Selawat dan salam ke atas RasuluLLAH SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.
AlhamduliLLAHi rabbil ‘alameen, Segala puji bagi ALLAH Tuhan Sekalian Alam.
Mendengar berita yang satu ini, saya berasa amat bersyukur dan meratib sebanyak-banyaknya tahmid kepada ALLAH SWT.
Ternyata hari ini ALLAH SWT telah memberikan kemenangan kepada pihak yang benar. All those hard work really paid off!
Kalau sebelum ini, kita lihat babak-babak pertukaran kuasa penuh kontroversi di Perak. MB yang dipilih melalui demokrasi dengan sewenang-wenangnya dirampas kuasanya daripada orang-orang tertentu, kemudian dijaja pula lagi berita-berita palsu mengatakan kerajaan yang dirampas secara kudeta itu adalah sah. Di situ pula ALLAH SWT telah paparkan kepada manusia seluruh Malaysia bahawa bagaimana hak rakyat dinafikan untuk memilih pemimpin yang selayaknya untuk mereka.
Kasihan juga dengan watak-watak tertentu yang memang dianiaya seteruk-teruknya di dalam episod politik paling kontroversi di Malaysia ini.
Ada yang kena gas pemedih mata, ada yang kena pukul, ada yang kena ugutan ISA, ada yang kena ugutan bunuh, ada yang kena heret keluar dewan,... macam-macam.
AlhamduliLLAH, setelah berbulan-bulan rakyat Perak hidup di dalam gelita hempas pulas permainan catur siasah ini, disertai dengan taqarrub, diadakan majlis-majlis munajat dan yang sealam dengannya – hari ini keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memihak kepada Hj Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah!
Diharap agar keputusanitu diterima secara gentlemen oleh mereka yang berbaris (Barisan Nasional), seperti yang pernah mereka sebutkan sebelum ini.
"Sabar Datuk Dr. Zambry, kita cuba lagi next time!"
Ingin juga lihat bagaimana reaksi spontan yang telah ditunjukkan oleh orang-orang tertentu yang menjadi dalang kepada Kudeta Government tempoh hari setelah mendengar keputusan tersebut…
Hari-hari yang lepas, bukan main beria-ia lagi katanya “Dia la MB yang sah. MB sebelum ini sudah takda kuasa. Nizar tidak dapat undi majority!”. Hari ini saya ingin lihat riak wajah mereka sejurus sahaja keputusanitu ketahui. Sabar! Bukankah katanya tadi mahu terima secara gentlemen. Maka inilah keputusannya!
Dalam kekalutan tempoh hari, kasihan juga saya lihat sahabat-sahabat saya samada yang ada di Perak baik yang masih belajar di Bintulu ini – betapa susah hatinya mereka mengenang nasib negeri mereka yang tengah kecoh itu. Tahniah! Hari ini ALLAH perkenankan doa-doa kita. Sujud syukurlah sahabat-sahabatku! Kemenangan besar kian tiba!
Baru-baru ini, sempat juga tengok biodata Dr Zambry Abdul Kadir dalam blog rasmi beliau. Ijazah yang dipegangnya kebanyakannya Sains Politik belaka. Sememangnya komitmen beliau dalam politik tidak dapat dinafikan. Ikut logic akal dan berdasarkan ilmu mantik, orang yang banyak belajar ilmu sains politik dan pemikiran politik ataupun yang sespesis dengannyalah yang wajar jadi MB.
Tapi saya rasa takpe kot. Mungkin orang Perak mahukan kelainan. Kita cuba tengok pula macam mana seorang engineer akan mentadbir negeri. Engineer ni kebiasaannya kreatif orangnya, maka mungkin pentadiran Dato Seri Hj Nizar dengan minda engineernya mampu membawa natijah yang lebih baik kepada pentadbiran di Perak. Mungkin perubahan yang lebih baik berbanding orang yang cuma me’lekat’kan dirinya dengan disiplin-disiplin konvensional dalam Sains Politik. Mungkin orang macam ni lebih baik jadi pensyarah Sains Politik sahaja. Boleh juga saya belajar dari dia nanti, dengan syarat pada masa itu dia tidak memasukkan agenda politik untuk kepentingan peribadi beliau serta kroni-kroninya.
“Syeikh As-Sarawaki, enta orang Sarawak.Tapi awat awok nampak mike/mika beria-ia bukan main gembira rupa tu pasal Nizar menang jadi MB Perak? Apa cerita?”
“Ate, kalau Islam menang, takkan awok nak sedih pulak?!”
“Orang-orang itu mempunyai perancangan yang jahat, dan ALLAH juga punya perancangan. Ketahuilah, ALLAH adalah sebaik-baik perancang (membalas perbuatan jahat mereka).”
ALLAHukbar! ALLAHuakbar! ALLAHuakbar! Wa liLLAHil Hamd!
Sekadar perkongsian pendapat meluahkan rasa.
Wassalam,
P/S: Siapa pula yang bakal jadi Ketua Menteri selepas Pehin Sri Taib Mahmud selepas ini? Kalau penggantinya engineer seperti halnya di Perak, menarik juga!
"Ibunda, sebuah bangsa yang KUAT dan TERHORMAT, adalah wanita-wanita yang DICINTAI dan DIMULIAKAN. SAYANGI IBU".....
Assalamu'alaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh,
AlhamduliLLAHi 'alaa kulli haal...
Segala puja-puji bagi ALLAH SWT, kecintaan orang-orang yang beriman selama-lamanya,
Serta kalimah al-Hubb/ cinta As-Shalawat, selawat ke atas Rasul SAW, kekasih-Nya yang amat dirindui seluruh umat, ahlul bayt serta sahabat-sahabat Baginda.
Minggu ini, di seluruh dunia - Perayaan Hari Ibu / Mother's Day disambut dengan hebatnya. Pastinya berjuta-juta telefon bimbit menerima mesej sambutan perayaan berkenaan dalam pelbagai versi ucapan. Semuanya atas tujuan untuk meraikan Hari Ibu.
Ibu...
Siapa yang tidak sayangkan ibu?
Perit jerih menanggung 9 bulan anak di dalam kandungan - membesarkannya menjadi salah seorang manusia yang di hidup di atas muka bumi ini selayaknya.
Tatkala anak menangis, dia memujuknya.
Tatkala anak terasa sakit, dia setia mendampingi sepanjang masa.
Di kala usia pertama menjengah alam tumbuhnya gigi susu dahulu, ketika anak itu menangis angkara kepedihan gusi, ibu menjadi peneman setia dan doktor pertama yang sampai tampil membantu.
Mungkin ada yang ingat betapa ibu sanggup menemani anaknya di hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah. Setibanya waktu rehat, dia masih setia menunggu untuk menyuap anaknya yang baru bersekolah itu.
Mahu diceritakan jasa para ibu, terlalu banyak tidak terkata.
Maka, bukankah jasa-jasa yang banyak itu perlu dihargai sebanyak-banyaknya....
Maaf terpanjang pula muqaddimah.
Apa-apa pun, yang ingin dibincangkan di sini ialah beberapa perkara yang rasanya patut diketahui dan dimaklumkan mengenai hakikat sambutan Hari Ibu ini.
Di sini, saya tidak bermaksud untuk merosakkan mood Hari Ibu kita semua. Baguslah niat nak meraikan Hari Ibu itu sebagai tanda penghargaan kepada ibu kita.
Tetapi perlu juga dipesan agar kita berpada-pada dalam menerima dan menghadamkan serta menerapkan unsur-unsur sambutan perayaan seperti ini di dalam masyarakat kita.
Bukan apa, yang ditakuti ialah attitude taklid buta kepada apa-apa sahaja pekerjaan orang ramai boleh membawa kita kepada suatu implikasi yang tidak diinginkan.
"Apa dia ni? Tak fahamlah!.... Attitude taklid buta...Implikasi yang tidak diinginkan....apa sebenarnya yang kau nak ceritakan ni? Jangan berbelit-belitlah!"
Baiklah.
Mungkin ramai yang pernah mendengar isu pertikaian ulama' mengenai Sambutan Hari Ibu ini. Pernah kedengaran ramai ulama' yang mengatakan perayaan ini haram diraikan oleh orang Islam. Kenapa?
Ada sejarah di sebaliknya.
Menurut apa yang dicatatkan Wikipedia:
“One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.” serta ada e-mail yang pernah diterima yang menyebut:
"Kepada semua baca kisah asal usul pengertian "HARI IBU" yang sebenar. Kalau kita sambut hari ibu bermakna kita juga merayakan hari "IBU PADA TUHAN" yang menjadi amalan orang GREECE terdahulu. Ini semua sumber dari kristian dan sudah tentu memesongkan akidah kita. Kalau dulu saya juga terikut ikut merayakan hari ibu tapi sekarang bila dah tahu tak akan saya buat begitu lagi dan juga pada anak anak akan saya beritahu. Jadi kewajipan saya adalah untuk beritahu semua agar JANGAN SAMBUT HARI IBU, kalau kita kasih sayang dan ingat jasa ibu sebaiknya sentiasa mendoakannya tak perlu cuma pada hari hari tertentu saja, setiap hari mendoakannya adalah sebaiknya dan dituntut."
Adakah proklamasi-proklamasi di atas ada kebenarannya? Saya sendiri pun tidak pasti. Mahu dikatakan Haram, ianya suatu yang belum sampai ke tahap ijma' ulama' yang mengharamkannya. Mahu dikata harus, takut berdosa kerana memandai-mandai menghukum pula.
Walau bagaimanapun, saya rasa elok juga ditampilkan beberapa perbincangan yang sempat saya cari, untuk perkongsian bersama:
"Memang ada pendapat sesetengah ulama yang mengharamkan sambutan hari ibu kerana asal usul sejarahnya. Namun, di Singapura pada pengamatan saya pendirian umum mengenainya di sisi asatizah ialah ianya harus. Banyak masjid-masjid di Singapura turut menganjurkan majlis dan program bagi menghargai ibu pada hari ibu. Jika sambutan ini dikira sebagai kemunkaran yang serius, pastinya Majlis Ugama Islam Singapura dan badan ulama akan mengeluarkan pernytaan untuk menegur masyarakat Islam. Alasan-alasan keharusannya, di sisi saya, ialah:
1. Amalan manusia tidak statik, ia selalunya melaluis proses evolusi. Apa yang bermula sebagai tidak betul, tidak semestinya kekal tidak betul sepanjang zaman dan apa yang mulanya betul, tidak semestinya sampai bila-bila tetap betul.
2. Dalam kes hari ibu, ia telah melalui evolusi yang pada hari ni sudah tiada kena mengena pun dengan mitos atau dewa orang Yunani. Hakikat ini tidak boleh dinafikan dalam menetapkan hukum. kalau tidak, hukum akan bersifat statik dan tidak tepat.
3. Sambutan hari ibu berbeza sama sekali dgn hari Valentine kerana pada hari ibu, kita tidak lagi memperingati dewa, simbol atau tokoh agama tertentu, tetapi yang diperingati ialah semua kaum ibu. Selain itu, menghargai jasa ibu ialah anjuran agama. Manakala, budaya hari Valentine umumnya ialah bersifat jalinan kasih antara pasangan yang bercinta yang melibatkan golongan yang belum kahwin, berunsur "romen-romen" dll, adalah sesuatu yang lebih dekat dengan larangan agama. Maka, eloklah ia dilarang untuk tutup pintu kejahatan.
4. Kalau diperhatikan, sebahagian dari nama-nama bulan-bulan tahun Gregorian ialah nama-nama dewa orang-orang Rom dan Yunani dahulu kala (sila rujuk mereka yang arif dalam hal ni) tapi kita tidak dengar pendapat para ulama yang mengharamkannya kecuali mungkin oleh golongan yang kecil (ultra-ortodoks) di kalangan umat Islam kerana penggunaan nama-nama bulan ni pada hari ni sudah hilang pada pemikiran umum sebagai pendewaan terhadap dewa Rom atau Yunani. " Sumber: Klik di sini
"Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.” Sumber: Klik di sini
Selain hari lahir dan hari perkahwinan, diharuskan juga kita menyambut hari-hari bersama dalam Negara dan masyarakat. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menegaskan dalam fatwanya; “…Adapun perayaan-perayaan Negara seperti sambutan kemerdekaan atau penyatuan atau perayaan-perayaan kemasyarakatan seperti sambutan hari ibu, hari kanak-kanak, hari buruh, hari pemuda dan sebagainya, harus bagi seorang muslim untuk mengucapkan tahniah (kepada orang lain) bersempena hari tersebut dan harus ia menyertainya atas dasar ia salah seorang penduduk atau pemastautin di Negara tersebut dengan syarat ia hendaklah menjauhi perkara-perkara yang diharamkan oleh Syari’at yang berlaku semasa sambutan-sambutan tersebut”. Sumber: Klik di sini
Saya amat mengesyorkan tetamu ziarah sekalian untuk berkunjung ke link tersebut untuk mendapatkan versi perbincangan yang lebih lengkap.
Kesimpulannya, WaLLAHua'lam. Saya pun tidak pasti akan hukum kedudukan yang sebenarnya. Khilaf / Perbezaan pendapat masih berlaku di situ. Walau bagaimanapun, pada pandangan peribadi saya - adalah lebih aslam / selamat untuk *saya tidak menyambutnya. Saya guna "saya" kerana itu saya peruntukkan khas kepada diri saya. Takut orang kata saya memandai-mandai bagi hukum kepada orang lain. Maka saya gunakan "saya".
Nabi SAW pun tidak pernah menganjurkan perayaan khusus seperti ini, pesan baginda hanyalah mengasihi dan berbakti kepada ibu bapa - selagi tiada perlanggaran syari'at dalam mentaati titah kedua-duanya. Begitu juga dalam Al-Qur'an, suruhan ALLAH SWT adalah mentaati kedua-duanya tidak mengira masa - selagi syara' bukan gadaian dalam ketaatan.
Nabi SAW pernah bersabda "Tiga perkara yang mana apabila dengannya, suatu pekerjaan / 'amal tiada bermanfaat : 1. Mensyirikkan ALLAH SWT, 2. Menderhakai kedua ibu bapa, dan lari dari medan perjuangan." Tidaklah patut keraian untuk orang yang banyak berjasa di dalam hidup kita hanya dikhususkan pada suatu tarikh tertentu sahaja. Bukankah sepatutnya hari-hari di dalam hidup kita adalah hari Ibu, hari Bapa, hari suami, hari isteri dan macam-macam lagi? Bagi saya tidak layak penghargaan itu hanya dalam sehari sahaja.
Oleh itu, raikanlah ibu ayah kita selagi hayat kita masih ada!
Mari!
Mari Kasihi dan Sayangi Ibu dan Ayah Kita Setiap Masa!
"Ya ALLAH, Ampunilah bagi kami segala dosa kami dan juga dosa kedua ibu bapa kami, serta kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara dan mendidik kami di masa kami kecil. Ya ALLAH, terimalah daripada kami amalan kami. Ya ALLAH, makbulkanlah doa kami"Amin, Ya Rabbal 'Alameen.
Wassalam
Ibn 'AbdiLLAH As-Sarawaki, 4.44pm, 9 Mei 2009, Sabtu, Bintulu, Sarawak.
Kalau dulu, satu dunia heboh dengan berita mengenai seorang wanita yang menjadi khatib dan Imam Solat Jumaat. Ahli jemaah lelaki pula tanpa segan silunya sanggup menjadi makmum kepada imam sesat ini. Inilah dia natijah yang berlaku di antara dua persimpangan; samada orang-orang ini tidak cukup ilmu ataupun terlebih ilmu lalu tidak mengenal sempadan ilmu yang sebenarnya sehinggakan liberalisasi dalam soal agama juga diterima!
Dr Aminah Wadud, perempuan yang seorang ini merupakan salah seorang daripada individu yang merupakan key player, menaungi pergerakan Sisters In Islam (SIS).
Siapa tidak kenal dengan SIS ini?
Saban hari ada saja isu yang dilontarkan yang kelihatan seolah-olah mahu merombak semula segala ijtihad para ulama’ yang berpasakkan nas dan dalil-dalil yang qat’I (jelas). Apa yang lebih menyedihkan, bukan sahaja perkataan ulama’ mahu dilakukan koreksi, malah perintah yang berbentuk direct order daripada Rasul SAW pun mahu dipersoalkan lagi. Nak kata macam mana, kalau nama pun sudah liberal, pendapat-pendapat dhaif dari kitab-kitab tidak muktabar pun sanggup dijaja untuk kepentingan ‘memperjuangkan hak wanita’, kononnya.
Tuan-tuan sekalian, kita tidak perlu hairan apabila ada golongan macam ini wujud di zaman ini. Sedangkan di zaman selepas kewafatan Nabi pun ada orang sanggup reka hadith-hadith palsu untuk kepentingan mereka sehinggakan ada yang mengaku Nabi, apatah lagi di zaman cacamarba karut-marut yang disebut zaman fitan penuh fitnah ini, makinlah terbuka luas untuk penyelewengan-penyelewengan terhadap agama.
Kalau semalam orang mahu cipta nas-nas palsu dalam agama, hari ini agendanya ialah memutarbelitkan nas-nas yang sudah qat’I dalam agama. Mungkin juga tidak sengaja mahu putarbelit dalil, tapi keinginan untuk bersama-sama terlibat dan mengkaji dalil-dalil dan juga ingin turut serta mentafsir tanpa berbekalkan ilmu dan kelayakan yang sepatutnya turut menyumbang ke arah pemesongan puak SIS ini.
Dalam laman web mereka, mereka begitu bersemangat mahukan reformasi ke atas muslim family law di Malaysia. Katanya, undang-undang yang dilaksanakan seolah-olah merendahkan martabat wanita daripada kaum lelaki serta membuka ruang kepada keganasan rumahtangga. Mereka juga mempersoalkan keadilan dari segi pembahagian sistem faraidh/pembahagian pusaka yang dilaksanakan, dengan hujjah pembahagian perlu disamaratakan. Jelas sekali ini menolak prinsip yang ditetapkan dalam Al-Qur’an! Ayat Al-Qur’an jelas menyatakan tentang perlaksanaannya dalam ayat-ayat berikut: An-Nisa’ ayat 155, An-Nisa’ ayat 12 dan An-Nisa’ ayat 176. Andai mereka mahu menuruti Al-Qur’an pun, mereka sudah tersasar darinya akibat salah tafsiran sendiri!
“Reform is possible—and eminently desirable—on several grounds. First, the Qur’an directly upholds principles of Islam that support relationships based on equality between men and women, and between husbands and wives. Furthermore, these laws are based on divine and immutable. The codified law is not the sacred Syariah itself, but the product of human engagement with the revealed text. Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi himself has supported the idea of reform, saying that ‘the renewal of Islamic thought must be an on-going process --- ensuring the universality of the message, its pluralism and diversity, and not be ossified and fossilised by blind imitation of traditional thought and opinion’.”
Saya tidak faham bagaimana SIS begitu bersemangat untuk melakukan reformasi terhadap Islamic Family Law, hanya berdasarkan kefahaman yang cetek terhadap makna Al-Qur’an serta berdalilkan kata-kata Pak Lah - ‘the renewal of Islamic thought must be an on-going process --- ensuring the universality of the message, its pluralism and diversity, and not be ossified and fossilised by blind imitation of traditional thought and opinion’.
Siapakah Dato’ Seri AbduLLAH Ahmad Badawi di mata mereka sehinggakan kata-kata seperti ini boleh dijadikan sandaran? Adakah dia seorang ulama’ ataupun umara’? Adakah dia pernah mengarang kitab-kitab besar? Adakah dia terlibat dengan dunia fatwa?
Maaf! Bukan Pak Lah yang saya condemn! Tapi perbuatan taklid terhadap kata-kata manusia yang saya sanggah, lebih-lebih yang tiada sandaran.
Ingatlah, setiap yang kita ikuti itu, kita akan dipersoalkan mengenainya di akhirat nanti! Maka SIS sepatutnya sudah bersedia untuk menjawab soalan-soalan yang bakal ALLAH kemukakan di akhirat nanti selagi mereka tidak mahu mengubah cara mereka!
“Secondly, existing Islamic family laws in Malaysia contravene provisions of the Federal Constitution, such as Article 8(2), which specifically forbids discrimination on the basis of gender. As they stand, the individual family laws in each State also violate key aspects of our domestic policies, and contain provisions that have proven inequitable compared to civil laws governing the same matters for non-Muslims.
Malaysia must also institute legal reform if it is to fulfill its commitments to international human rights standards. Our country is a signatory to the UN Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women and the UN Convention on the Rights of the Child. In addition, Malaysia is morally—if not legally—bound to observe the Universal Declaration of Human Rights, which is generally recognised as international customary law, the Beijing Declaration and Platform for Action and the Non-Aligned Movement’s Putrajaya Declaration, which Malaysia strongly promoted in its role as host and chair of the meeting at which it was adopted.
Finally, our Islamic family laws must reflect the realities of modern life. As the Prime Minister said: ‘Ensuring the rights of women will require reform and renewal in Islamic thought… The problems that contemporary Muslim societies are confronted with today are not the problems of the sixth century, and the solutions we need today do not lie with the notion of a Syariah purportedly final and complete fourteen hundred years ago - particularly in the case of women.’ Our laws must, therefore, address the complexities and realities of modern life while accounting for the universal and eternal principles of justice and equality in Islam.”
Memetik kata-kata di atas, apa yang SIS maksudkan dengan diskriminasi antara jantina? Adakah ada sistem kasta ataupun perhambaan terhadap golongan wanita yang diamalkan sekarang sehingga wujudnya statement batil seperti ini? Wanita menjadi ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat besar dan ada yang sudah sampai ke tahap memegang portfolio sebagai menteri, adakah itu tanda diskriminasi sedang berlaku?
“Finally, our Islamic family laws must reflect the realities of modern life.”……
Hoi SIS! Adakah kalian menafikan bahawa Islam itu merupakan sesuatu yang akan sentiasa bersifat applicable setiap masa? Saya pun hairan juga apa sebenarnya yang ingin dinafikan sangat oleh puak SIS ini?
Nak kata adanya pemerasan terhadap wanita, kebarangkalian yang ada bukanlah akibat implementasi Sistem yang diwarisi turun-temurun sejak 1400 tahun dahulu itu, tapi akibat kejahilan orang yang tidak mahu mengambil ilmu ataupun akibat nafsu serakah lelaki itu sendiri. Jangan disalah pada syari’at yang hakikatnya bersifat mengubat!
Orang-orang dalam SIS sibuk membicarakan dan mempersoalkan mengenai Muslim Family Law, pembahagian harta pusaka yang katanya bersifat seksisme, menyanggah kata-kata ulama’ dari segi kod pakaian yang dibenarkan di dalam Islam dan sebagainya, tapi kita lihat bagaimana pula mereka sendiri.
Amat menyedihkan, dung dang dung dang kononnya nakkan keadilan dari perspektif Islam, tapi ahli sendiri pun belum dapat menutup auratnya dengan sempurna. Itu baru perkara simple, itu pun tak boleh ikut! Saya tidak mahu kata siapa-siapa….
Saya tidak hairan kalau ada orang kata SIS ini semacam mahu bawa ajaran Islam Liberal di Malaysia. Lihatlah sahaja sikap seolah-olah enggan tunduk kepada hukum ALLAH Ta’ala.
Apa yang lebih teruk, NGO yang satu ini bersikap menentang perlaksanaan terhadap hukuman hudud ke atas pesalah murtad!
Hoi SIS!!! Bagaimana pula boleh berbicara tentang Islam kalau undang-undang paling besar dalam Islam pun kau tentang! Apakah kelayakanmu sehingga engkau boleh mentafsirkan Al-Qur’an berdasarkan akal fikiran manusia yang sedia jahil ini?!
Sebenarnya, kalau mahu dibuka pekung SIS ini, masih banyak lagi barang perkara yang menjadi isu. Tidak menyokong hukuman hudud, hak wanita sebagai imam solat Jumaat, penafsiran yang terpesong terhadap ayat Al-Qur’an dan bermacam-macam lagi.
Nak didedahkan semuanya pun, saya yakin lebih banyak lagi blog-blog di luar sana yang telah mendedahkan kesesatan mereka.
Maka di sini, saya ingin berpesan kepada muslimat-muslimat sekalian, lebih-lebih lagi yang baru mahu berjinak-jinak dengan Islam, berhati-hatilah dalam memilih wasilah sebagai platform untuk pengislahan diri dan menyertai perjuangan.
Saya dengan tegas menyatakan, SIS BUKANLAH GERAKAN ISLAM YANG SEBENAR, TETAPI IANYA ADALAH PENDOKONG ISLAM LIBERAL YANG NYATA KESESATANNYA! Semoga ALLAH SWT melindungi kita daripada golongan ini, dan semoga ALLAH SWT memberikan hidayah kepada mereka sebelum segala-galanya terlambat!
AlhamduliLLAH, Segala puji bagi ALLAH SWT Tuhan Sekalian ‘Alam Ke Atas Segala-galanya,
Selawat dan salam ke hadrat RasuluLLAH SAW, ahlul bayt, serta para sahabat baginda.
Jam di laptop sekarang menunjukkan jam pukul 11.46pm, dah nak tengah malam.
Baru sahaja sekejap tadi saya dan beberapa orang sahabat balik dari luar, keluar makan. Maklumlah, sekarang ni tengah musim cuti. Dua-dua dewan makan tak buka. Alternative: makan megi, masak sendiri (kantoi!), ataupun makan di luar. Semenjak dua menjak ni asyik makan masak sendiri je kat Pusat Islam – Gulai Sayur kangkung dengan pisang, sardin, pastu sayur kangkung goreng lagi. Ainsha masak. Pandai Ainsha masak, dah boleh jadi ayah orang dah! Kitorang jadi tukang baham je la. AlhamduliLLAH, jimat jugak. Taklah nak makan kat luar atau bantai megi sahaja kerjanya.
Tapi malam ni kitorang tukar plan pulak. Dah naik jenuh makan sardine ngan kangkung. Nak tukar angin pulak. So kitorang makan la kat luar, lagipun ada duit lebih jadi bolehlah makan yang sedap-sedap sikit.
Yearghhhh!! Malam ni kita makan kat luar!!!
Sesampai kat foodcourt berdekatan Shell di salah satu kawasan kat Bintulu, Ainsha cadang cuba try test kedai lain pulak. Asyik De Syamim je, tukar selera la pulak.
Time tengah tunggu makanan sampai, sempat jugak buat usrah ringkas sikit, bincang-bincang. Masing-masing tak tahu nak bukak cerita apa, maka saya kongsikan sedikit antara beberapa perkara yang saya pernah baca dalam buku “Golongan Yang Tercicir Di Sepanjang Jalan Da’wah”….isi-isinya lebih kurang macam yang saya pernah masukkan dalam entri-entri saya sebelum ni (Rujuk siri Permantapkan Agenda Membendung Keciciran).
Lepas tu, time tengah kering kontang mencari isu untuk dibincangkan, tiba-tiba Zakaria mencelah “Ape cerita Palestin sekarang ek? Tak dengar apa-apa berita pun sekarang ni…”. Hafizul menambah “A’ah ek. Mana pergi cerita Palestin sekarang? Dan bla bla bla sehingga seterusnya”. Hafizul apabila sudah bercakap, habis la banyak benda dia keluarkan.
Ya! Betul tu! Saya pun baru terfikir tentang isu tersebut. Bagaimana keadaan saudara kita di Palestin sekarang? Bagus Zakaria, bagu Hafizul, ni yang ana suka bawak antum keluar makan ni. Ada sahaja yang nak dijadikan isu.
Bagaimana cerita isu Palestin sekarang?
Kalau dulu, bukan main lagi dalam warta berita dan juga sidang di Parlimen berdebat dan berbincang mengenai isu penaklukan Zionis La’natuLLAH itu terhadap Bumi Suci Palestin.
Bagaimana pula dengan perkembangan cerita boikot barangan terpilih yang digembar-gemburkan sebelum ini?
Adakah masih lagi memboikot ataupun kita sudah mula mencari rukhsah untuk menerima semula barangan tersebut? Adakah Coca-Cola, McDonalds, dan beberapa produk lain sudah mula diterima kembali dengan perasaan redha dan hati yang terbuka?
Kadangkala saya rasa agak pelik. Kita amat mudah menggelabah apabila ditimbulkan sesuatu isu ataupun kontroversi. Apabila ada cerita baru, maka cerita yang tak berapa lama pun cepat basi. Semangat kita ini seolah-olah bermusim. Dijolok sikit dengan berita ini, melenting. Disampuk sikit dengan berita itu, melatah.
Hari itu, semasa serangan Israel ke atas Palestin, di sana-sini orang buat Qunut Nazilah, di sana-sini orang buka cerita pasal Palestin, di sana-sini ceramah pasal Palestin.
Tiba-tiba esok timbul cerita lain pula. Cerita pasal katak lompat parti, cerita pasal Elizabeth Wong, cerita pasal kerajaan haram di Perak, cerita pasal Unity Government, cerita pasal tulisan Ustaz Nik Abduh. Maka terus sahaja isu Palestin seolah-olah dilupakan. Bukan sengaja lupa. Tapi terlupa, kerana melatah akibat isu-isu baru.
Saya teringat Hadith Nabi SAW “Bukanlah dari kalangan kami orang yang tidur sedangkan jirannya lapar”. Mungkin hadith ini tak sesuai untuk digunakan di sini. Maaflah, saya bukanlah pakar dalam asbabul wurud hadith ni.
Nabi SAW sendiri pun pernah berkata bahawa sesiapa yang tidak memerhatikan urusan kaum Muslimin saudaranya sendiri maka dia bukan daripada golongan ummat ini!
Apa yang patut kita katakan kepada diri kita sendiri sekarang ini?
Semangat berapi-api hanya pada ketika serangan dilakukan secara hebat, tapi mudah sahaja perasaan membara tadi dilunakkan dengan berita seperti “Israel mengadakan gencatan senjata”, “Israel mula berundur dari Gaza”, dan sebagainya. Adakah dengan headline-headline seperti itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa kita sudah menang padahal jaminan itu belum pasti ada? Bukan kita tidak kenal akan perangai Zionis yang sentiasa mempunyai helah itu, mereka itu ibarat talam double-sided! Lihat sahaja perjanjian-perjanjian penuh harapan yang akhirnya dicabul, mem-punah-kan harapan!
Sebenarnya inilah basic gist ataupun intipati sebenar entri pendek ni. Sekadar ingin mengetuk semula pintu hati, bertanya semula kepada diri dan juga yang lain, untuk mengukur semula dalam diri setakat mana keprihatinan kita terhadap isu yang menimpa umat Islam saudara kita di Palestin sana. Adakah sekadar bermusim ibarat Stock Clearance Sale ataupun Merdeka Sale? Ataupun memang Palestin itu sudah terpaut di hati sanubari kita?
Bila lah nak surrender?!
Kita kerap kali disibukkan dengan isu-isu dalaman negara yang kadang-kadang martabat isu tersebut tidaklah sekronik ataupun sebesar mana implikasinya, walau bagaimanapun itu tidak mengapa.
Tetapi ingat-ingatlah juga yang di sana. Walupun mungkin esok lusa Israel betul-betul mahu angkat tangan dan angkat kaki, surrender dari Palestin, tapi jangan pula lupa akan pembangunan semula infrastruktur di sana. Masih lagi mereka perlukan bantuan kita.
Maka jangan dilupakan mereka.
“………………,,,,”
“Eh, abis tu, apa ending daripada perbincangan tadi?”
Setakat tu je la, pastu makanan datang, kitorang makan la. Pastu balik.
Tamat.
Nota : Antara percubaan saya untuk menulis gaya santai, kadangkala malas juga nak layan formal sangat. Takut orang boring nak baca.
Ustaz Ismail Kamus - Nafsu Makan
Ustaz Ismail Kamus - Alam Jin
Ustaz Azhar Idrus - Banduan Akhirat
Ustaz Azhar Idrus - Tidur 20 Tahun
Sekapur Sirih
Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera
Selamat Datang ke Blog Ibn 'AbdiLLAH as-Sarawaki
Semoga Dengan Kunjungan Anda Di Sini Ada Manfaatnya Untuk Kita Bersama InsyaALLAH......
Sudi-sudi tinggalkan komen atau pesanan anda di blog ini.
Juga, jemput menonton video-video pilihan yang boleh ditonton di bahagian paling bawah paparan blog ini. Semoga melalui perkongsian video-video tersebut, terdapat nilai tambah ke dalam pengetahuan kita bersama, insyaALLAH.
Sebarang aktiviti melibatkan 'copy-paste' dari blog ini adalah sangat digalakkan, namun jasa baik tetamu ziarah sekalian yang mengambil tulisan dari blog ini untuk meletakkan asal-usul artikel tersebut beserta blog asalnya amatlah diharapkan.
Terima kasih atas kunjungan anda. Jemput datang lagi, Wassalam