Assalamu’alaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh,
AlhamduliLLAHi ‘alaa kulli haal,
Segala Puji bagi ALLAH Tuhan Sekalian Alam,
Selawat dan salam ke hadrat Al-Rasul SAW Saiyidul Anbia’, ahlul bayt serta para sahabat baginda.
Kebelakangan ini, ada beberapa perkara yang agak mengundang sedikit rasa dukacita dan terkilan pada diri. Baik faktor dalaman (diri sendiri) atau faktor luaran (selain daripada diri sendiri), saya berkira-kira juga mungkin inilah masanya untuk berhenti menulis seketika.
Ya, saya mengambil keputusan untuk berpuasa daripada menulis buat seketika. Entah berapa lama, saya pun tidak pasti.
Kadangkala dalam keadaan banyak perkara datang ke dalam dan keluar daripada kepala, saya khuatir juga emosi mengatasi sehingga mempengaruhi apa yang saya tulis di sini nanti. Takut-takut nampak melalut tidak berasas, dan khuatir juga ramai jiwa-jiwa yang terguris. Takut pahala yang nak diraih daripada menulis, tetapi dosa pula datang mengganti tanpa diundang.
Dan yang lebih penting lagi, inilah masanya untuk bermuhasabah diri. Takut yang ditulis dung-dang-dung –dang berkobar di dalam blog tapi realitinya yang menulis pun tidak melaksanakan perkara yang dia tulis.
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu katakana hal-hal yang tidak kamu lakukan? ALLAH benci sekali kamu mengatakan hal-hal yang tidak kamu lakukan”- As-Saff 2-3.
Berhenti menulis bukan bererti berhenti daripada berjuang atau berhenti daripada cuba/berusaha untuk berjuang!
Mohon maaf sebanyak-banyaknya di atas segalanya.
WaLLAHuta’ala a’lam,
Ibn ‘AbdiLLAH As-Sarawaki,
5.20pm,
Jumaat, 3 Julai 2009,
Kuching, Sarawak.
No comments:
Post a Comment