Darussyifa' Online

Darussyifa' Online
klik pada imej untuk ke link

BIC Smart Shop

BIC Smart Shop
klik pada imej untuk ke pautan

Boikot Zionis La'natuLLAH!

Boikot Zionis La'natuLLAH!
klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

Selamatkan Gaza!

Selamatkan Gaza!
klik pada imej untuk ke link

Thursday, February 12, 2009

14 Februari : Betulkah Hari Kekasih? Kasihan...


Salam'alaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh,

Dalam sedar tidak sedar, tinggal dua hari sahaja lagi akan tibanya tarikh 14 Februari, yang mana cukup signifikan kepada pasangan kekasih yang berkasih seperti dua merpati sejoli yang berjoli (ni tanda benci / tak suka sungguh ni!). Dua kekasih yang mungkin jahil tentang hakikat pengharaman menyambut Hari Valentine ini, ataupun dua kekasih yang memang tahu tentang hal ini, tetapi pura-pura jahil dan pura-pura tak reti.

Saya tidak mahu mengulas tentang peristiwa signifikan yang membawa kepada pengharaman sambutan Hari Valentine ini. Di hujung entri ini terdapat beberapa pautan yang anda boleh baca berkenaan dengannya.

Entri pendek ini bertujuan sebagai pemanas telinga ataupun pencetus rasa tersinggung, kerana kalau tidak tersinggung sampai bila pun tak tahu dan tak mahu berubah. Maka jahillah sampai ke sudah!


Saya selalu teringat akan salah satu daripada isi kuliah-kuliah yang biasa diulang oleh Ustaz Azhar Idrus, beliau berkata "Budok-budok zaman le ni gok, nok menikoh sunggoh tapi hukum ugame dok reti! Jahil tukei! Masjid dok kenal, madrasoh dok kenal, ma'rifat takdok, sume main pakai ikut seh! Habih budok-budok zaman le ni, jadi gile sume!".

Memang betul apa yang dikatakan oleh Ustaz Azhar itu. Remaja zaman sekarang semakin kurang bilangannya yang reti bab-bab agama. Tidak perlu pergi jauh, bab hukum haid, nifas, selama mana haid itu, dan selama mana nifas itu - itu pun ramai yang tidak tahu. Macam mana nak jadi suami ataupun ketua keluarga apabila benda basic pun tidak tahu! Itu yang hukum sambut Valentine's Day pun ada yang tidak tahu! Yang diblame bukanlah realiti dirinya yang tidak tahu tentang perkara tersebut, tetapi perangai yang tidak cakna dan tidak mahu ambil berat tentang soal-soal agama itu yang diblame! Sebab itu, Ustaz Azhar kata "Pegi ngaji laa!! Gi dengor di sura (surau), belajor di madrasoh..."

Inilah dia punca kepada perhubungan luar nikah, buang bayi dan sebagainya. Semuanya berpunca daripada tiada ilmu. Tiada ilmu kerana tidak merasakan bahawa diri ini masih lagi jahil tidak mengetahui banyak perkara.

Berbalik kepada soal berkasih tadi, saya teringat salah satu hadith Nabi SAW yang mafhumnya ialah halalnya perempuan kepada seorang lelaki ialah melalui perkahwinan. "Budok-budok zaman le ni gok, macam takdok maruoh terus. Keluor pintu pagor sekoloh buleh pimpin tangan. Molek-molek ade .... Fesyen orang Yahudi dengan Nasrani, laki pompuan buleh tubik bebas. Cube tengok le ni, bebas dok? Yahudi le tu!" itu antara kata-kata Ustaz Azhar menceritakan tentang perihal pemuda-pemudi zaman sekarang. Memang betul! Perangai seperti itu memang tidak ubah seperti Yahudi dan Nasrani. Mereka tidak melarang anak-anak mereka daripada bergaul bebas. Seks luar nikah pun ada yang tidak kisah!

Ingatlah kembali firman ALLAH SWT yang mana mafhumnya Yahudi dan Nasrani tidak akan redha selagi kamu tidak mengikut telunjuk mereka di mana ayatnya bermaksud "Dan tidak sekali-kali akan redha kepada kamu (Muhammad) orang Yahudi dan Nasoro sehinggalah kamu mengikut cara hidup mereka". Ada satu lagi hadith yang menceritakan hakikat perkara yang sama di mana Nabi Muhammad SAW bersabda “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat sebelum kamu,sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun akan kamu mengikuti mereka”.

Itulah kesukaan Yahudi dan Nasrani, apabila orang Islam sudah mula mengagungkan cara hidup mereka, lantas agama ditinggalkan bak menukar baju. Maka semakin jauh dan semakin jauh Islam ditinggalkan, menyebabkan hanya sekelumit manusia sahaja yang mahu ikut 'berperang' untuk Islam dan berpegang dengannya di akhir zaman ini.


Maka ditimbulkan balik di sini tentang perlunya pengajian dan penggalian ilmu pengetahuan mengenai ad-Deenul Haq - Islam. Dengan adanya ilmu, orang Islam tidak mudah diperdayakan oleh rencana jahat kaki cong paling besar dalam dunia (Zionis) melalui senjata ghazwatul-fikr / serangan pemikiran dan budaya seperti contoh yang disebutkan sekarang ini - Valentine's Day. Lihatlah bagaimana budaya tersebut diserap ke dalam masyarakat, tanpa kita mengetahui status hukum sambutannya. Apa yang ditonton di kaca TV, apa yang didengar daripada corong radio, dan apa yang dibaca melalui medium media massa - semuanya diikut secara membuta tuli dan tidak dirujuk kepada ulama' terlebih dahulu. Nabi SAW ada bersabda bahawa "Pengubat bagi kebodohan ialah bertanya".

Kita amat bersimpati dengan golongan yang bersungguh-sungguh menghabiskan wang sehingga ratusan ringgit untuk meraikan hari yang dikatakan istimewa bersama kekasihnya, tanpa dia mengetahui akan kedudukan sebenar peristiwa di sebalik tarikh 14 Februari itu. Kita juga amat bersimpati terhadap golongan yang tahu tapi membutakan mata berpura-pura tidak tahu, bersimpati kerana pendeknya akal dan betapa tidak jauhnya pandangan dia lantaran mengikut nafsu dan tidak beramal dengan apa yang dia tahu. Kesian sungguh..

Sedarlah bahawa Yahudi dan Nasrani mempunyai banyak perancangan dan tipu-daya, dan ketahuilah budaya sambutan Valentine's Day adalah salah satu tipu-daya mereka!

Kesimpulannya, mesej penting di sini ialah apalah ertinya berkasih gila-gila bukan main, tetapi pengetahuan ataupun 'ilmu alat' untuk mengendalikan perasaan ingin berkasih dan dikasihi itu tidak diberi perhatian. Mempunyai rasa berkasih tidak ada masalah, tetapi ketandusan ataupun ke'pokai'an ilmu agar perasaan berkasih itu disalurkan dengan cara yang selamat itu yang jadi problem besar! Apabila tiada ilmu, maka yang terang langsung tak nampak terang, dan yang gelap langsung tak nampak gelap, yang busuk pun jadi wangi, yang pahit pun jadi manis, last-last mudah-mudah sahaja kena tipu oleh Yahudi dan sekutunya yang sememangnya bapak penipu!

Tulisan-tulisan lain berkenaan Hukum Sambutan Valentine's Day:

Budaya Hari Kekasih Bercanggah Syariat Islam di sini.

Say NO To Valentine's Day di sini.

Henti Sambut Valentine's Day di sini dan di sini.

Hukum Sambut Valentine's Day di sini.

Hukum Rai Valentine & Jual Bunga di sini.

Bonceng - Membonceng di sini.

Valentine Oh Valentine di sini.

Valentine's Day Dan Kebodohan di sini.

Cerpen : Valentine di sini.

Haram Sambut Valentine's Day - Budaya Kufur di sini.

P/S: Kepada yang terasa hati ataupun terkecil hati, di sini saya ingin memohon maaf andai bahasa kasar yang digunakan mengguris hati. Menulis kerana menegur, bukan untuk menonjolkan diri tanda "Aku Hebat!". Menegur kerana Kasih Sayang Sesama Muslim dan atas dasar Tanggungjawab Da'wah, bukan kerana nak menulis tanda "Akulah Yang Paling Betul dan Selalu Betul!". Wassalam.

WaLLAHuta'ala a'lam,

Ibn 'AbdiLLAH As-Sarawaki,
10.24pm,
12 Februari 2009, Khamis,
Bintulu, Sarawak.

No comments:

Katakan "TAK NAK" Kepada Tabarrujul Jahiliyah!

Katakan "TAK NAK" Kepada Tabarrujul Jahiliyah!
klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

Alternatif Fesyen Islami

Alternatif Fesyen Islami
klik pada imej untuk ke link

Jom Belajar Bahasa Arab

Jom Belajar Bahasa Arab
klik pada imej untuk ke link

Video-video Pilihan

Ustaz Ismail Kamus - Nafsu Makan Ustaz Ismail Kamus - Alam Jin Ustaz Azhar Idrus - Banduan Akhirat Ustaz Azhar Idrus - Tidur 20 Tahun