Darussyifa' Online

Darussyifa' Online
klik pada imej untuk ke link

BIC Smart Shop

BIC Smart Shop
klik pada imej untuk ke pautan

Boikot Zionis La'natuLLAH!

Boikot Zionis La'natuLLAH!
klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

Selamatkan Gaza!

Selamatkan Gaza!
klik pada imej untuk ke link

Friday, May 1, 2009

Celoteh Menjelang Midnight: Apa Cerita Palestin Sekarang?

Assalamu’alaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh,


AlhamduliLLAH, Segala puji bagi ALLAH SWT Tuhan Sekalian ‘Alam Ke Atas Segala-galanya,

Selawat dan salam ke hadrat RasuluLLAH SAW, ahlul bayt, serta para sahabat baginda.


Jam di laptop sekarang menunjukkan jam pukul 11.46pm, dah nak tengah malam.

Baru sahaja sekejap tadi saya dan beberapa orang sahabat balik dari luar, keluar makan. Maklumlah, sekarang ni tengah musim cuti. Dua-dua dewan makan tak buka. Alternative: makan megi, masak sendiri (kantoi!), ataupun makan di luar. Semenjak dua menjak ni asyik makan masak sendiri je kat Pusat Islam – Gulai Sayur kangkung dengan pisang, sardin, pastu sayur kangkung goreng lagi. Ainsha masak. Pandai Ainsha masak, dah boleh jadi ayah orang dah! Kitorang jadi tukang baham je la. AlhamduliLLAH, jimat jugak. Taklah nak makan kat luar atau bantai megi sahaja kerjanya.

Tapi malam ni kitorang tukar plan pulak. Dah naik jenuh makan sardine ngan kangkung. Nak tukar angin pulak. So kitorang makan la kat luar, lagipun ada duit lebih jadi bolehlah makan yang sedap-sedap sikit.


Yearghhhh!! Malam ni kita makan kat luar!!!


Sesampai kat foodcourt berdekatan Shell di salah satu kawasan kat Bintulu, Ainsha cadang cuba try test kedai lain pulak. Asyik De Syamim je, tukar selera la pulak.

Time tengah tunggu makanan sampai, sempat jugak buat usrah ringkas sikit, bincang-bincang. Masing-masing tak tahu nak bukak cerita apa, maka saya kongsikan sedikit antara beberapa perkara yang saya pernah baca dalam buku “Golongan Yang Tercicir Di Sepanjang Jalan Da’wah”….isi-isinya lebih kurang macam yang saya pernah masukkan dalam entri-entri saya sebelum ni (Rujuk siri Permantapkan Agenda Membendung Keciciran).

Lepas tu, time tengah kering kontang mencari isu untuk dibincangkan, tiba-tiba Zakaria mencelah “Ape cerita Palestin sekarang ek? Tak dengar apa-apa berita pun sekarang ni…”. Hafizul menambah “A’ah ek. Mana pergi cerita Palestin sekarang? Dan bla bla bla sehingga seterusnya”. Hafizul apabila sudah bercakap, habis la banyak benda dia keluarkan.


Ya! Betul tu! Saya pun baru terfikir tentang isu tersebut. Bagaimana keadaan saudara kita di Palestin sekarang? Bagus Zakaria, bagu Hafizul, ni yang ana suka bawak antum keluar makan ni. Ada sahaja yang nak dijadikan isu.


Bagaimana cerita isu Palestin sekarang?

Kalau dulu, bukan main lagi dalam warta berita dan juga sidang di Parlimen berdebat dan berbincang mengenai isu penaklukan Zionis La’natuLLAH itu terhadap Bumi Suci Palestin.



Bagaimana pula dengan perkembangan cerita boikot barangan terpilih yang digembar-gemburkan sebelum ini?

Adakah masih lagi memboikot ataupun kita sudah mula mencari rukhsah untuk menerima semula barangan tersebut? Adakah Coca-Cola, McDonalds, dan beberapa produk lain sudah mula diterima kembali dengan perasaan redha dan hati yang terbuka?

Kadangkala saya rasa agak pelik. Kita amat mudah menggelabah apabila ditimbulkan sesuatu isu ataupun kontroversi. Apabila ada cerita baru, maka cerita yang tak berapa lama pun cepat basi. Semangat kita ini seolah-olah bermusim. Dijolok sikit dengan berita ini, melenting. Disampuk sikit dengan berita itu, melatah.

Hari itu, semasa serangan Israel ke atas Palestin, di sana-sini orang buat Qunut Nazilah, di sana-sini orang buka cerita pasal Palestin, di sana-sini ceramah pasal Palestin.

Tiba-tiba esok timbul cerita lain pula. Cerita pasal katak lompat parti, cerita pasal Elizabeth Wong, cerita pasal kerajaan haram di Perak, cerita pasal Unity Government, cerita pasal tulisan Ustaz Nik Abduh. Maka terus sahaja isu Palestin seolah-olah dilupakan. Bukan sengaja lupa. Tapi terlupa, kerana melatah akibat isu-isu baru.

Saya teringat Hadith Nabi SAW “Bukanlah dari kalangan kami orang yang tidur sedangkan jirannya lapar”. Mungkin hadith ini tak sesuai untuk digunakan di sini. Maaflah, saya bukanlah pakar dalam asbabul wurud hadith ni.

Nabi SAW sendiri pun pernah berkata bahawa sesiapa yang tidak memerhatikan urusan kaum Muslimin saudaranya sendiri maka dia bukan daripada golongan ummat ini!


Apa yang patut kita katakan kepada diri kita sendiri sekarang ini?

Semangat berapi-api hanya pada ketika serangan dilakukan secara hebat, tapi mudah sahaja perasaan membara tadi dilunakkan dengan berita seperti “Israel mengadakan gencatan senjata”, “Israel mula berundur dari Gaza”, dan sebagainya. Adakah dengan headline-headline seperti itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa kita sudah menang padahal jaminan itu belum pasti ada? Bukan kita tidak kenal akan perangai Zionis yang sentiasa mempunyai helah itu, mereka itu ibarat talam double-sided! Lihat sahaja perjanjian-perjanjian penuh harapan yang akhirnya dicabul, mem-punah-kan harapan!

Sebenarnya inilah basic gist ataupun intipati sebenar entri pendek ni. Sekadar ingin mengetuk semula pintu hati, bertanya semula kepada diri dan juga yang lain, untuk mengukur semula dalam diri setakat mana keprihatinan kita terhadap isu yang menimpa umat Islam saudara kita di Palestin sana. Adakah sekadar bermusim ibarat Stock Clearance Sale ataupun Merdeka Sale? Ataupun memang Palestin itu sudah terpaut di hati sanubari kita?

Bila lah nak surrender?!

Kita kerap kali disibukkan dengan isu-isu dalaman negara yang kadang-kadang martabat isu tersebut tidaklah sekronik ataupun sebesar mana implikasinya, walau bagaimanapun itu tidak mengapa.

Tetapi ingat-ingatlah juga yang di sana. Walupun mungkin esok lusa Israel betul-betul mahu angkat tangan dan angkat kaki, surrender dari Palestin, tapi jangan pula lupa akan pembangunan semula infrastruktur di sana. Masih lagi mereka perlukan bantuan kita.


Maka jangan dilupakan mereka.


“………………,,,,”

“Eh, abis tu, apa ending daripada perbincangan tadi?”


Setakat tu je la, pastu makanan datang, kitorang makan la. Pastu balik.

Tamat.


Nota : Antara percubaan saya untuk menulis gaya santai, kadangkala malas juga nak layan formal sangat. Takut orang boring nak baca.


Ibn ‘AbdiLLAH As-Sarawaki,

12.49am,

2 Mei 2009, Sabtu,

Bintulu, Sarawak.

2 comments:

Maliana said...

Memang santai...

Teringat ceramah seorang ustaz di UM, kepada umat Islam, cek doa kita seharian. Adakah kita mendoakan saudara-saudara kita di bumi suci Palestin? Adakah kita mendoakan kemenangan buat Islam? Allahummansur islama wal muslimin...Adakah kita mendoakan mereka dalam setiap doa kita? Kalau tidak ada, maka kena cek balik iman yang ada dalam dada.

Dalam program HAMAS'09 di UM beberapa bulan lepas, dalam ucapan seorang wakil dari negara Palestin beliau berkata, 'Kami tidak ingin muslimin seluruh dunia datang ke Palestin untuk menjadi mujahidin kerana Palestin tanah air kami, kami akan mempertahankannya. Tapi kami mohon bantuan dana yang berpanjangan dari seluruh dunia untuk kami mendapatkan senjata melawan Zionis, juga kami mohon doa dari seluruh dunia supaya kami terus diberi kekuatan. Kami mohon saudara-saudara muslim kami dari seluruh dunia menyebarkan kefahaman kepada umat Islam yang lain bahawa perjuangan Palestin ini bukanlah perjuangan mempertahankan hak asasi manusia semata-mata, tetapi perjuangan di bumi Palestin ini adalah perjuangan mempertahankan aqidah."

Cerita seorang ustaz...dalam serangan Zionis beberapa bulan lepas, kerajaan HAMAS telah memberikan pampasan kepada keluarga rakyat Palestin yang terkorban, juga setiap rumah yang rosak di bom di bayar pampasan oleh kerajaan HAMAS. Tapi setiap wang pampasan tersebut dikembalikan semula oleh rakyat kepada mujahidin Palestin. Bagi rakyat Palestin, mereka tidak memerlukan wang itu, tapi para mujahidin lebih memerlukan. Begitu roh jihad yang tertanam di jiwa mereka. Allahu Akbar.

Wira Islam said...

xleh la... nta kan mat skima. jd x best plak x formal...huhu

Katakan "TAK NAK" Kepada Tabarrujul Jahiliyah!

Katakan "TAK NAK" Kepada Tabarrujul Jahiliyah!
klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

Alternatif Fesyen Islami

Alternatif Fesyen Islami
klik pada imej untuk ke link

Jom Belajar Bahasa Arab

Jom Belajar Bahasa Arab
klik pada imej untuk ke link

Video-video Pilihan

Ustaz Ismail Kamus - Nafsu Makan Ustaz Ismail Kamus - Alam Jin Ustaz Azhar Idrus - Banduan Akhirat Ustaz Azhar Idrus - Tidur 20 Tahun