Assalamu’alaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh,
AlhamduliLLAHi rabbil ‘alameen ‘alaa kulli haal,
Segala puji bagi ALLAH SWT Yang Maha Mentadbir Sekalian ke atas segala-galanya,
Selawat dan Salam tanda kecintaan ke hadrat Al-Rasul SAW, ahlul bayt serta para sahabat Baginda.
Bandaraya Kuching sangat meriah minggu ini. Ada beberapa peristiwa penting yang berlaku.
1. Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu di negeri Sarawak yang tidak mempunyai raja di dalam sistem pemerintahannya.
2. Pertandingan Lumba Perahu/Regatta di sekitar Waterfront, Kuching.
3. Konsert Reunion Akademi Fantasia (entah berapa kali nak buat reunion?!)
4. Konsert Jom Heboh! anjuran TV3 (apa benda entah yang hendak dihebohkan?!)
5. Persembahan Kapal Berhias
6. Hari Keluarga PASTI Kawasan Petra Jaya (InsyaALLAH, saya dan beberapa orang sahabat akan turut serta (“,)… )
Saya tidak mahu ulas panjang, tetapi cuma terasa kehairanan di Sarawak ini tidak ada langsung institusi-institusi keagamaan (Agama Islam) yang menyuarakan rasa tidak setuju ataupun membantah 2 perkara paling thaghut yang tersenarai di atas. Orang yang jaga hal ehwal Islam pun seolah-olah tidak berbunyi di dalam hal ini. WaLLAHua’lam, mungkin beliau menyuarakan pandangan beliau secara tidak terbuka, lantas saya tidak tahu mengenainya.
Tadi semasa dalam perjalanan pulang dari jalan-jalan bersama keluarga, saya sempat melihat suasana di Padang Merdeka, tempat Konsert Reunion AF itu diadakan. Belum mula pun konsert, masih lagi sekitar pukul 6 petang, boleh kata ramai juga yang berkumpul di sana. Yang pakai tudung pun boleh tahan ramai. Bukan main semangat lagi, sedangkan stage masih lagi belum berhias sepenuhnya. Itu tak kira yang berlaku di sebelah utara Kuching, di Stadium Petra Jaya di mana Jom Heboh diadakan. Dari kapasiti stadium, jangan-jangan ramai lagi yang berkampung di sana.
Kasihan, kasihan….harap ALLAH tidak terbalikkan Kuching pada malam ini dan juga esok.
Dengar kata, para menteri besar akan mengiringi raja-raja negeri masing-masing untuk persidangan Majlis Raja-Raja Melayu yang akan dimulakan pada hari Isnin ini. Saya dan sahabat-sahabat yang lain amat berharap dapat bertemu muka dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Ustaz Azizan, nak bersalam dan cium tangan mereka – ambil berkat untuk lawan thaghut kat Sarawak ni! InsyaALLAH…
Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu akan diadakan di sini (DUN Sarawak), sekaligus dengan
perasmian bangunan DUN yang gah itu.
P/S: Teringat akan sabda Kekasih tercinta Rasul SAW, “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemunkaran, maka cegahlah dengan tangannya (kuasanya). Jikalau tidak mampu, dengan lisannya. Jikalau tidak mampu, maka cegahlah dengan hati (benci dan tidak redha), dan itu adalah selemah-lemah iman” – Hadith Riwayat Muslim. Maka saya menulis, agar memenuhi syarat “bil lisaan / dengan lisan” ataupun sekurang-kurangnya tersangkut di sekitar ruang lingkup makna“bil qalbi/ dengan hati”.
WaLLAHu ta’ala a’lam,
Yang Marah Berbaur Terasa Lucu,
Ibn ‘AbdiLLAH As-Sarawaki,
7.51 pm,
Sabtu, 25 Julai 2009,
4 comments:
Yang Marah Berbaur Terasa Lucu?
apa yg lucunya? sekadar bertanya..
lucu bila MRR bersidang di sarawak y sik pernah ada raja..hehhe
Salam'alaik
to Nasih Ulwan:
Actually, soalan nta tu, saudari 'Namaku Dua' dah tolong jawabkn...
Bukan kutuk, cuma rasa geli hati ckit je...
Salam.. wah, aktif betul aktiviti rejim taghut di bumi Sarawak dgn jom heboh, AFlah.. Sabah plak FFM-22.. Nampak sgt rejim taghut nak rosakkan negeri di borneo.. Dah siap bangunan kat kuching ya? Time ana blaja dlu, blum siap gik..
Post a Comment