Darussyifa' Online

Darussyifa' Online
klik pada imej untuk ke link

BIC Smart Shop

BIC Smart Shop
klik pada imej untuk ke pautan

Boikot Zionis La'natuLLAH!

Boikot Zionis La'natuLLAH!
klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

Selamatkan Gaza!

Selamatkan Gaza!
klik pada imej untuk ke link

Monday, April 6, 2009

Teks Khutbah PRK Bukit Gantang : Belum Tentu Tetapi Boleh Jadi!


Assalamu'alaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh kepada tetamu ziarah sekalian,

AlhamduliLLAHi 'ala kulli haal,

Segala puji bagi ALLAH SWT atas segala-galanya,

Serta selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Baru-baru ini, saya berkunjung ke salah satu blog milik
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia, Saudara Azrinizam Ibrahim, Angin Perubahan : http://anginperubahan.blogspot.com/. Ternyata, apabila membaca tulisan-tulisan di dalam blog beliau, saya boleh katakan beliau merupakan seorang mahasiswa yang sememangnya boleh diistilahkan karat UMNO. Terserlah sifat patriotik beliau terhadap negara dan juga UMNO yang memerintah negara. Di dalam ruang komen salah satu entri beliau yang bertajuk "Selamat Bertugas Dato' Seri Najib, Terima Kasih Tun Abdullah", perhatian saya tertuju lantas tertarik dengan salah satu komen yang melampirkan kononnya teks khutbah di Bukit Gantang. Berikut merupakan teks khutbah tersebut:
____________________________________________________________________

Muka depan.
Khutbah Jumaat.
Sempena pilihanraya kecil Bukit Gantang.
Kesetiaan kepada raja dan negara.
7 Rabiulakhir 1430h 3 April 2009
Disediakan oleh
Biro Agama Umno Bahagian Bukit Gantang Perak Darul Ridzuan

Muka 1.
Khutbah Jumaat Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Sidang Jumaat yang dihormati, Kita amat bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah Taala untuk menghuni buminya ini, maka wajiblah kita membuktikan kesyukuran kita padanya dengan menjunjung segala perintah-perintahnya dan meninggalkan segala larangan-laranganya. Mimbar hari ini ingin menyentuh tentang tajuk 'kesetiaan dan ketaatan kepada ulil-amri. Sidang Jumaat yang dihormati, Allah Taala telah berfirman didalam Surah An-Nisa, ayat 59, (Surah an-Nisa)...

Muka 2.

Ertinya, Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (Orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah dan (sunnah) Rasulullah. Jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya. Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa umat islam wajib mentaati Allah, juga mentaati Rasulullah dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa. Dalam konteks negeri Perak iaitu negeri kita ini, maka ulil-amri yang dimaksudkan ialah Sultan. Ini adalah kerana Sultanlah yang menjaga urusan agama, Sultanlah yang menentukan tarikh puasa dan hari raya, Sultanlah yang meluluskan enakmen pentadbiran agama dan Sultanlah yang melantik mufti, para imam dan memberi tauliah mengajar.
Oleh itu, kita tidak boleh menderhakai Sultan dan pemimpin-pemimpin negara terutama pemimpim-pemimpin Umno yang telah banyak berjasa kepada negara. Sesiapa yang menderhakai Sultan dan pemimpin negara, maka dia telah melanggar dan menyalahi rukun negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara. Penderhaka atau bughah menurut hukum hudud Islam halal darah mereka untuk diperangi.

Muka 3.

Sidang Jumaat sekelian, Merujuk kepada ucapan Perdana Menteri kita baru-baru ini, janganlah kita menjadi ekstremis agama dan kaum. Ekstremis agama bererti memperalatkan agama untuk kepentingan diri sendiri. Sikap ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi Pak Turut kepada nafsu dan sanggup mengada-adakan ajaran yang bukan dari ajaran Islam.
Contohilah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang telah memperkenalkan Islam Hadhari sebagai satu ajaran yang sangat menepati ajaran Islam sebenarnya. Islam Hadhari adalah suatu prinsip alternatif terbaik untuk manusia bagi mencapai kebahagiaan didunia dan akhirat. Sesungguhnya tujuan Islam Hadhari dirangka diantaranya untuk merangsang cara hidup sihat dan bersih dari amalan-amalan negatif seperti rasuah dan politik wang. Rakyat memang amat memerlukan pemimpin dan penguasa yang bersih dari rasuah dan politik wang. Oleh itu, mimbar menyeru kepada seluruh ahli jemaah supaya terus menyokong perlaksanaan Islam Hadhari dinegara yang kita cintai ini. Sidang Jumaat yang dihurmati sekelian, Rasulullah S.A.W ada bersabda: "Hubbul watani minal iman" Cintakan tanah air adalah sebahagian dari iman.

Muka 4.

Hadith ini mengajar tentang erti keimanan. Iman bukan hanya sembahyang dan puasa tetapi sifat patriotik terhadap negara juga adalah juga sebahagian dari iman.
Negara kita pernah dijajah sejak tahun 1511 lagi. Portugis, belanda, Inggeris, jepun, semuanya telah dihalau dari bumi tanah air kita melalui semangat patriotik dan semangat kebangsaan pemimpin-pemimpin melayu kita. Itulah jasa besar mereka, itulah jihad mereka. Perkara ini telah dipertegaskan oleh Menteri Pelajaran Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn, baru-baru ini bahawa sejarah telah menyaksikan hanya pemimpin-pemimpin Umno lah sahaja yang bertungkus lumus memerdekakan tanah air kita. Oleh itu, marilah kita terus memperteguhkan perjuangan Melayu dengan menyokong dan mengundi calon Barisan Nasional dalam pilihanraya yang sedang berlangsung ini. Barokallahuliwalakum filquranil azim......
(Aku tak suka merumikan ayat-ayat Quran kerana boleh memberikan sebutan yang tak betul)

____________________________________________________________________


WaLLAHu'alam. Adakah sahih teks khutbah ini dibacakan? Belum tentu. Tetapi boleh jadi juga. Bak kata orang, masakan pohon bergoyang andai tiada angin bertiup. Walau bagaimanapun, kebenarannya masih lagi di dalam tahap kebarangkalian 50-50; terletak di antara benar ataupun tidak.

Firman ALLAH SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu orang fasiq membawa berita hendaklah kamu periksa dengan teliti agar kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, maka kamu akan menyesali tindakan kamu itu" (Al-Hujurat ayat 6).

Apa yang pasti, selidiklah dahulu sebelum percaya. Adapun tindakan saya membawa entri ini ke hadapan bukanlah dengan tujuan untuk mengatakan ini kerja UMNO dan sebagainya. Hakikatnya, ia lebih kepada sekadar perkongsian yang mungkin boleh dijadikan muhasabah; muhasabah dalam dua sisi:

1. Sebagai ahli gerakan Islam, apabila datang khabar seperti ini, attitude kita terhadap perkara seperti ini ialah kita perlu selidik dahulu kebenarannya. Ambil iktibar firmanuLLAH itu tadi. Kadangkala, akibat semangat siasah dan hamasah jama'iyyah yang teramat tinggi melebihi adab dan akhlaq Islam menyebabkan sesetengah golongan daripada kita terus mempercayai berita-berita seperti ini. Jauhilah sikap taqlid buta terhadap berita.

2. Seandainya memang benar teks ini dibaca semasa khutbah Jumaat itu, saya musykil kerana sebelum ini golongan UMNO dan BN di sana sini mengatakan bahawa PAS mempolitikkan agama dan mencampur adukkan agama dengan politik yang kotor, termasuk berkhutbah membawa isu politik. Jadi bagaimana pula dengan situasi sekarang, di mana khutbah ini dengan jelas membawa isu politik? Bukankah kata-kata dahulu itu seakan-akan memakan diri, dan lebih perit lagi apabila golongan UMNO yang tidak berusaha untuk melaksanakan hudud boleh pula menyentuh soal hudud dalam perkara ini!
Firman ALLAH SWT dalam Surah As-Saff ayat 2 yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu katakan sesuatu yang tidak kamu lakukan? ALLAH benci sekali kamu mengatakan hal-hal yang tidak kamu lakukan."

Saya serahkan kepada tetamu yang budiman sendiri untuk menilai kesahihan berita ini.

Bagi mereka yang masih tidak dapat menerima bahawa politik itu juga merupakan juzuk di dalam Islam, cukuplah fatwa
Syeikh Mustoffa Sobri, mufti kerajaan Turki Uthmaniyyah ini sebagai renungan;

"Memisahkan Islam daripada politik adalah jalan yang paling mudah untuk menjadi KAFIR"!

WaLLAHu'alam.

P/s: Gambar-gambar di atas sekadar hiasan sahaja.

Ibn 'AbdiLLAH As-Sarawaki,
1.02am,
Selasa, 7 April 2009,
Bintulu, Sarawak.

1 comment:

Jihad said...

Mula-mula membaca teks khutbah ini, hati ana berkata, 'ah, memang beruk dan nyanyuk!'. Tapi bila membaca ulasan akhi di akhir penulisan, terasa itu satu teguran kepada suara hati ana. Begitulah bila umara' bukan dari kalangan ulama'...agama menjadi alat untuk memperjuangkan politik sedangkan sepatutnya politik itu alat, agama itu matlamat. Kepincangan, kebobrokan, kehancuran dan ketidaktentuan hidup berlaku di mana-mana. Kembalilah kepada Islam seperti mana keadaan asalnya ketika Nabi S.A.W masih hidup, Islam yang merupakan Ad-Diin, cara hidup. Tidak ada satu aspek kehidupan pun yang terpisah dari Islam. Andai dalam hidup manusia ada politik, di situ juga ada Islam. Bagaimana pula kalau manusia itu menolak politik dalam hidupnya? Itulah namanya manusia katak yang hidup di bawah gelas kaca. Hanya melihat dunia luar tanpa berbuat apa-apa.

Teringat satu ceramah di salah sebuah surau di UM, antara kata-kata penceramah,'Berhati-hatilah kamu dalam memilih pemimpin kerana tangan yang di angkat untuk menyokong seseorang pemimpin, tangan yang digunakan untuk memangkah undi dan sebagainya, kesannya tidak akan terhenti setakat di situ. Kalau pemimpin yang disokong itu tidak adil dan melakukan kezaliman, maka tangan kita jugalah yang akan bertanggungjawab di hadapan Allah kelak. Sekiranya tangan itu berkecuali dari memilih pemimpin, maka tunggulah tuan punya tangan itu nanti soalan dari Allah, kenapa tidak ditunaikan hak tangan untuk memilih pemimpin? Apa jawapan kita?'

Sesungguhnya Islam tidak perlukan kita dan perjuangan, tapi tanpa Islam dan perjuangan siapalah kita.

Wallahu a'lam.

Katakan "TAK NAK" Kepada Tabarrujul Jahiliyah!

Katakan "TAK NAK" Kepada Tabarrujul Jahiliyah!
klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

Alternatif Fesyen Islami

Alternatif Fesyen Islami
klik pada imej untuk ke link

Jom Belajar Bahasa Arab

Jom Belajar Bahasa Arab
klik pada imej untuk ke link

Video-video Pilihan

Ustaz Ismail Kamus - Nafsu Makan Ustaz Ismail Kamus - Alam Jin Ustaz Azhar Idrus - Banduan Akhirat Ustaz Azhar Idrus - Tidur 20 Tahun