Darussyifa' Online

Darussyifa' Online
klik pada imej untuk ke link

BIC Smart Shop

BIC Smart Shop
klik pada imej untuk ke pautan

Boikot Zionis La'natuLLAH!

Boikot Zionis La'natuLLAH!
klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

Selamatkan Gaza!

Selamatkan Gaza!
klik pada imej untuk ke link

Monday, May 11, 2009

Episod Perak Hari Ini: Pengakhiran Catur Politik Penuh Nista!

"Tahniah Dato' Seri!"

Assalamu’alaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh.


AlhamduliLLAHi ‘alaa kulli haal,

Segala puji bagi ALLAH ke atas segala-galanya.

Selawat dan salam ke atas RasuluLLAH SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

AlhamduliLLAHi rabbil ‘alameen, Segala puji bagi ALLAH Tuhan Sekalian Alam.


Mendengar berita yang satu ini, saya berasa amat bersyukur dan meratib sebanyak-banyaknya tahmid kepada ALLAH SWT.

Ternyata hari ini ALLAH SWT telah memberikan kemenangan kepada pihak yang benar. All those hard work really paid off!

Kalau sebelum ini, kita lihat babak-babak pertukaran kuasa penuh kontroversi di Perak. MB yang dipilih melalui demokrasi dengan sewenang-wenangnya dirampas kuasanya daripada orang-orang tertentu, kemudian dijaja pula lagi berita-berita palsu mengatakan kerajaan yang dirampas secara kudeta itu adalah sah. Di situ pula ALLAH SWT telah paparkan kepada manusia seluruh Malaysia bahawa bagaimana hak rakyat dinafikan untuk memilih pemimpin yang selayaknya untuk mereka.


Kasihan juga dengan watak-watak tertentu yang memang dianiaya seteruk-teruknya di dalam episod politik paling kontroversi di Malaysia ini.

Ada yang kena gas pemedih mata, ada yang kena pukul, ada yang kena ugutan ISA, ada yang kena ugutan bunuh, ada yang kena heret keluar dewan,... macam-macam.


AlhamduliLLAH, setelah berbulan-bulan rakyat Perak hidup di dalam gelita hempas pulas permainan catur siasah ini, disertai dengan taqarrub, diadakan majlis-majlis munajat dan yang sealam dengannya – hari ini keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memihak kepada Hj Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah!

Diharap agar keputusan itu diterima secara gentlemen oleh mereka yang berbaris (Barisan Nasional), seperti yang pernah mereka sebutkan sebelum ini.


"Sabar Datuk Dr. Zambry, kita cuba lagi next time!"

Ingin juga lihat bagaimana reaksi spontan yang telah ditunjukkan oleh orang-orang tertentu yang menjadi dalang kepada Kudeta Government tempoh hari setelah mendengar keputusan tersebut…


Hari-hari yang lepas, bukan main beria-ia lagi katanya “Dia la MB yang sah. MB sebelum ini sudah takda kuasa. Nizar tidak dapat undi majority!”. Hari ini saya ingin lihat riak wajah mereka sejurus sahaja keputusan itu ketahui. Sabar! Bukankah katanya tadi mahu terima secara gentlemen. Maka inilah keputusannya!

Dalam kekalutan tempoh hari, kasihan juga saya lihat sahabat-sahabat saya samada yang ada di Perak baik yang masih belajar di Bintulu ini – betapa susah hatinya mereka mengenang nasib negeri mereka yang tengah kecoh itu. Tahniah! Hari ini ALLAH perkenankan doa-doa kita. Sujud syukurlah sahabat-sahabatku! Kemenangan besar kian tiba!



Baru-baru ini, sempat juga tengok biodata Dr Zambry Abdul Kadir dalam blog rasmi beliau. Ijazah yang dipegangnya kebanyakannya Sains Politik belaka. Sememangnya komitmen beliau dalam politik tidak dapat dinafikan. Ikut logic akal dan berdasarkan ilmu mantik, orang yang banyak belajar ilmu sains politik dan pemikiran politik ataupun yang sespesis dengannyalah yang wajar jadi MB.


Tapi saya rasa takpe kot. Mungkin orang Perak mahukan kelainan. Kita cuba tengok pula macam mana seorang engineer akan mentadbir negeri. Engineer ni kebiasaannya kreatif orangnya, maka mungkin pentadiran Dato Seri Hj Nizar dengan minda engineernya mampu membawa natijah yang lebih baik kepada pentadbiran di Perak. Mungkin perubahan yang lebih baik berbanding orang yang cuma me’lekat’kan dirinya dengan disiplin-disiplin konvensional dalam Sains Politik. Mungkin orang macam ni lebih baik jadi pensyarah Sains Politik sahaja. Boleh juga saya belajar dari dia nanti, dengan syarat pada masa itu dia tidak memasukkan agenda politik untuk kepentingan peribadi beliau serta kroni-kroninya.


“Syeikh As-Sarawaki, enta orang Sarawak. Tapi awat awok nampak mike/mika beria-ia bukan main gembira rupa tu pasal Nizar menang jadi MB Perak? Apa cerita?”

“Ate, kalau Islam menang, takkan awok nak sedih pulak?!”



“Orang-orang itu mempunyai perancangan yang jahat, dan ALLAH juga punya perancangan. Ketahuilah, ALLAH adalah sebaik-baik perancang (membalas perbuatan jahat mereka).”

ALLAHukbar! ALLAHuakbar! ALLAHuakbar! Wa liLLAHil Hamd!


Sekadar perkongsian pendapat meluahkan rasa.

Wassalam,


P/S: Siapa pula yang bakal jadi Ketua Menteri selepas Pehin Sri Taib Mahmud selepas ini? Kalau penggantinya engineer seperti halnya di Perak, menarik juga!


Ibn ‘AbdiLLAH As-Sarawaki,

4.52pm,

11 Mei 2009, Isnin,

Bintulu, Sarawak.

No comments:

Katakan "TAK NAK" Kepada Tabarrujul Jahiliyah!

Katakan "TAK NAK" Kepada Tabarrujul Jahiliyah!
klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

Alternatif Fesyen Islami

Alternatif Fesyen Islami
klik pada imej untuk ke link

Jom Belajar Bahasa Arab

Jom Belajar Bahasa Arab
klik pada imej untuk ke link

Video-video Pilihan

Ustaz Ismail Kamus - Nafsu Makan Ustaz Ismail Kamus - Alam Jin Ustaz Azhar Idrus - Banduan Akhirat Ustaz Azhar Idrus - Tidur 20 Tahun