Darussyifa' Online

Darussyifa' Online
klik pada imej untuk ke link

BIC Smart Shop

BIC Smart Shop
klik pada imej untuk ke pautan

Boikot Zionis La'natuLLAH!

Boikot Zionis La'natuLLAH!
klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

Selamatkan Gaza!

Selamatkan Gaza!
klik pada imej untuk ke link

Tuesday, July 7, 2009

Oh Pehin Sri-ku: Catatan 1 Malaysia...


Assalamu’alaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh,


AlhamduliLLAHi ‘alaa kulli haal,

Segala puja-puji bagi ALLAH SWT atas segala-galanya,

Selawat dan salam ke hadrat Nabi SAW Al-Mustoffa, ahlul bayt serta para sahabat Baginda.


Belum sempat seminggu saya mengeluarkan kenyataan saya mahu berpuasa daripada menulis, kini saya merasakan bahawa tangan ini sentiasa gatal untuk menaip.

Sungguh! Melihat keadaan blog yang tidak terupdate dan juga tidak bercerita sedikit tentang isu-isu semasa ataupun sekurang-kurangnya meluahkan rasa hati terhadap perkara-perkara yang sedang berlaku, tangan ini seolah-olah terasa rimas. (Maka dengan ini, saya membatalkan perisytiharan sebelum ini dan akan terus menaip, untuk Islam!)


Baru-baru ini, kita dengar isu Kampung Buah Pala, DAP Kedah mahu keluar daripada permuafakatan Pakatan Rakyat, suasana demam Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai dan sebagainya. Kebelakangan ini, cerita yang berlaku di Perak pula seolah-olah tidak berapa kedengaran.


Apa pun, cerita yang paling menarik perhatian saya di dalam banyak-banyak cerita ialah pendedahan mahligai milik bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo.

Persoalan menarik yang ditimbulkan oleh pihak media ialah bagaimana beliau mampu memiliki mahligai seperti itu sedangkan pendapatan beliau sebagai Menteri Besar selama lapan tahun pun tidak menjanjikan kekayaan sebesar mana…

Tanah sahaja kononnya berharga RM 3.8 juta, kos pembinaan rumah lebih kurang RM 20 juta. Kalau khulafaur rasyidin masih hidup dan masih memerintah, saya optimis rumah mereka pun tidak sebesar itu bahkan tidak akan menyimpan kolam renang di dalamnya.


Lihat sahaja Umar al-Khattab, attitude beliau sebagai pembesar begitu hebat sekali sehinggakan apabila negara yang dipimpinnya itu mengalami kemarau yang teruk sehingga tanahnya menjadi tidak produktif dan makanan pula sangat terhad, beliau turut berlapar bersama rakyatnya. Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang mengenyangkan perut rakyat berbanding perut dirinya sendiri.


Dengan peruntukan RM20 juta + RM3.8 juta = RM 23.8 juta itu, andai disalurkan ke dalam perbelanjaan sekitar pendidikan seperti bantuan pelajar miskin di sekolah-sekolah dan di IPT, sudah pasti manfaatnya lebih besar. Mungkin juga unit perumahan kos rendah untuk golongan yang tidak berkemampuan boleh ditambah, memandangkan isu setinggan masih ada yang belum selesai. Mungkin juga boleh disalurkan ke dalam mana-mana skim bantuan untuk usahawan kecil dan sederhana di sekitar Selangor. Lihatlah, apabila rumah sudah jadi besar sedangkan angka gaji yang diperolehi belum tentu mampu membayar untuk membina rumah tersebut, banyak pertikaian yang timbul. Saya tidak kata beliau melakukan penyelewengan, tetapi kadangkala sikap terlalu bermewah-mewah semasa memegang tampuk kekuasaan sememangnya mudah membawa dirinya ke dalam kancah fitnah.


Itu cerita di Selangor. Di Sarawak pun lebih kurang juga ceritanya. Istana Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud lebih besar daripada mahligai Khir Toyo. Keretanya Rolls Royce warna cream. Beliau juga dikatakan pernah membeli piano kepunyaan mendiang Liberace yang berharga hampir mencecah 2 juta dolar Amerika.

Cuba sebut sahaja syarikat-syarikat besar di Sarawak, contohnya kilang simen CMS, kemudian ASSAR (Amanah Saham Sarawak) antara lain merupakan empayar milik Pehin Sri. Projek Mega Empangan Bakun yang terkenal itu juga merupakan projek di bawah naungan empayar beliau.

Keluarga beliau bukan sahaja mempunyai share yang besar di Sarawak dan di dalam Malaysia, malah turut mempunyai pelaburan di luar negara. Pada era tahun 80-an, klien-klien yang setia kepada Pehin Sri mendapat konsesi pembalakan sekitar 1.6 million hektar. Pendek kata, Pehin Sri merupakan antara orang yang paling kaya di Malaysia.


Walau bagaimanapun, sekaya-kaya mana pun orang yang memerintah negerinya, namun dirasakan masih ada lagi sebenarnya lompang kekurangan yang sepatutnya diisikan dengan peruntukan ataupun dana-dana tertentu daripada kekayaan tersebut.

Andaikata Pehin Sri berjiwa rakyat, langkah yang terbaik ialah dengan membelanjakan sebahagian daripada kekayaan itu untuk kepentingan rakyat. Bukankah sekarang ini Dato Seri Najib Abdul Razak telah melancarkan kempen 1 Malaysia?

Maka, '1 Malaysia'kan lah Sarawak ini. Meng-‘1 Malaysia’kan kekayaan yang ada di dalam negeri dengan memesatkan lagi kemajuan di dalam bidang pendidikan, industri-industri kecil dan sederhana serta menggiatkan lagi aktiviti bantuan pendidikan terhadap pelajar luar Bandar, serta membasmi kemiskinan yang masih lagi banyak di Sarawak ini. Kalau sebut Sarawak, jangan bayangkan Bandaraya Kuching dan Miri sahaja. Banyak lagi kawasan-kawasan luar ceruk kota yang memerlukan bekalan air yang sempurna, bekalan tenaga elektrik, dan lain-lain perkhidmatan. Banyak lagi sebenarnya kalau mahu difikirkan tentang ke mana sepatutnya wang yang dijanakan daripada industri di dalam negeri itu dibelanjakan. Saya tidak kata salah untuk menjadi kaya, akan tetapi sebelum mengkayakan diri dan keluarga, saya cadangkan jenguk-jenguklah dulu ke luar tingkap untuk melihat kekurangan yang masih belum disempurnakan, masih banyak lagi yang perlu diperbaiki di luar sana.


Bukankah 1 Malaysia kata ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, maka dahulukanlah kepentingan rakyat. Mungkin orang Bandar sudah merasa agak selesa dengan kehidupan di Kuching, Sibu dan Miri, tetapi intai-intailah dahulu kehidupan mereka yang duduk di Sarikei, Belaga, Marudi, Beladin, Kabong dan sebagainya, pasti masih ramai lagi yang memerlukan dan pasti masih ramai yang memegang title marhaen.


Maaf, saya bukan menempelak sesiapa. Walaupun mungkin apabila dibaca bunyinya agak sinis, tetapi hakikatnya perlu ada suara yang menegur. Saiyidina Umar al-Khattab pernah ditegur dan diperbetulkan sendiri oleh seorang wanita semasa beliau berpidato, tapi mampu sahaja beliau terima dengan hati yang terbuka. Bahkan beliau sendiri pernah meminta agar rakyatnya menegur jika dia tersilap dalam tindakannya, lantas seorang pemuda berkata kepadanya “Demi ALLAH, sesungguhnya apabila engkau melakukan kesalahan, kami akan membetulkannya dengan pedang ini” sambil menghunus pedangnya.

Apa yang Umar jawab? “AlhamduliLLAH, Umar mempunyai rakyat yang baik yang menegur kesalahannya”. Betapa demokratik dan gentlemennya Umar semasa memerintah.


Moralnya, belajarlah memimpin sepertimana khalifah di zaman dahulu memimpin, insyaALLAH berkat negeri kita!


P/S: Saya bukan kutuk orang di sini, saya sekadar memberikan pandangan!


WaLLAHu ta'ala a'lam,


Ibn 'AbdiLLAH As-Sarawaki,

12.47 am,

Rabu, 8 Julai 2009,

Kuching, Sarawak.

4 comments:

UR BroThEr said...

salam, pendedahan yang bagus..kalau setakat istana khir toyo tu ana x kisah sgt..istana tok uban ni lagi besar, siap ada pelabuhan lagi..boleh search guna google map..masyarakat di bandar2 utama sarawak terlalu selesa sehingga x kisah akan kebobrokan kepimpinan PBB a.k.a UMNO sarawak..hu3

UR BroThEr said...

salam, pendedahan yang bagus..kalau setakat istana khir toyo tu ana x kisah da..istana tok uban ni lagi besar, siap ada pelabuhan untuk kapal persiaran peribadi lagi tu..masyarakat sarawak di bandar2 utama sarawak dah terlalu selesa sehingga x kisah akan kebobrokan kepimpinan PBB a.k.a UMNO sarawak..padahal semua dah tahu..

Suluh Hati said...

Setuju dengan saudara. Banyak rakyat di ceruk pedalaman Sarawak yang akan mendapat manfaat daripada pengagihan kekayaan 'orang atas' kita. Daripada pengalaman saya bertugas di hospital daerah yang menjadi pusat rujukan pesakit dari beberapa kawasan kecil, saya merasakan betapa nasib rakyat pedalaman masih belum terbela. Kalau yang di atas boleh hidup mewah seperti maharaja, kenapa masih lagi yang di bawah menderita hinggakan untuk mendapatkan rawatan pun susah kerana masalah jarak, pengangkutan dan kewangan.

Semoga artikel ini membawa pencerahan.

Namaku 'Dua' said...

salam sangat setuju dengan artikel saudara.
jangan dilihat pbangunan di kuching/miri.tapi jengahlah masyrakat luar bandar especiallynya rakyat sarawak yang berbangsa iban.kehidupan mereka sangat dhoif. ini berdasarkan pengalaman saya y pernah singgah dan bertamu di beberapa rumah panjang mereka.

mm..harta dunia yang banyak, x semestinya menjamin kesejahteraan di akhirat sana..
tunggu la..jawab la di 'sana' nt

Katakan "TAK NAK" Kepada Tabarrujul Jahiliyah!

Katakan "TAK NAK" Kepada Tabarrujul Jahiliyah!
klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

Alternatif Fesyen Islami

Alternatif Fesyen Islami
klik pada imej untuk ke link

Jom Belajar Bahasa Arab

Jom Belajar Bahasa Arab
klik pada imej untuk ke link

Video-video Pilihan

Ustaz Ismail Kamus - Nafsu Makan Ustaz Ismail Kamus - Alam Jin Ustaz Azhar Idrus - Banduan Akhirat Ustaz Azhar Idrus - Tidur 20 Tahun