Assalamu’alaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh.
Belum sempat entri yang sebelumnya (rujuk: Episod Perak Hari Ini: Pengakhiran Catur Politik Penuh Nista!) meraikan hari jadinya yang ke-sehari, ada lagi cerita tidak puas hati Barisan Nasional terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam. Kalau sebelum ini, katanya akan terima keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan hati yang terbuka dan gentlemen, tapi sekarang saya nampak hakikatnya mereka masih tidak akur dengan keputusan yang diterima.
Hari ini puak Barisan Nasional bikin satu cerita baru lagi! Kalah main dam aji semalam, hari ini mereka tukar papan baru pula!
Ingatkan dah habis setakat tu je semalam, tapi hari ini mereka bersandiwara lagi! Hari ini menyaksikan BN tidak akur dan tidak bersikap gentlemen dengan keputusan semalam dan merujuk kes tersebut ke Mahkamah Rayuan, lantas menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.
Dr Zambry Abdul Kadir yang ditemui semasa sidang media hari ini berkata beliau akan tetap meneruskan tugas beliau sebagai Menteri Besar Perak.
Kasihan betul rakyat Perak sekarang ini! Baru sahaja semalam dapat Menteri Besar baru, hari ini tukar balik! Pening kepala rakyat Perak sekarang.
Menurut Dato’ Mahfuz Omar selaku Ketua Penerangan PAS, keputusan Mahkamah Rayuan itu dilihat seolah-olah dibayangi oleh Barisan Nasional. Ya lah. Apabila dalam keadaan BN masih memerintah, kesempatan ini akan akan digunakan sebaik mungkin untuk bubarkan DUN di bawah cengkaman mereka, kemudian mudahlah nak buat peruntukan ikut suka. WaLLAHua’lam, itu menurut pandangan beliau. Apa pun, bagi saya kalau BN berbuat demikian, saya khuatir orang akan Nampak sebenarnya BN tidak menerima keputusan Mahkamah Tinggi itu dengan hati terbuka dan tidak bersikap gentlemen.
Apa-apa pun, ALLAH Maha Adil dan Maha Mengetahui! ALLAH tahu siapa yang berbuat jahat dan melakukan penganiayaan terhadap rakyat! Hari ini, boleh makan harta orang suka hati, rombak itu ini ikut suka nafsu, tidak tunduk kepada undang-undang ALLAH, dan dapat merasai nikmat sebanyak-banyaknya.
“Takpe, takpe! Gomol la! Gomol!
Kalau kita ada kera yang degil tak nak turun daripada pokok kelapa, takpe. Kita suruh dia naik tinggi lagi. Tinggi lagi.
Gambar yang saya jumpa di internet. Menarik! Kenapa wajah mereka biru?!
Nanti, kalau dah jatuh biar dia rasakan! Kalau tak pun kena panah petir sebab naik tinggi sangat!”
Maka, tunggulah sahaja istidraj dari ALLAH SWT! Hari ni duduklah dulu dalam nikmat puas-puas, esok-esok tengoklah balasan dia!
“Siapa yang dimaksudkan tu?”
Fikir-fikirlah sendiri. Bak kata orang, siapa yang makan cili, dia rasa pedasnya!
Wassalam,
Ibn ‘AbdiLLAH As-Sarawaki,
1.24am,
Rabu, 13 Mei 2009,
Bintulu, Sarawak.
3 comments:
assalamualaikum...
diorg ni memang mcm budak kecik...
eh silap...bkn budak kecik...tetapi..beruk...hheheh..
memg xreti sungguh...
xtaw ke org sume tgk diorg wat cm2...
ish33...xde malula org tua ni...
xpe..kalu diorg ade org dlm...kita ada Allah yg Maha Hebat...
ALLAHUAKBAR!!!
Wa'alaikumussalam ya akhi smile for all yg sentiasa penuh dgn senyuman...
Rilek syeikh, kita slow down je...
Tak baik pulak kalau kata orang beruk mcm tu, beruk tu cuma analogi. Heheheh, takut pulak kalau diorang terasa, sdgkn xde kaitan pun... skadar analogi..
Salam... kupasan dan buah fikiran penulisan anta makin mantap. Ana dah jauh ketinggalan sekrang...
Teruskan perjuangan. Moga usaha ini mampu mengubah minda muda-mudi sarawaki.
Post a Comment