Darussyifa' Online

Darussyifa' Online
klik pada imej untuk ke link

BIC Smart Shop

BIC Smart Shop
klik pada imej untuk ke pautan

Boikot Zionis La'natuLLAH!

Boikot Zionis La'natuLLAH!
klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

Selamatkan Gaza!

Selamatkan Gaza!
klik pada imej untuk ke link

Wednesday, May 13, 2009

Emosi Berblog: Berbijaksanalah Dalam Kemarahan!


Assalamu’alaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh,


AlhamduliLLAHi ‘alaa kulli haal,

Segala puja-puji kepada Yang Maha Hebat atas segala-galanya,

Selawat dan salam ke atas kecintaan lautan ummat – HabibuLLAH Al-Rasul SAW, ahlul bayt serta para sahabat baginda.

Ini nasihat saya kepada penyokong Pakatan Rakyat, penyokong Barisan Nasional dan juga masyarakat blogger serta pengomen setia blog di luar sana.


Saya ada baca di kebanyakan blog-blog yang mengulas isu-isu pertembungan Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional, ada banyak versi respon yang boleh saya lihat. Lebih-lebih lagi di era rampasan kuasa di Perak sekarang ini, dengan kemarahan penyokong setia Pakatan Rakyat, macam-macam benda yang saya baca di dalam blog tersebut. Daripada golongan yang memuji sampailah ke golongan yang mengutuk, sampai juga ke tahap memaki.

Memang tidak dapat dinafikan kemarahan itu, siapa yang suka hak kita sebagai rakyat untuk pemimpin yang kita suka dicabul begitu sahaja? Siapa yang suka kalau orang atas guna berbagai cara kotor untuk tukar sewenang-wenangnya orang yang kita suka?


Tapi dalam meluahkan rasa marah dan tidak puas hati, ada baiknya agar kita hold down perasaan kita itu pada masa itu juga. Bukan apa, takut-takut dalam kita memaki hamun dan juga mengutuk mereka, mengatakan mereka kafir itu ini dan sebagainya, kita pula esok-esok yang ALLAH terbalikkan hati untuk sokong mereka.

Kita sendiri pun mungkin ingat segelintir pemimpin di dalam PAS sendiri yang pernah mengeluarkan statement bahawa UMNO itu kafir dan sebagainya, akhirnya ke dalam UMNO yang pernah dia kutuk itu juga dia kemudiannya.

Yang kita takuti, kata-kata yang sebelum ini memakan diri.


ALLAH adalah Tuhan Yang Maha Memegang Hati Manusia, dan ALLAH boleh bolak-balikkan bila-bila masa – terpulang kepadaNya samada itu ujian untuk hamba-Nya itu ataupun sebagai ‘azab’ kerana perbuatan hamba-Nya itu.


Kalau nak marah, tak apalah, tapi marah biar berpada dan pada tempatnya.


Jangan kata orang itu munafiq, kafir, macam-macam lagi selagi belum jelas padanya karakter-karakter yang membolehkan kita untuk menghukumnya sebegitu.

Kalau kita lihat orang itu tidak melaksanakan hudud pada zahirnya, kita tidak boleh kata dia kafir kerana menolak hukum ALLAH. Boleh jadi dia masih kurang yakin untuk melaksanakannya. Lainlah ceritanya kalau dia memang menolak dengan mengatakan hudud ALLAH tidak wajib dilaksanakan secara verbal.

Ini bukan dari segi cerita politik sahaja. Ada banyak perkara lagi yang boleh dikaitkan dengan isu ini. Marahkan orang bercouple, marahkanlah kerana kemungkaran yang dia lakukan, bukan marahkan dia kerana kita benci sifat peribadinya. Benci orang tak sembahyang, bencikan perbuatannya, bukan orangnya.

Ingat-ingatlah juga kita ini dahulu siapa, kalau tidak kerana rahmat dan kasih sayang ALLAH SWT, masakan kita boleh jadi baik seperti sekarang? Andai ALLAH tidak berikan hidayah dan taufiq-Nya kepada kita, adakah sudah ada jaminan kita akan sokong Islam seperti halnya sekarang?


Jadi, kalau marahkan orang kerana dia rampas kuasa, marahkanlah perbuatannya. Boleh jadi esok hari ALLAH SWT bagi hidayah kepadanya – dia mimpi masuk neraka ke atau macam mana, jangan terkejut dia pula yang akan menjadi orang paling terkehadapan daripada kita dalam membela Islam di Malaysia.


Moralnya, kutukan biar berpada, berkasar biar ada hadnya. Jangan nanti terlanggar batasnya sehingga mencalarkan imej Muslim kita.


Maka blogger-blogger dan pengomen-pengomen sekalian, gunakanlah hikmah dalam berbicara kepada manusia!


Wassalam


Ibn ‘AbdiLLAH As-Sarawaki,

9.16pm,

Rabu, 13 Mei 2009,

Bintulu, Sarawak.

2 comments:

shah mohamad said...

sokong

Suluh Hati said...

Salam ziarah...

That is very true...

Katakan "TAK NAK" Kepada Tabarrujul Jahiliyah!

Katakan "TAK NAK" Kepada Tabarrujul Jahiliyah!
klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

Alternatif Fesyen Islami

Alternatif Fesyen Islami
klik pada imej untuk ke link

Jom Belajar Bahasa Arab

Jom Belajar Bahasa Arab
klik pada imej untuk ke link

Video-video Pilihan

Ustaz Ismail Kamus - Nafsu Makan Ustaz Ismail Kamus - Alam Jin Ustaz Azhar Idrus - Banduan Akhirat Ustaz Azhar Idrus - Tidur 20 Tahun