Darussyifa' Online

Darussyifa' Online
klik pada imej untuk ke link

BIC Smart Shop

BIC Smart Shop
klik pada imej untuk ke pautan

Boikot Zionis La'natuLLAH!

Boikot Zionis La'natuLLAH!
klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

Selamatkan Gaza!

Selamatkan Gaza!
klik pada imej untuk ke link

Monday, December 28, 2009

Saya Tegaskan: Saya Katakan PAS Begini...

Assalamu’alaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh,


AlhamduliLLAHi ‘alaa kulli haal,

Segala puja-puji kepada Al-Khaliq, Yang Maha Menciptakan ke atas segala-galanya,

Selawat dan salam isyarat kecintaan kepada HabibuLLAH Ar-Rasul SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda.


Sudah lama tidak menulis, segalanya kerana hambatan urusan kerja yang agak demanding kebelakangan ini. Isu-isu yang timbul di media massa juga tidak terfikir untuk diulas, mungkin minda agak tepu dengan segala program yang berlangsung kebelakangan ini.


Baru-baru ini, timbul pula spekulasi baru di Selangor, ada segelintir ahli PAS yang mendesak PAS agar keluar dari Pakatan Rakyat. Saya tidak mahu ulas banyak tentang isu ini. Jikalau betul mereka ahli PAS, saya cadangkan mereka meneliti semula silibus usrah berkaitan dengan Tahaluf Siyasi, kemungkinan ada yang terskip bab ini semasa mengikuti usrah. Mungkin perlu diberi pencerahan semula tentang wala’ dan thiqah, takut-takut kepercayaan terhadap pimpinan mula terhakis. Jikalau mereka diupah berlakon untuk menjadi ahli PAS yang mogok kepada pimpinan, saya ucapkan ‘tahniah’ kerana lakonan mereka berjaya meyakinkan peminat setia media arus perdana untuk terus percaya bahawa PAS seolah-olah menggadai prinsip PAS sebelum ini. Tahniah kerana terus berjaya dalam usaha anda untuk memutarbelitkan fakta dan memburuk-burukkan nama PAS dan Pakatan Rakyat. ALLAH SWT jua yang mampu ‘membalasnya’!


Dalam entri ini, saya berasa terpanggil untuk menerangkan semula peranan PAS sebagai sebuah harakah Islam (gerakan Islam, yang bukan hanya sekadar stand politik), sebuah jamaah Islam yang berdiri di atas prinsip yang kukuh dan jelas. Pendirian yang akan menjelaskan bahawa ahli PAS bukanlah bersandar kepada nama PAS, tetapi menjadikan syariat Islam sebagai sandaran.


Pertama, jikalau dirujuk semula pada perlembagaan PAS, awal-awal lagi PAS menyatakan pendiriannya menjadikan Islam sebagai perlembagaan. Sudah termaktub akan hasrat PAS untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia. Bidang politik merupakan wasilah bagi PAS mendapatkan kekuasaan, agar apabila kuasa berjaya diraih, execution kepada perlaksanaan syariat akan jadi lebih mudah, atau sekurang-kurangnya dipermudahkan / dikurangkan kesulitan perlaksanaannya.

Saya tegaskan bahawa PAS bukan menjadikan nama Parti Islam Se-Malaysia sebagai sandaran dan umpan untuk meraih sokongan, akan tetapi dasarnya yang dijadikan perkara pokok. Secara peribadi, saya menyokong PAS bukan kerana istilah Islam pada nama yang didaftarkan, tetapi pada agenda perjuangan yang dibawanya. Andaikata esok lusa PAS lari daripada jalan perjuangan sebenar, apa perlunya saya bersama dengan PAS? Inilah juga prinsip yang dinyatakan sendiri oleh Tok Guru Nik Aziz. Beliau sendiri juga turut menyatakan bahawa dasar PAS ialah Islam. Sekiranya esok lusa UMNO meninggalkan ideologi ala jahiliyah yang melebihkan sentimen perkauman, lantas mengambil Islam yang tulen sebagai dasar mereka, Tok Guru berbesar hati menerimanya. Bab nama UMNO untuk ditukarkan kepada Parti Islam atau sebagainya, itu perbahasan di tangga kedua atau seterusnya. Apa yang penting, andaikata UMNO sudi menggadaikan prinsip utamakan (terlalu melebihkan) Melayu dan meletakkan Islam di depan, maka insyaALLAH PAS tidak akan berkompromi untuk bergabung. Itu andai Islam yang dijadikan dasar dan dikedepankan dalam semua perkara.


Kedua, kepada penyokong PAS, kita perlu ingat bahawa PAS adalah sebuah gerakan Islam. Kita mengambil jalan politik dan pilihanraya bagi meraih sokongan dan autoriti untuk turut sama memerintah Negara. Maka apabila kita mengakui kita adalah ahli kepada gerakan Islam, sudah semestinya akhlaq ahli menjadi tuntutan dan akan menjadi perhatian pihak lain. Maka apabila orang PAS (sebuah gerakan Islam) mudah sangat menggelabah lantas memberontak apabila di’jentik’ dengan isu-isu ciptaan pihak yang suka baling batu sembunyi tangan, kita akan mudah memberikan first impression yang negative terhadap orang luar.


Situasi yang lebih mengecewakan lagi ialah apabila perbuatan biadap sesetengah pro-UMNO yang suka mengedit gambar-gambar Tok Guru dan sebagainya, kita balas dengan perbuatan tidak bermoral yang sama! Saya yakin di dalam mana-mana silibus usrah, Islam tidak pernah mengajarkan perkara seperti ini. Kadangkala, apabila melihat gambar-gambar pemimpin UMNO diedit dengan keadaan yang tidak wajar, saya berasa amat malu, saya khuatir andaikata ada yang mempertikaikan PAS kerana adab-adab ahlinya : “Beginikah yang diajarkan oleh PAS kepada ahlinya?”. Kita sebagai ahli atau penyokong PAS ada jawapannya. Kita yang bertanggungjawab menjawab pertikaian seperti itu! Itu baru bab edit-mengedit gambar,belum cerita bab lain! Kita seolah-olah tidak matang dari segi emosi apabila diuji dalam hal ini. Sebagai ahli gerakan Islam ataupun orang yang cintakan Islam, be professional!

Kita mengharapkan orang lain memberikan sokongan kepada PAS, tetapi hakikat akhlaq sesetengah ahli boleh menyebabkan terhakis kepercayaan orang terhadap gerakan Islam. Yang lebih teruk lagi, sampai ke extent golongan non-muslim mempertikaikan akhlaq Muslim! Kita berdosa!


Bagi yang menyokong perjuangan PAS dan ingin menyumbang bakti dan tenaga di dalam PAS, saya katakan PAS adalah gerakan yang sangat syumul menyeluruh. Wajib kita berpegang dengan dalil dari firmanuLLAHu Ta’ala, dari Surah Al-Baqarah ayat 208 yang lebih kurang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh. Dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, Sesungguhnya dia bagi kamu adalah musuh yang nyata”.

PAS bukan hanya sebuah gerakan yang berqiblatkan political mileage semata-mata. Sebenarnya banyak lajnah-lajnah ataupun unit-unit di dalam PAS yang belum pernah kita maklum akan kewujudannya sebelum ini. PAS ialah parti politik, ia juga adalah badan da’wah, ia juga adalah seberani-berani badan islah (agen pembaikan), ia juga jamaah yang mengiktiraf setiap tenaga dan bakat yang ingin menyumbang untuk kemenangan Islam.


Ingatlah bahawa PAS bukan suatu badan yang hanya tahu membangkang dan terus membangkang (hakikatnya ia ingin membawa kemajuan dan perubahan selaras dengan kehendak Islam, cuma sering berhadapan dengan sekatan, baik dari segi kuasa mahupun ekonomi), akan tetapi ianya merupakan suatu gerakan yang akan terus bertarung untuk survivalnya mengharungi zaman, dan akan sentiasa mendapat nusrah (bantuan) daripada ALLAH SWT, selagi pendokong dan ahlinya berjuang dengan ikhlas fi sabiliLLAH!


Andai perjuangan kita jauh daripada keikhlasan dan lari daripada berqiblatkan ALLAH sebagai matlamat, maka tunggulah ALLAH datangkan kehancuran kepada kita semua!


P/S: Beramal Kerana ALLAH!


Ibn ‘AbdiLLAH As-Sarawaki,

11.57pm,

Isnin, 28 Disember 2009,

Kuching, Sarawak.

4 comments:

Anonymous said...

tahniah ustaz atas penulisan ini. amat mendalam maksudnya. harap ustaz turut mengulas cadangan PTS berhubung al-quran dalam bahasa Iban.

Anonymous said...

thks..ulasan y menarik.tp kita harus berpegang pada hakikat semasa y xmengizinkan pas memerintah.selagi kerusi y dpertandngkan dkt pru x melebihi 148,pas xberdaya untk meminda prlmbagaan malaysia.gbngn pas dgn dap n pkr jg akan memberi masalah dalam pmrnthn..jgn biarkn sej berulg lg.ambl pgjrn dpd ngr palestin y kuat islamnya ttpi dijajah d bumi sendiri..jgn d sebabkn ingn mendapat majoriti mudah,pas sgp bergabung dengan org kafir untk menjatuhkn sesama bngs melayu.

tunangorang said...

hm...ulasan yang bagus.namun hasrat pas untuk memerintah n menggunakan perlembagaan islam sepenuhnya kelihatan agak mustahil setakat ini. pas perlu menang PU dgn sekurang2nya 148 kerusi untuk meminda perlembagaan.gabungan dgn DAP akan mengundang DAP menuntut hak mereka dalam perlembagaan

ir.Imran said...

salam sheikh..
agak smart juga tulisan tu..
tp akh..
enta juga perlu mendalami fiqh thlssiasi tu sndr..

mgkn enta nmpk org y protes itu kebanyakan dr y x ikut usrah..tp bg mereka y berul2 mendalami ilmu thlssi tu, mereka juga akn turut tidak setuju dgn tindakan PAS itu..

Katakan "TAK NAK" Kepada Tabarrujul Jahiliyah!

Katakan "TAK NAK" Kepada Tabarrujul Jahiliyah!
klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

Alternatif Fesyen Islami

Alternatif Fesyen Islami
klik pada imej untuk ke link

Jom Belajar Bahasa Arab

Jom Belajar Bahasa Arab
klik pada imej untuk ke link

Video-video Pilihan

Ustaz Ismail Kamus - Nafsu Makan Ustaz Ismail Kamus - Alam Jin Ustaz Azhar Idrus - Banduan Akhirat Ustaz Azhar Idrus - Tidur 20 Tahun