Kebelakangan ini terdapat perkara-perkara yang pelik dan menakjubkan berlaku.
Antaranya:
1. Dua-tiga orang yang beberapa hari sebelumnya hilang tiba-tiba muncul semula, dan pada masa yang sama membawa surat perletakan jawatan, seterusnya lompat parti. Mungkin beruzlah dan bertapa seketika untuk memikirkan keputusan untuk melepaskan jawatan atau tidak agaknya.
2. Sejarah pertama dalam Malaysia atau mungkin dalam dunia, sebuah kerajaan negeri mempunyai dua orang Menteri Besar.
3. Perlantikan Menteri Besar yang paling mudah, di mana tiada usul undi tidak percaya, tiada surat perletakan jawatan Menteri Besar sebelumnya, dan tiada juga saya dengar tentang pembubaran DUN - tup-tup esoknya dah ada majlis angkat sumpah jadi Menteri Besar dari orang baru. Perlantikan yang paling mudah setakat ini, tiada rampasan kuasa melalui senjata, tiada pilihanraya, dan sebagainya - hanya dengan proklamasi mudah menyatakan "Kami sudah mempunyai bilangan kerusi majoriti" serta beralasankan hujah "Ini menunjukkan bahawa Menteri Besar tidak ada sokongan dari majoriti".
4. Ada kes ugutan hendak menyaman Sultan jika kerajaan baru dibenarkan untuk ditubuhkan. Sebelum ini lagi hebat, ada orang mahu saman hudud! Hebatnya beliau, sehinggakan hukum ALLAH SWT mahu disaman. Semoga ALLAH SWT memberikan hidayah kepada beliau.
Itu antara seperkara dua yang saya boleh ulas tentang rentetan perjalanan sebuah negeri ke arah tertukarnya kerajaan baru di situ.
Saya agak musykil juga macam mana kerajaan Perak yang baru boleh diasaskan tanpa mengikuti mana-mana prosedur yang ditetapkan oleh perlembagaan negeri
(perlu diingatkan sekali lagi, ada tiga cara bagaimana jawatan Menteri Besar dikosongkan:
1. melalui usul undi tidak percaya di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri,
2. Pembubaran DUN, dan
3. Menteri Besar sendiri meletakkan jawatan.),
saya tidak arif dalam hal ini, mungkin tidak menyalahi perlembagaan negeri barangkali. Itu saya tidak tahu, saya serahkan kepada yang lebih arif. Cuma setakat pengetahuan saya, Sultan mempunyai kuasa untuk menitahkan mana-mana ahli exco atau sesiapa sahaja kecuali Menteri Besar untuk meletakkan jawatan.
Saya juga simpati terhadap nasib rakyat di negeri Perak yang mengalami kejutan melebihi tahap normal apabila kerajaan pilihan mereka ditukar secara tiba-tiba dengan mudah dalam masa sehari sahaja. Apa yang menyedihkan lagi hak mereka untuk memilih pemimpin yang dipercayai seolah-olah tidak diberikan kepada mereka. Bukankah pilihanraya menentukan siapa yang akan memimpin, dan yang memilih pemimpin adalah rakyat? Jadi, bagaimana pula dalam kes ini hak memilih pemimpin tidak diserahkan kepada "mahkamah rakyat"? Biar mereka memilih pemimpin yang mereka mahukan - bukankah itu lebih MACHO dan GENTLEMEN? Biar profesional!
Di sini, saya tidak mahu memandai-mandai mengatakan siapa yang betul dan siapa yang salah, kerana kedua-dua pihak mempunyai hujjah tersendiri, tinggal lagi pihak yang manakah adalah benar di sisi perlembagaan, dan SIAPA YANG PALING BENAR DI SISI ALLAH SWT. WALLAHu sami'un 'alim, Sesungguhnya ALLAH Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui apa yang kita kerjakan.
Secara peribadi kalau ditanya tentang pandangan saya siapa yang saya sokong, saya cuma nyatakan bahawa sokongan saya secara mutlak adalah kepada pihak yang dasarnya adalah ISLAM dan berjuang untuk ISLAM, bukan nasionalisme dan sebagainya. Bagaimana pula kalau ada yang menyanggah, mengatakan mereka mempergunakan politik? Saya tanya balik - "mereka pergunakan ISLAM untuk tujuan politik kah, atau anda yang tidak faham tentang politik dalam ISLAM?"
Saya memilih perjuangan Islam ke atas perjuangan racism dan nasionalisme (jangan tersilap, saya maksudkan saya pilih perjuangan Islam dan saya tolak racism dan nasionalisme).
Sekadar Suatu Analogi Konvensional :
"Benchmark untuk menentukan yg mana satu protagonis dan yg mana satu antagonis kadangkala agak mudah.
selalunya dalam mana2 novel atau cerita, protagonis ni biasa kalah dulu. tidak cukup dengan kekalahan, diusir pula dia dari tempatnya oleh pihak antagonis. tapi orang kampung percaya kepadanya, dan mereka tahu dia ditindas.
manakala watak antagonis pula, apabila sudah menang, berlebih-lebihan pula sikap mereka terhadap si hero yang dah kalah tadi. sudahlah dia (hero) dikalahkan, ditohmah dan dicaci macam-macam pula oleh antagonis tadi.
semoga ALLAH SWT memberi hidayah dan membuka mata sesetengah orang kampung yang dikaburi pandangan mereka oleh pihak antagonis.
sesungguhnya ALLAH bersama dengan orang yang beriman dan bersabar."
WaLLAHuta'ala a'alam,
Ibn 'AbdiLLAH As-Sarawaki,
7.18 am,
9 Februari 2009, Isnin,
Bintulu, Sarawak,
No comments:
Post a Comment