyang tidak boleh dibebaskan, yang juga berdasarkan hadith Nabi SAW: "Yang membezakan seseorang dengan kekufuran ialah meninggalkan sembahyang"-->yang menunjukkn bahawa peninggalan sembahyang itu membawa kepada kekufuran. (perlu diingatkan semula bahawa ini pendapat mazhab Hanbali).

Al-Syaukani menganggap pendapat ini sebagai rajih/kuat. Beliau mengatakan bahawa orang yang meninggalkan smbahyang adalah KAFIR dan HALAL DIBUNUH.

Walau bagaimanapun, saya( Dr Wahbah Zuhaili) lebih cenderung kepada pendapat yang pertama, iaitu TIDAK KAFIR seseorang yang meninggalkan sembahyang. Ini disebabkan terdapat banyak hadith-hadith yang qat'i/jelas menunjukkan bahawa seorang Islam tidak akan kekal dalam neraka selepas dia mengucapkan dua kalimah syahadah.

Antara hadithnya:
Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang mengatakan "tiada Tuhan melainkan ALLAH" dan dia mengkufurkan perkara-perkara yang disembah selain ALLAH, maka harta dan darahnya menjadi haram ke atas orang Islam yang lain, dan perkiraannya terserah kepada ALLAH."(ditakhrijkan oleh Muslim)

dan

Nabi SAW bersabda
"Keluar daripada api neraka sesiapa yang mengatakan tiada Tuhan selain ALLAH SWT, sedangkan dalam hatinya ada kebajikan seberat biji barli. Kemudian keluar daripada neraka siapa yang mengatakan tiada Tuhan selain ALLAH, sedangkan dalam hatinya ada kebaikan seberat biji gandum, dan keluar dari neraka sesiapa yang mengatakan tiada Tuhan selain ALLAH SWT sedangkan dalam hatinya ada kebajikan seberat atom"(ditakhrijkn oleh Bukhari dan Anas r.a)

Cara membunuh orang yang meninggalkan sembahyang jika dia tidak bertaubat menurut jumhur/kebanyakan ulama' selain ulama mazhab Hanafi ialah dengan memancung batang lehernya.

WaLLAHua'lam.



Rujukan: Kitab Fiqhul Islami wa Adillatuhu/Fiqh dan Perundangan Islam jilid 1 susunan Dr Wahbah Zuhaili

Kebebasan Bersuara Menegur Pemerintah Dalam Islam

Rujukan: Islam dan Demokrasi tulisanAbdul Hadi Awang, di bwh bab 'PrinsipPolitik Islam".

Islam memberi kebebasan bersuara termasuklah kebebasan menegur kerajaan dan pemimpin. Di dalam al-Quran banyak ayat-ayat yang diturunkan bagi menjawab soalan yang dikemukakan kepada Nabi Muhammad SAW daripada orang Islam dan juga orang bukan Islam. Nabi Muhammad tidak bertindak ke atas AbduLLAH bin Ubai, pemimpin munafik yang terkenal dan rakan-rakannya apabila mereka datang ke masjid. Walaupun perbuatan mereka itu sudah didedahkn oleh wahyu dan para sahabat beliau termasuklah anak AbduLLAH bin Ubai sendiri.


Ajaran ini diteruskan oleh para khalifah selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW. Sejarah Islam kaya dengan contoh-contoh yang menarik. Di antaranya ucapan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq apabila beliau dilantik menjadi khalifah Islam yang pertama. Beliau berkata:"Wahai tuan-tuan. Saya sudah dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukanlah orang yang terbaik di kalangan kamu. Apabila saya berlaku baik tolonglah saya, dan apabila saya berlaku buruk maka perbetulkanlah saya. Benar adalah amanah,bohong adalah khianat (maksudnya:JANGAN MENGAMPU SAYA). Orang yang kuat di kalangan kamu adalah lemah di sisiku, sehingga saya mengambil kembali hak orang lain yang dirampasnya, dan orang yang lemah di sisi kamu adalah kuat di sisiku, sehingga saya kembalikan hak untuknya. Tiadalah suatu kaum yang meninggalkan jihad, melainkan ALLAH menurunkan bencana umum ke atas mereka. Taatilah saya selagi saya taat kepada ALLAH dan Rasul, dan apabila saya menderhakai ALLAH dan Rasul maka tiada lagi ketaatan kepada saya."


Khalifah Islam Umar al-Khattab menerima teguran daripada seorang wanita semasa beliau berucap memberi satu arahan dimasjid. Umar berkata,"Wanita itu yang betul, Umar yang salah."Cerita benar itu mnjadi bukti adanya kebebasan berpolitik dan bersuara yang dibenarkan oleh Islam kepada pengikutnya.

WaLLAHua'lam.

Katakan "TAK NAK" Kepada Tabarrujul Jahiliyah!

Katakan "TAK NAK" Kepada Tabarrujul Jahiliyah!
klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

Alternatif Fesyen Islami

Alternatif Fesyen Islami
klik pada imej untuk ke link

Jom Belajar Bahasa Arab

Jom Belajar Bahasa Arab
klik pada imej untuk ke link

Video-video Pilihan

Ustaz Ismail Kamus - Nafsu Makan Ustaz Ismail Kamus - Alam Jin Ustaz Azhar Idrus - Banduan Akhirat Ustaz Azhar Idrus - Tidur 20 Tahun