Darussyifa' Online

Darussyifa' Online
klik pada imej untuk ke link

BIC Smart Shop

BIC Smart Shop
klik pada imej untuk ke pautan

Boikot Zionis La'natuLLAH!

Boikot Zionis La'natuLLAH!
klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

Selamatkan Gaza!

Selamatkan Gaza!
klik pada imej untuk ke link

Tuesday, November 25, 2008

Tribut Untuk Naqib-ku : Ustaz Mohd Siroj Al-Penangi


Salam'alaik warahmatuLLAHi wabarakatuh,

Minggu ini minggu terakhir Ustaz Siroj akan berada di Bintulu. Sedih yang amat sangat - itulah yang terbuku di hati saya. Jika dilepas pergi, akan hilanglah salah seorang daripada aktivis dakwah bi bumi Bintulu yang tercinta ini. Beliau yang merupakan salah seorang daripada panel penasihat B.I.C (Bintulu Iqra' Centre) memang telah banyak memberikan sumbangan kepada dunia dakwah di Bintulu dan juga sebagai seorang guru, telah banyak berkhidmat dengan cemerlang untuk pelajar-pelajar beliau.

Mahu sahaja dihalang daripada lepas pergi, tapi apakan daya tugas sebagai guru yang memerlukan seseorang itu untuk berpindah tempat kerja lebih mengatasi. Beliau terpaksa berpindah ke Pulau Pinang atas urusan kerja. Ada baiknya beliau pulang ke Pulau Pinang, agar dapat bersama membantu keluarga beliau. Isnin baru-baru ini, sempat berkunjung ke rumah beliau, kata beliau "Ustaz anak sulung, jadi kalau balik ni lebih banyak membantu mak ayah."

Mungkin ada yang bertanya siapa dia gerangan Ustaz Siroj ini?

Dia merupakan seorang Ustaz yang diberi kepercayaan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Kidurong di Bintulu. Selain daripada itu, beliau juga merupakan salah seorang pentazkirah yang terkenal di Bintulu ini, di bawah platform B.I.C., juga selaku salah seorang daripada panel penasihat B.I.C.

Istimewanya beliau kerana setiap kali diundang untuk memberikan ceramah atau tazkirah, beliau seringkali berjaya membuat para pendengar ketawa. Itulah salah satu daripada trait yang saya begitu respect yang ada padanya, cara beliau menarik minat mad'unya. Saya teringat tentang satu ketika semasa kami mengadakan program Khidmat Masyarakat di Sebauh (salah satu bahagian di Bintulu), ada beberapa orang pelajar sekolah rendah tersengih-sengih dan tersipu-sipu malu melihat saya dengan Ustaz Siroj yang ketika itu sedang bersembang. Rupa-rupanya nak ambil gambar Ustaz Siroj (saya pun masuk sekali hehehe). Hebatnya 'pengaruh' Ustaz Siroj sehinggakan pelajar-pelajar yang bukan dari sekolah tempat beliau mengajar pun turut meminatinya.

Above all, yang saya paling kagumi adalah sifat mujahadahnya yang melebihkan urusan dakwah yang kadangkala menuntut banyak pengorbanan dari segenap segi - baik menuntut pengorbanan wang ringgit, memberikan prioriti kepada dakwah atas urusan lain, dan lain-lain lagi. Nak cerita, walaupun beliau banyak turun ke lapangan ummat, beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab beliau sebagai seorang suami dan ayah. Lihat sahaja pada keadaan rumahtangganya, saya yakin beliau berjaya menguruskan keluarga. Terserlah kebahagiaan rumahtangga beliau, itulahh natijah membina keluarga atas dasar-dasar Islam.

Sebelum Ustaz Siroj melangkah pergi, saya dan sahabat-sahabat dari UPM Kampus Bintulu selaku anak didiknya ingin memohon seribu kemaafan jika pernah tersalah dan silap dan tindakan kami semasa kami masih berada di bawah didikan Ustaz dahulu.

Selamat Maju Jaya dalam perjuangan Ustaz berbakti kepada keluarga dan masyarakat semasa di Pulau Pinang nanti.

"Selamat Berjuang Sahabatku, Semoga ALLAH Memberkatimu"

Wassalam,

*Foto di atas adalah ihsan daripada www.wiraislam.blogspot.com

Ibn 'AbdiLLAH As-Sarawaki,
Rabu, 26 November 2008,
6:19am

Celoteh Larut Malam: Si X dan Isu Qunut Subuhnya...


Assalamu'alaikum warahmatuLLAH wabarakatuh,

Pada larut malam ini, entah saya bersemangat untuk menulis. Ada seperkara yang terlintas di fikiran saya. Baru-baru ini semasa dalam perjalanan ke B.I.C (Bintulu Iqra' Centre) menaiki kereta Abang Firdaus, kami masuk kepada satu topik yang cukup saya minati - berkaitan Salafi dan Wahhabi. Bukannya saya ini fanatik wahhabi atau mengakui diri saya sebagai salafi ke apa, tapi apabila masuk saja bab ini, yang menariknya bagi saya ialah bagaimana hebatnya prinsip Islam itu sendiri yang mana di sebalik sifatnya yang thabat (tetap) itu, ada juga ruang kemurnian al-murunah(keanjalannya) itu - bahkan besar ruang toleransinya, tidak lain untuk memudahkan seseorang muslim itu sendiri.

Satu contoh menarik dalam skop yang kecil sahaja saya ambil, tentang solat. Setiap mazhab ada pendiriannya sendiri tentang berapa rukun solat, sunatnya, dan lain-lain lagi. Bahkan dalam setiap mazhab itu sendiri pun ada juga khilaf antara ulama'-ulama'nya. Padahal kalau berbalik semula kepada perkara pokoknya iaitu solat, semua itu cuma perkara-perkara khilaf (mempunyai perselisihan pendapat) di dalamnya dan ruang lingkup toleransi terhadap hukum-hukum berdasarkan ijtihad ulama'-ulama' adalah amat luas, begitu juga dengan ruang lingkup kemaafan ALLAH SWT dalam masalah khilaf ini, insyaALLAH. SubhanaLLAH, betapa hebatnya Islam itu sendiri - kaya dengan hukum-hakam, jelas sekali menyerlahkan kebenarannya sebagai Ad-Deenul Haq (Cara Hidup Yang Benar).

Apa yang saya bawa dalam entri kali ini bukan bertujuan untuk kempen Wahhabi, Salafi, Khalafi, haram bermazhab, haram taklid dan lain-lain lagi. Jauh sekali untuk melabelkan golongan ini sesat, golongan ini sekian, golongan itu sekian. Tidak! Saya juga bukan nak blame orang Wahhabi atau Salafi atau mana-mana kumpulan lain, mereka ada hujjah-hujjah mereka sendiri dan keupayaan dan pengetahuan mereka lebih tinggi dalam hal ini, saya tidak sampai ke tahap mereka. Apa yang saya bakal kehadapankan tidak lain bertujuan untuk memurnikan keadaan (tidak kira dalam mana-mana kapasiti, baik masyarakat kampus ataupun masyarakat umum). Saya yakin ramai yang sedia maklum bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ramai yang terdedah dengan fenomena isu-isu membid'ahkan tahlil, talkin, zikir selepas solat, dan macam-macam lagi perkara furu'iyyah (cabang) ini. Dalam pada masa yang sama, terbit juga beberapa figure-figure yang gelagat mereka seolah-olah mereka Wahhabi dan Salafi, di mana pada saat kemunculan mereka, ramai terutama dari kalangan mahasiswa yang takjub dengan mereka, dan ada yang sampai ke tahap taksub kepada mereka. MasyaALLAH! Hebatnya mereka ini. Ada yang mendapat kepercayaan untuk memegang tugas sebagai salah seorang "orang agama tahap tinggi" dalam negara - saya bukan mempertikaikan beliau, bahkan beliau merupakan salah seorang figure ulama' yang saya kagumi dan minati sehingga sekarang.

Saya akui, saya merupakan salah seorang yang turut menerima kejutan budaya dengan fenomena ini. AlhamduliLLAH, ALLAH jadikan fenomena ini sebagai asbab kepada saya untuk lebih memahami dengan lebih jelas tentang tasawwur (overview) mengenai Islam. Pendek kata, pada masa fenomena ini berlaku kesedaran saya terhadap Islam bertambah dan saya semakin berminat terhadap Islam yang sebelumnya belum dipegang seketat-ketatnya. Walau bagaimanapun fenomena tersebut telah sedikit sebanyak mencorakkan cara berfikir saya, tanpa saya sedari bahawa natijah yang dibawa oleh fenomena ini ada juga ke sisi yang negatif (maaf, bahasa terbelit-belit sedikit). Tanpa saya sedari, saya terpengaruh untuk lebih mempertikaikan isu talkin, tahlil dan perkara-perkara kecil sebegitu. Ianya telah membawa saya untuk bersifat extreme dalam melihat isu-isu seperti ini.

AlhamduliLLAH, semuanya bersifat sementara dan fikiran saya telah sempat dimurnikan oleh dua orang ustaz yang saya selalu rujuk berkaitan hal-hal ini - Ustaz Abdul Halim dan Ustaz Salehuddin. AlhamduliLLAH, kini ALLAH SWT telah jadikan saya sebagai orang yang lebih berfikiran terbuka dan boleh menerima pandangan orang lain, hatta pandangan-pandangan dari mazhab-mazhab lain berkaitan sesuatu masalah. Natijahnya, semakin luas Islam itu di mata saya.

*Sememangnya apabila menulis secara spontan dan berfikir pada masa yang sama ini, kita (ataupun cuma saya sahaja) mudah untuk melakukan side-tracking (ataupun terkeluar topik), maka saya alihkan semula perhatian kepada apa yang saya mahu jadikan sebagai titik fokus dalam tulisan ini.

Berbalik semula kepada cerita di dalam kereta bersama Izzuddin dan Abang Firdaus tadi, Ustaz Din ada menyebut tentang salah seorang daripada sahabat kami yang turut join usrah, si X yang nampaknya seakan mengikut jejak langkah lama saya dahulu - extreme dalam perkara-perkara furu' ini. Apa yang dipertikaikannya? Ada beberapa perkara, antaranya bacaan Yasin dan Qunut Subuh. Menurut kata Izzuddin, si X pernah menegur seorang lagi sahabat saya yang bernama Annas tentang Doa Qunut time solat Subuh. Katanya, apa dalil yang mengatakan adanya Doa Qunut dalam solat Subuh ini?
MasyaALLAH, terkejut saya mendengar proclamation seperti itu. Terkejut atas dua perkara:(1) Dia ini tidak pernah dengar hadith tentang bacaan Doa Qunut Subuh ke, dan (2) Apakah layak baginya untuk mempertikaikan hal sedemikian, mengatakan perkataan sebegitu sedangkan kalau mengikut ukuran - dia bukan ahli dalam hal ini, dia cuma berTAQLID kepada orang yang berTAQLID mengatakan tiada asas tentang Doa Qunut time Subuh?
Beginilah secara mudah, bagi saya kalau si X tidak mahu Doa Qunut Subuh di dalam solat Subuhnya, ikutlah. Dah dia rasa lebih enak hatinya berbuat begitu.

Tapi apa yang saya tidak setuju ialah apabila dia mahu membawa perkara seperti ini ke peringkat seolah-olah hendak menegah jemaah Subuh dari melakukan Doa Qunut hanya kerana semua itu bid'ah mengikut ketahuannya (nak kata kefahaman, dia tak faham lagi. Nak kata pengetahuan, dia langsung tidak tahu. Dia cuma menyandarkan hujjahnya atas dasar hujjah seseorang yang juga turut berhujjah atas hujjah orang lain). Saya tidak setuju dengan perbuatan menegah sebegitu kerana perkara khilaf seperti ini jika diperbesarkan boleh membawa sehingga perpecahan dalam komuniti. Orang bisa jadi confuse, carcamarba pula terasa di dalam kepalanya memikirkan mana satu yang betul.

Masalahnya, orang yang bukan ahli dan cetek ilmunya dalam fiqh mahu bercakap seperti seorang yang faqih, menerangkan itu ini betul salah kepada komuniti yang sememangnya belum faham dan akan memandang jelik perbuatan tersebut, cenderung melabelkan orang yang berbuat sesuatu lain dari yang lain (walaupun ada dalil dan hujjah)daripada apa yang mereka amalkan sebagai sesat.
Sedangkan Ustaz yang sememangnya faqih dalam bidang ini pun tidak mahu membincangkan sangat soal seperti ini (tahlil, bid'ah dan macam-macam lagi) kerana tidak mahu masyarakat (yang sememangnya masih kurang berilmu di negara yang majoriti masyarakatnya kurang budaya ilmu ini) jadi keliru, salah faham, gundah gulana, dan tup tup Ustaz itu pula dilabel sesat, terus orang tak mahu dengar kuliah dia, sedangkan Ustaz itu tadi betul.

Inikan pula seorang student yang baru join usrah sehari dua (istilahnya begitulah), terus nak bawak reformasi ke dalam pemikiran komuniti yang didiaminya (canggih jugak bahasa ni). Langkah reformasi pertama: Mansuh Qunut Subuh sebab tiada dalil tentangnya.
Melihatkan kepada betapa besarnya impak perkara ini jika tidak dibendung, maka saya ingin nasihatkan kepada rakan saya itu (si X) dan juga kepada sesiapa sahaja di luar sana yang cenderung untuk membid'ahkan itu ini, menegah itu ini, mendakwa dia Salafi dan Wahhabi agar kurangkan atau elakkan daripada terlalu membincangkan isu-isu furu'iyyah yang sedia kecil ini dan mula untuk memikirkan macam mana nak bela nasib umat Islam yang semakin teruk dizalimi dewasa ini, lebih-lebih lagi isu di Palestin yang masih belum ada penghujungnya.

Tidak salah mahu membincangkan perkara-perkara hukum tadi secara sihat di dalam halaqah usrah atau bersama orang-orang yang ahli dalam bidang itu, cuma jangan terlalu ditekankan kepada masyarakat umum dan mengharap-harap sangat dan menekan-nekan sangat agar mereka menerimanya. Harmonikan masyarakat, nescaya berjaya usaha kita. Jikalau tidak, perkara sebaliknya pula yang akan berlaku - anda mahu menyatukan masyarakat atas dasar ukhuwwah Islamiyyah di bawah payung 'Aqidah yang satu, tapi anda pula yang memecahbelahkan mereka dengan isu-isu cabang (nama pun cabang) kerana kejahilan anda sendiri dalam mempertimbangkan yang mana satu adalah prioriti.

WaLLAHua'alam,


Ibn 'AbdiLLAH As-Sarawaki

Rabu, 26 November 2008

1:19 am

Sunday, November 23, 2008

Sajak Kematian, Minah, dan Pop Kuiz....



Assalamu’alaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh,

Baru-baru ini, kita didedahkan dengan isu Sajak Kematian yang setelah sekian lama disiarkan kepada pelajar-pelajar sekolah. dari beberapa sumber berita yang sempat baca, terutamanya media arus perdana dan senpat juga saya baca entri-entri dari beberapa blog – banyak pandangan; ada yang berkata bahawa penayangan video tersebut baik untuk memberikan keinsafan dan kesedaran di kalangan remaja. Ada yang berpendapat penayangan video tersebut wajar dihentikan kerana mengganggu emosi dan mental pelajar-pelajar sekolah, dengan alasan kalau asyik ingat mati je, tak maju, tak bersemangat nak bergerak ke hadapan. Dah nama pun pandangan, maka saya bersikap pertengahan dalam perkara ini – bukanlah bermaksud duduk di atas pagar tanpa berpihak kepada sesiapa (walaupun saya cenderung untuk mengatakan video tersebut lebih baik diteruskan sahaja tayangannya. Dah muda-mudi zaman sekarang lalai sehabis-habis lalai, insyaALLAH mengingatkan diri kepada kematian adalah sebaik-baik ubat kepada lalai, alpa, dan panjang angan-angan).



Kalau ditanya tentang pandangan saya yang dangkal ini, saya katakan apakah kita bersikap rasional jika perkara yang ma’ruf (ingat ye, video ni memberikan gambaran tentang keadaan di dalam kubur – time soal jawab) dan pada masa yang sama kita ada berbagak-bagak lagi filem-filem yang kebanyakannya tidak memberikan moral secara jelas, hanya berkisar kepada nak cinta – nak kahwin (betul kata Mat Sentul baru-baru ini, beliau tak berminat menonton filem-filem sekarang sebaba takde kualiti, banyak pasal cerita nak berumahtangga sahaja), dan juga tidak berkualiti, cerita-ceritanya mengarut sahaja. Kalau bukan cerita jiwang, hal yang diketengahkan pula sudah semestinya cerita seram. Pontianak lah, Sundal lah, Harimaulah, Poconglah, macam-macam! Hah, apa pula faedah dan moral yang kita dapat daripada cerita-cerita seperti ini? Bukankah dengan menayangkan cerita-cerita seperti ini juga akan mengganggu emosi budak-budak (orang tua pun kadang-kadang 'terkencing' juga).


Tak cukup dengan itu, saya juga dapati walaupun agenda Islam Hadhari sudahpun ‘cuba’ diterapkan dalam kehidupan masyarakat Malaysia, tapi apa yang saya tonton dalam televisyen kebelakangan ini tidaklah menepati piawaian Islam mana pun. Kita* masih boleh tayang adegan-adegan panas lagi dalam drama-drama (drama-drama MELAYU pulak tu), kita masih boleh biarkan adegan cium-cium berpelukan itu sebagai adegan yang biasa-biasa sahaja dalam tv. Kalau nak kata meraikan orang-orang lain yang bukan Islam, saya rasa mereka juga secara common sense akan berkata adegan-adegan seperti itu tidak wajar dipertontonkan. Tidak ada nilai moralnya! Banyak sebenarnya kalau nak ditegur tentang rancangan televisyen di Malaysia ni.


Nak kata lagi, tidak kurang juga rancangan yang berbentuk informasi berkenaan hidup artis-artis Malaysia (artis luar pun tidak ketinggalan juga, kadang-kadang masuk juga). Pasal artis bercerai nak bising, nak heboh. Kalau orang tak suka dilabel sebagai suka jaga tepi kain orang, hah inilah dia stesen-stesen TV yang suka jaga tepi kain orang. Kuiz-kuiz yang takde faedah pun boleh tahan juga, macam yang pernah ditayangkan suatu ketika dahulu – siapa tak kenal Poooop Kuizzzz (Pop Kuiz) yang dihoskan oleh saudara Aznil Hj Nawawi.



Surat khabar pun boleh tahan juga! Kalau kita biasa beli surat khabar, biasanya ada sisipan khas yang membicarakan isu-isu dunia hiburan. Cuba tengok title-title yang kadang-kadang berbunyi “Minah (bukan nama sebenar) serik bercinta”, tapi lihat pula posing mautnya yang bukan main! Gambar cover depan siap boleh tunjuk peha, pakai ketat-ketat, siap meniarap seksi lagi! Kadang-kadang tu, tajuk dier “Minah nak balas budi mak ayah dahulu”, “Minah harapan keluarga”, “Minah berbakat semulajadi” dan sebagainya, tapi gambar-gambar yang datang bersekali dengan artikel-artikel tersebut langsung tiada kaitan dengan isinya – inikah Minah harapan keluarga? Inikah Minah yang mahu membalas jasa ayah bondanya? Hancur, hancur!


Isinya pula kadang-kadang meloyakan – “maaflah kalau time posing untuk ambik gambar nanti saya nampak kurang menyerlah sikit. Maklum la, petang. Kalau pagi tadi, fresh la sikit.” ujar Minah sambil ketawa”….inikah modal insan? Bukan insan, tapi insane (gila)! Menyammmpah aku!! Sebenarnya banyak lagi yang saya rasa boleh menjadi persoalan tentang keselarian Islam Hadhari dengan perlaksanaannya – adakah memang terlaksana atau bersifat retorik (walaupun pada asalnya bukan Islam Hadhari yang saya ingin bincangkan).


Ok, saya rasa mungkin anda dah nampak point yang saya maksudkan – banyaknya perkara yang melalaikan, yang bersifat kebanjiran mengatasi pengisian rohani. Mengapa tidak diteruskan sahaja tayangannya agar sekali-sekala ada juga alternatif sebagai jalan kembali kepada mengetahui fitrah manusia yang sepatutnya, setelah kita ditenggelamkan dengan hiburan dan dunia. Saya rasa pihak yang mahu tayangannya dihentikan boleh berfikir dengan LEBIH MATANG lagi dan BERTINDAK LEBIH BIJAK, daripada menghentikan tayangan Sajak Kematian atas alasan yang remeh.


Apa pun outcome-nya selepas ini, saya berharap agar pihak yang terlibat boleh berfikir secara RASIONAL, MATANG, BIJAK, dan yang lebih pnting lagi, ISLAMIK sebagai added value, sebelum mendatangkan keputusan yang akhirnya boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat, baik di dunia mahupun di AKHIRAT.


WaLLAHua’lam.


Ibn ‘AbdiLLAH As-Sarawaki

Isnin, 24 November 2008

UPM Bintulu.


P/S: Pernah berlaku sebelum ini blog Malaysiakini diblock, atas tuduhan yang disabitkan di bawah Akta Hasutan. Saya tertanya-tanya, kalau Malaysiakini yang bersifat media alternatif boleh diban oleh kerajaan, kenapa pula tiada inisiatif untuk block laman-laman web lucah (mengikut statistic dari satu sumber, lebih kurang 40,000 laman web lucah wujud setiap hari) yang saya rasa lebih berat sifat hasutannya (hasut orang untuk buat munkar) berbanding Malaysiakini? Fikir-fikirkan.

Thursday, November 6, 2008

Sifat Positif Yang Boleh Dicontohi Dari Iblis (Baca Dulu Sampai Habis)...

Entri ni merupakan antara artikel –artikel terawal yang saya tulis dalam percubaan saya untuk menulis sebagai medium penyampaian ilmu. Ianya ditulis beberapa semester @ tahun yang lepas dan pada masa itu, sebelum wujudnya blog ini. Pada masa itu, saya hanya mem’forward’kan artikel-artikel saya melalui e-mail kepada sahabat-sahabat saya.

Dalam entri kali ini, saya ingin melakukan some sort of revisiting cerita-cerita lama yang pernah saya tulis dahulu yang masih tersimpan dalam koleksi saya.

Mengenai tajuknya, saya risau juga kalau-kalau bakal berlakunya kontroversi. Kalau begitulah yang berlaku, saya mohon maaf.

-Ibn ‘AbdiLLAH As-Sarawaki
________________________________________________________________________

SIFAT POSITIF YANG BOLEH DICONTOHI DARI IBLIS
(baca betul2 ye…., baca abis dulu baru la anda bleh fhm…ok x?)



Seperti mana yg kita sedia maklum & kita selalu dngar, IBLIS mrupakan musuh manusia sejak azali lg. Hanya disebabkan sifat keegoan x bertempat iblis utk sujud kepada Nabi Adam a.s, akhirnya iblis secara automatiknya dicop terus sbg MUSUH ALLAH SWT shinggalh ke hari Kiamat…

Di sinilah bermulanya bibit – bibit permusuhan antara iblis dengan manusia, bermula dgn Nabi Adam a.s sehinggalah ke anak cucu bginda tanpa mninggalkn walau seorang pun drpd pewaris anak Adam ; untuk digodanya kita semua agar sama2 terjerumus ke lembah neraka…

Dalam misi mgelincirkn mnusia ke jln ksesatan, IBLIS berusaha sedaya upaya, dgn berbagai jnji2 manis, godaan nikmat palsu dan bersifat sementara, mgoda mnusia utk m’ikutiny – TAK KIRA MANA2 GOLONGAN, dr yg x beriman shinggalh yg bergelar ulama’.

Begitu dahsyat tipu daya iblis yg dgn berbagai2 helahnya, dgn mudah ia mngaburi mata mnusia dr mlihat kebenaran & trus – mnerus tnpa segan – silu mlakukn dosa…

Di sni bukanlah cerita IBLIS yg nak dikhabarkn, tp kalau kita melihat dari satu sudut, kita dapat ambik satu nilai yg positif drpd iblis ( bukan lah nak kata iblis ni baik! ). Dan sy rs klu kita ambik ni sbg contoh utk dimanfaatkan spanjang jln perjuangan kita, insyaALLAH kita akn berjaya di dunia & akhirat… Bunyi mcm pelik kan?

Apa yg baik yg kita bleh nmpak pd sikap iblis?
Dah la sah2 mnyesatkan, ada bnda yg btul ke pada iblis tu?
AlQuran sendiri pun laknat habis – habisan mkhluk durjana ni, apa yg baikny?

Snang citer, mcm ni la…

Klu kita lihat dr cara / gerak kerja IBLIS, kita dapati IBLIS ni sememangnya BERSUNGGUH2 dlm bekerja, mnyesatkan mnusia ---klu dr istilah omputihnya 24-7, 24 jam sehari, 7 hari sminggu…

Yg peliknya, IBLIS sendiri tahu & smemangnya sgt maklum bahawa apa yg dier buat tu, azabnya mmg teramat sgt berat…… tp knape masih buat jugak, pelik kan?

Sikap BERSUNGGUH2 tu la yg saya nak gambarkan td, bukan nye apa pun…….



Cuba fikirkan, kalau IBLIS yg sememangnya x pnah ALLAH redha ke atas mereka, yg buat kerja – kerja mnyesatkan & dah tahu dah MEMANG CONFIRM MASUK NERAKA, PASTU DIJANJIKAN SEKSAAN TERUK2 pun masih ada SIKAP BERSUNGGUH2, KOMITED, RAJIN, X PUTUS ASA SAMPAI BILA2, KERJASAMA (ANTARA DIORG LA..),
KENAPA PULAK KITA, YG SMEMANGNYA DIJANJIKAN SYURGA KALAU BUAT BNDA2 BAIK, DPT GANJARAN PAHALA BUAT BAIK, & INSYAALLAH DPT MERASA NIKMAT DUNIA & AKHIRAT KLU KOMITED & RAJIN DLM MNGERJAKAN HAL EHWAL DUNIA YG BERMANFAAT & AMAL UTK AKHIRAT,……

X DPT NAK TERAPKAN NILAI BERSUNGGUH2 & NILAI2 POSITIF LAIN DALAM KEHIDUPAN….

MALUNYA KITA APABILA HAKIKAT INI BERLAKU…BENDA2 BAIK X DIBUAT BERSUNGGUH2…

SEDANGKAN IBLIS PUN BERSUNGGUH2 NAK SESATKAN KITA…

MACAM MANA KITA NI SEBENARNYA?.....

Dah tu pulak, dlm Al Quran pun ada sebut yg IBLIS meminta umurnya dipanjangkan untuk menyesatkan manusia ( mcm tu la lbih kurang…)…

IBLIS siap boleh MINTAK KEBENARAN pulak tu time nak buat jahat…….

Macam mana plak ngan kita ni? Adakah sntiasa meminta kebenaran time mintak barang dari org lain?

Klu kita ni jnis yg ambik je tnpa pgetahuan org lain, maknanya lbih teruk dr IBLIS la kita ni….

Sama – sama fikirkan, k…….

WASSALAM.


Perhatian :

Ni bukan artikel ajaran sesat atau ISLAM LIBERAL ke apa, juga amat jauh dari mempromosikan Hadhari…
Idea nak buat artikel ni muncul time saya berborak ngan Ustaz Abdul
Halim di pejabat beliau…time tgh borak2 tu, tiba2 je Ustaz Halim sebut pasal bnda ni, dier kata “Kita ni slalu ambik motivasi dr semut, rasany klu ambik motivasi dr IBLIS lg bgus, biar org sedar ckit…. Maknany klu IBLIS yg dah tahu yg dier akn masuk neraka masih bleh komited ngan kerjanya mnyesatkn mnusia, knape kita x bleh komited ngan benda2 baik? Klu mcm tu mmg malu la kita kat IBLIS….”…. Artikel ni pun sy tulis atas persetujuan dier gak…ape2 pun yg penting, ambik yg
positif, k. SEKIAN…


P/S: Mohon maaf banyak-banyak sebab bahasa tulisan di atas lebih kepada berbentuk bahasa SMS. Bukan apa, nak jaga keaslian sepertimana ianya ditulis ketika pertama kali dahulu….

Tuesday, November 4, 2008

Dedikasi Untuk Murabbi-ku...


Beberapa minggu yang lepas, sebelum student-student di UPMKB menduduki final exam, saya dimaklumkan sendiri oleh murabbi saya di UPM Kampus Bintulu ni, Ustaz Abdul Halim bin Abdul Kadir bahawa beliau akan ke Kuching pada 8 November ini untuk menjalani pembedahan. Saya sendiri pun tidak pasti pembedahan yang macam mana...

Melihatkan kepada keadaan Ustaz Halim yang saya sendiri kirakan agak kritikal, saya rasa memang sangat baik dan sudah sampai masanya untuk beliau menjalani pembedahan.

Rasanya, kebanyakan pelajar Ustaz Halim perasan akan cara Ustaz Halim yang menampakkan bahawa beliau tidak sihat, cuma mungkin ramai yang tidak tahu sakit apa?....

Pada 13 november ni, Ustaz Halim akan menjalani pembedahan pada bahagian tulang belakang beliau yang (sebenarnya) telah lama sakit sebagai kesan daripada kemalangan yang beliau pernah lalui semasa di zaman mudanya dulu (jangan salah anggap. Ustaz Halim memang masih muda).


Pernah juga beliau ceritakan kepada saya tentang sakit dan kemalangan yang pernah dialaminya itu. Patutlah sebelum ini apabila saya solat di belakang beliau, seolah-olah beliau berada dalam keadaan yang tidak sihat (time rukuk dan sujud). Perkara tersebut cuma saya sedari dan ketahui semasa saya berada di semester 4.

Apa-apa pun, tujuan saya memasukkan entri ini tidak lain sebagai dedikasi kepada Ustaz Halim yang akan menjalani pembedahan tidak lama lagi.

Saya memohon kepada saudara pengunjung sekalian agar turut bersama mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Ustaz Halim semasa pembedahan tersebut serta mendoakan kesembuhan untuknya.

Maaf, mungkin ayat-ayat dalam entri ini tidak tersusun...mungkin dirasakan urgent.


Saya mendoakan agar Ustaz selamat menjalani pembedahan tersebut dan semoga cepat sembuh.


Ibn 'AbdiLLAH As-Sarawaki
00:12 am, 5th November 2008, Wednesday.

Permantapkan Agenda Membendung keciciran



MUQADDIMAH

Beberapa bulan yang lalu, saya ada menyebut tentang perlunya gerakan Islam mempunyai perencanaan dan perancangan yang rapi dalam gerak kerjanya (rujuk entri : Gerakan Islam Memerlukan Perencanaan). Salah satu daripada aspek penting yang sangat teramat perlu diambil kira ialah dari segi perlaksanaan agenda tarbiyah itu sendiri yang mungkin perlu dipermantapkan lagi ataupun perlu ditekankan dan dijadikan sebagai fokus utama sebelum seseorang ahli gerakan Islam itu layak berdepan dengan lapangan ummat.


Hal ini demikian kerana wabak yang kronik ataupun acute akibat ‘tidak cukup’ tarbiyah (nak kata tarbiyah tidak cukup, hakikat tarbiyah itu berterusan sepanjang hayat) seringkali membawa kepada epidemic yang kita kenali sebagai Al-Mutassaqit dan Futur.


Al-Mutassaqitun bermaksud Golongan Yang Tercicir manakala Futur pula Hilang Semangat Dalam Perjuangan (apabila dibaca dengan huruf ta. Tapi apabila dibaca dengan huruf tho, ianya memberi makna breakfast ataupun boleh juga berbuka puasa – indahnya bahasa ‘Arab).


Antara symptom-simptom yang boleh dilihat pada penghidap penyakit-penyakit ini adalah:

- kurang aktif untuk melibatkan diri dalam usrah dan gerak kerja jamaah.

- Sering memberikan alasan apabila diajak untuk melibatkan diri dalam program-program ‘amal Islami.

- Wujud unsur escapism apabila diberikan suatu tugas

Sebelum sempat wabak-wabak ini menular kepada ahli yang lain, saya merasakan bahawa amat perlu untuk kita mengenali punca-punca ataupun asbab keciciran golongan yang berada di Tariq Ad-Da’wah / Jalan Da’wah ini sebagai langkah pertama bagi membendung gejala ini daripada terus merebak.

Adapun, apa yang saya tuliskan dalam entri ini dan juga entri-entri berkaitan pada masa akan datang merupakan rumusan kepada tulisan Ustaz Fathi Yakan. Untuk mendapatkan garapan yang lebih lanjut dan mendalam, saya suggest anda untuk dapatkan sahaja buku ini.


Menurut Ustaz Fathi Yakan di dalam bukunya “Al-Mutasaqitun ‘ala Tariq al-Da’wah” / Golongan Yang Tercicir Di Sepanjang Jalan Da’wah, sebab-sebab yang membawa kepada keguguran bukanlah satu tetapi banyak. Adakalanya disebabkan oleh gerakan itu sendiri, adakalanya disebabkan oleh anggota gerakan Islam itu sendiri dan ada pula

yang bersebab dari suasana yang memberikan tekanan.


Bermula pada bab pertama yang menyatakan (ewah, macam bahasa kitab kuning pulak!) akan dia sebab-sebab berhubung dengan gerakan itu sendiri.


Faktor-faktor berhubung dengan gerakan

Ada beberapa faktor berhubung dengan gerakan yang menyebabkan keciciran dan ketergelinciran seorang ahli gerakan Islam itu dari jalan da’wah. Ketahuilah bahawa punca-puncanya adalah seperti berikut:

  1. Kelemahan Dari Sudut Tarbiyyah
  2. Tidak Meletakkan Seseorang Di Tempat Yang Sesuai
  3. Tidak Membahagi-bahagikan Kerja Kepada Anggota
  4. Tidak Mengambil Berat Hal Ahli
  5. Tidak Menyelesaikan Persoalan Dengan Segera
  6. Pertikaian Dalaman
  7. Pimpinan Tidak Layak

Faktor #1: Kelemahan Dari Sudut Tarbiyah

Tarbiyah merupakan satu faktor kritikal dalam survival seorang ahli gerakan Islam. Tarbiyah yang mantap, maka dia mempunyai bekalan dalam membawa da’wah dan berjuang dalam lapangan ummat. Sebaliknya jika lemah tarbiyah, kemungkinan besar dia akan hanyut mengikut aliran-aliran menyesatkan yang kuat memerangi pemikiran ummat masa ini.

Berkemungkinan juga dia akan gagal dalam menilai-banding yang mana satu antara pilihan di depan matanya yang lebih awla/utama.

Mengambil contoh yang praktikal dalam konteks perjuangan Islam seperti PAS, risiko keciciran ahli gerakan boleh berlaku sekiranya sudut atau bidang tarbiyah hanya mengambil ruang yang kecil berbanding dengan pentadbiran, penyusunan dan politik di mana bidang-bidang ini hampir mengambil keseluruhan ruang.

Apabila seseorang ahli itu lebih prihatin terhadap agenda siasah dan lebih banyak mementingkan hal-hal semasa mengatasi kepentingan tarbiyah, maka dia lebih cenderung untuk menjerumuskan dirinya ke dalam lembah futur dan mutassaqit.


Menurut Ustaz Fathi Yakan, perkara ini jelas sekali dapat dilihat dalam cara hidup para pemimpin gerakan, para pentadbir dan para mas’ul (orang yang diberi tanggungjawab) menguruskan soal-soal politik dan kemasyarakatan yang tidak prihatin terhadap urusan-urusan tarbiyah samada dari segi teori ataupun ‘amali.

Natijah daripada para pemimpin yang bersikap ignorant terhadap hal ini ialah tindakan dan cara mu’amalah (perhubungan) mereka jauh sekali dari berpedomankan akhlak Islamiyyah. Cara mu’amalah mereka jauh dari berbentuk rabbaniyyah dan ‘uzubah ar-ruhaniyyah (kesedaran rohani).

Mas’ul dalam politik dan pentadbiran, kemasyarakatan atau lain-lain berdasarkan tanggungjawabnya boleh jadi berpuas hati dengan kedudukannya – berpuas hati dia telah mencapai tahap menjadi pucuk pimpinan tanpa merasakan apa-apa lagi kekurangan diri, rohani dan tarbiyyah. Tanpa merasakan kepada perlunya makanan iman dalam hidupnya.

Banyak ayat-ayat ALLAH SWT yang menerangkan betapa iman dalam dada manusia itu boleh bertambah dan boleh berkurang (al-yazid wa yankus):

4. (Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Fath ayat 4)

13. Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka Dengan benar; Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda Yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka Dengan hidayah petunjuk. (Surah Al-Kahfi ayat 13)

76. dan Allah akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang Yang menurut jalan petunjuk; dan amal-amal Yang baik Yang tetap kekal faedah-faedahnya itu, lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya.

17. dan (sebaliknya) orang-orang Yang menerima petunjuk (ke jalan Yang benar), Allah menambahi mereka Dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa.

Dan juga sabda Rasul-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya iman yang berada di dalam hati kamu menjadi lusuh seperti mana lusuhnya pakaian. Oleh itu mohonkanlah dari ALLAH Taala supaya Dia memperbaharui iman di dalam hati kamu” (HR at-Thabrani dan al-Hakim).


Maka, dengan realiti ini seorang ahli gerakan itu baik dari peringkat qiyadi (pimpinan) sehinggalah ke peringkat barisan pejuang (jundiyyah) mestilah mengikuti tarbiyyah biar betapa sibuk atau dalam apa jua keadaan sekalipun. Malah dalam keadaan da’wah menghadapi suasana yang buruk, tarbiyyah lebih perlu diberi perhatian. Manusia perlu kepada riayah dan mengingati ALLAH SWT, terutama lagi dalam keadaan yang tegang seperti itu.


Contoh praktikal: ada ahli yang hanya fokus kepada sudut siasah dan isu-isu semasa. Sikap cakna seperti ini memang patut dipuji – kerana dia sensitif terhadap persekitarannya. Masalahnya ialah tempang dari sudut tarbiyyah; tarbiyah yang memastikan dirinya pada landasan yang betul dalam tindakannya sebagai seorang ahli gerakan Islam. Maka apabila ada musibah yang melanda jemaah, dia cenderung untuk membuat keputusan sendiri dan tidak mahu akur dengan keputusan jemaah, malah berbantah-bantahan dengan golongan qiyadah (pemimpin) dalam soal keputusan jemaah. Sedangkan dalam proses tarbiyyah, seseorang itu dilatih untuk menjadi seorang yang taat kepada pemimpin (wala’).


Sebuah gerakan yang daya tarbiyyahnya lemah dan tidak dapat mentarbiyyah seluruh anggotanya akan menyebabkan kecacatan gerakan itu sendiri. Analoginya seperti tubuh badan seseorang yang tidak bersenam, akan lebih mudah mendapat serangan penyakit (termasuk otak yang kurang cerdas). Berbeza pula dengan seseorang yang memang rapi penjagaan kesihatannya, perkara sebaliknya yang berlaku.


Oleh itu, Manhaj Tarbiyyah perlu sentiasa dikemaskini dan dikaji sesuai dengan keperluan dan suasana. Kegiatan tarbiyyah tidak boleh terputus kerana sesuatu darurat atau program (‘amal).


Seluruh anggota gerakan, tanpa kecuali mestilah mengikuti tarbiyyah dari masa ke semasa. Hubungan anggota dengan harakah hendaklah berasaskan kepada asas hubungannya dengan ALLAH dan Islam. Perlu diingatkan bahawa gerakan ataupun jemaah hanyalah wasilah (alat) dan bukan ghayah (matlamat). Ianya adalah wasilah untuk melaksanakan perintah ALLAH dan usaha memperolehi keredhaanNya; bukan untuk mencapai kepentingan diri.


Jemaah tidak mahu ahlinya hanya tahu mengibarkan bendera time kempen, berdemo dan berprotes sahaja tanpa pengisian yang membentuk akhlak-akhlak Islamiyyah yang sebenar-benarnya di kalangan ahli. So, kalau ada tamrin – jangan lari dari tamrin, kalau ada usrah, jangan lari dari usrah.


Ibn ‘AbdiLLAH As-Sarawaki

Ahad, 2 November 2008, 10:58 am.

Katakan "TAK NAK" Kepada Tabarrujul Jahiliyah!

Katakan "TAK NAK" Kepada Tabarrujul Jahiliyah!
klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

Alternatif Fesyen Islami

Alternatif Fesyen Islami
klik pada imej untuk ke link

Jom Belajar Bahasa Arab

Jom Belajar Bahasa Arab
klik pada imej untuk ke link

Video-video Pilihan

Ustaz Ismail Kamus - Nafsu Makan Ustaz Ismail Kamus - Alam Jin Ustaz Azhar Idrus - Banduan Akhirat Ustaz Azhar Idrus - Tidur 20 Tahun