Darussyifa' Online

Darussyifa' Online
klik pada imej untuk ke link

BIC Smart Shop

BIC Smart Shop
klik pada imej untuk ke pautan

Boikot Zionis La'natuLLAH!

Boikot Zionis La'natuLLAH!
klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

Selamatkan Gaza!

Selamatkan Gaza!
klik pada imej untuk ke link

Tuesday, November 25, 2008

Celoteh Larut Malam: Si X dan Isu Qunut Subuhnya...


Assalamu'alaikum warahmatuLLAH wabarakatuh,

Pada larut malam ini, entah saya bersemangat untuk menulis. Ada seperkara yang terlintas di fikiran saya. Baru-baru ini semasa dalam perjalanan ke B.I.C (Bintulu Iqra' Centre) menaiki kereta Abang Firdaus, kami masuk kepada satu topik yang cukup saya minati - berkaitan Salafi dan Wahhabi. Bukannya saya ini fanatik wahhabi atau mengakui diri saya sebagai salafi ke apa, tapi apabila masuk saja bab ini, yang menariknya bagi saya ialah bagaimana hebatnya prinsip Islam itu sendiri yang mana di sebalik sifatnya yang thabat (tetap) itu, ada juga ruang kemurnian al-murunah(keanjalannya) itu - bahkan besar ruang toleransinya, tidak lain untuk memudahkan seseorang muslim itu sendiri.

Satu contoh menarik dalam skop yang kecil sahaja saya ambil, tentang solat. Setiap mazhab ada pendiriannya sendiri tentang berapa rukun solat, sunatnya, dan lain-lain lagi. Bahkan dalam setiap mazhab itu sendiri pun ada juga khilaf antara ulama'-ulama'nya. Padahal kalau berbalik semula kepada perkara pokoknya iaitu solat, semua itu cuma perkara-perkara khilaf (mempunyai perselisihan pendapat) di dalamnya dan ruang lingkup toleransi terhadap hukum-hukum berdasarkan ijtihad ulama'-ulama' adalah amat luas, begitu juga dengan ruang lingkup kemaafan ALLAH SWT dalam masalah khilaf ini, insyaALLAH. SubhanaLLAH, betapa hebatnya Islam itu sendiri - kaya dengan hukum-hakam, jelas sekali menyerlahkan kebenarannya sebagai Ad-Deenul Haq (Cara Hidup Yang Benar).

Apa yang saya bawa dalam entri kali ini bukan bertujuan untuk kempen Wahhabi, Salafi, Khalafi, haram bermazhab, haram taklid dan lain-lain lagi. Jauh sekali untuk melabelkan golongan ini sesat, golongan ini sekian, golongan itu sekian. Tidak! Saya juga bukan nak blame orang Wahhabi atau Salafi atau mana-mana kumpulan lain, mereka ada hujjah-hujjah mereka sendiri dan keupayaan dan pengetahuan mereka lebih tinggi dalam hal ini, saya tidak sampai ke tahap mereka. Apa yang saya bakal kehadapankan tidak lain bertujuan untuk memurnikan keadaan (tidak kira dalam mana-mana kapasiti, baik masyarakat kampus ataupun masyarakat umum). Saya yakin ramai yang sedia maklum bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ramai yang terdedah dengan fenomena isu-isu membid'ahkan tahlil, talkin, zikir selepas solat, dan macam-macam lagi perkara furu'iyyah (cabang) ini. Dalam pada masa yang sama, terbit juga beberapa figure-figure yang gelagat mereka seolah-olah mereka Wahhabi dan Salafi, di mana pada saat kemunculan mereka, ramai terutama dari kalangan mahasiswa yang takjub dengan mereka, dan ada yang sampai ke tahap taksub kepada mereka. MasyaALLAH! Hebatnya mereka ini. Ada yang mendapat kepercayaan untuk memegang tugas sebagai salah seorang "orang agama tahap tinggi" dalam negara - saya bukan mempertikaikan beliau, bahkan beliau merupakan salah seorang figure ulama' yang saya kagumi dan minati sehingga sekarang.

Saya akui, saya merupakan salah seorang yang turut menerima kejutan budaya dengan fenomena ini. AlhamduliLLAH, ALLAH jadikan fenomena ini sebagai asbab kepada saya untuk lebih memahami dengan lebih jelas tentang tasawwur (overview) mengenai Islam. Pendek kata, pada masa fenomena ini berlaku kesedaran saya terhadap Islam bertambah dan saya semakin berminat terhadap Islam yang sebelumnya belum dipegang seketat-ketatnya. Walau bagaimanapun fenomena tersebut telah sedikit sebanyak mencorakkan cara berfikir saya, tanpa saya sedari bahawa natijah yang dibawa oleh fenomena ini ada juga ke sisi yang negatif (maaf, bahasa terbelit-belit sedikit). Tanpa saya sedari, saya terpengaruh untuk lebih mempertikaikan isu talkin, tahlil dan perkara-perkara kecil sebegitu. Ianya telah membawa saya untuk bersifat extreme dalam melihat isu-isu seperti ini.

AlhamduliLLAH, semuanya bersifat sementara dan fikiran saya telah sempat dimurnikan oleh dua orang ustaz yang saya selalu rujuk berkaitan hal-hal ini - Ustaz Abdul Halim dan Ustaz Salehuddin. AlhamduliLLAH, kini ALLAH SWT telah jadikan saya sebagai orang yang lebih berfikiran terbuka dan boleh menerima pandangan orang lain, hatta pandangan-pandangan dari mazhab-mazhab lain berkaitan sesuatu masalah. Natijahnya, semakin luas Islam itu di mata saya.

*Sememangnya apabila menulis secara spontan dan berfikir pada masa yang sama ini, kita (ataupun cuma saya sahaja) mudah untuk melakukan side-tracking (ataupun terkeluar topik), maka saya alihkan semula perhatian kepada apa yang saya mahu jadikan sebagai titik fokus dalam tulisan ini.

Berbalik semula kepada cerita di dalam kereta bersama Izzuddin dan Abang Firdaus tadi, Ustaz Din ada menyebut tentang salah seorang daripada sahabat kami yang turut join usrah, si X yang nampaknya seakan mengikut jejak langkah lama saya dahulu - extreme dalam perkara-perkara furu' ini. Apa yang dipertikaikannya? Ada beberapa perkara, antaranya bacaan Yasin dan Qunut Subuh. Menurut kata Izzuddin, si X pernah menegur seorang lagi sahabat saya yang bernama Annas tentang Doa Qunut time solat Subuh. Katanya, apa dalil yang mengatakan adanya Doa Qunut dalam solat Subuh ini?
MasyaALLAH, terkejut saya mendengar proclamation seperti itu. Terkejut atas dua perkara:(1) Dia ini tidak pernah dengar hadith tentang bacaan Doa Qunut Subuh ke, dan (2) Apakah layak baginya untuk mempertikaikan hal sedemikian, mengatakan perkataan sebegitu sedangkan kalau mengikut ukuran - dia bukan ahli dalam hal ini, dia cuma berTAQLID kepada orang yang berTAQLID mengatakan tiada asas tentang Doa Qunut time Subuh?
Beginilah secara mudah, bagi saya kalau si X tidak mahu Doa Qunut Subuh di dalam solat Subuhnya, ikutlah. Dah dia rasa lebih enak hatinya berbuat begitu.

Tapi apa yang saya tidak setuju ialah apabila dia mahu membawa perkara seperti ini ke peringkat seolah-olah hendak menegah jemaah Subuh dari melakukan Doa Qunut hanya kerana semua itu bid'ah mengikut ketahuannya (nak kata kefahaman, dia tak faham lagi. Nak kata pengetahuan, dia langsung tidak tahu. Dia cuma menyandarkan hujjahnya atas dasar hujjah seseorang yang juga turut berhujjah atas hujjah orang lain). Saya tidak setuju dengan perbuatan menegah sebegitu kerana perkara khilaf seperti ini jika diperbesarkan boleh membawa sehingga perpecahan dalam komuniti. Orang bisa jadi confuse, carcamarba pula terasa di dalam kepalanya memikirkan mana satu yang betul.

Masalahnya, orang yang bukan ahli dan cetek ilmunya dalam fiqh mahu bercakap seperti seorang yang faqih, menerangkan itu ini betul salah kepada komuniti yang sememangnya belum faham dan akan memandang jelik perbuatan tersebut, cenderung melabelkan orang yang berbuat sesuatu lain dari yang lain (walaupun ada dalil dan hujjah)daripada apa yang mereka amalkan sebagai sesat.
Sedangkan Ustaz yang sememangnya faqih dalam bidang ini pun tidak mahu membincangkan sangat soal seperti ini (tahlil, bid'ah dan macam-macam lagi) kerana tidak mahu masyarakat (yang sememangnya masih kurang berilmu di negara yang majoriti masyarakatnya kurang budaya ilmu ini) jadi keliru, salah faham, gundah gulana, dan tup tup Ustaz itu pula dilabel sesat, terus orang tak mahu dengar kuliah dia, sedangkan Ustaz itu tadi betul.

Inikan pula seorang student yang baru join usrah sehari dua (istilahnya begitulah), terus nak bawak reformasi ke dalam pemikiran komuniti yang didiaminya (canggih jugak bahasa ni). Langkah reformasi pertama: Mansuh Qunut Subuh sebab tiada dalil tentangnya.
Melihatkan kepada betapa besarnya impak perkara ini jika tidak dibendung, maka saya ingin nasihatkan kepada rakan saya itu (si X) dan juga kepada sesiapa sahaja di luar sana yang cenderung untuk membid'ahkan itu ini, menegah itu ini, mendakwa dia Salafi dan Wahhabi agar kurangkan atau elakkan daripada terlalu membincangkan isu-isu furu'iyyah yang sedia kecil ini dan mula untuk memikirkan macam mana nak bela nasib umat Islam yang semakin teruk dizalimi dewasa ini, lebih-lebih lagi isu di Palestin yang masih belum ada penghujungnya.

Tidak salah mahu membincangkan perkara-perkara hukum tadi secara sihat di dalam halaqah usrah atau bersama orang-orang yang ahli dalam bidang itu, cuma jangan terlalu ditekankan kepada masyarakat umum dan mengharap-harap sangat dan menekan-nekan sangat agar mereka menerimanya. Harmonikan masyarakat, nescaya berjaya usaha kita. Jikalau tidak, perkara sebaliknya pula yang akan berlaku - anda mahu menyatukan masyarakat atas dasar ukhuwwah Islamiyyah di bawah payung 'Aqidah yang satu, tapi anda pula yang memecahbelahkan mereka dengan isu-isu cabang (nama pun cabang) kerana kejahilan anda sendiri dalam mempertimbangkan yang mana satu adalah prioriti.

WaLLAHua'alam,


Ibn 'AbdiLLAH As-Sarawaki

Rabu, 26 November 2008

1:19 am

No comments:

Katakan "TAK NAK" Kepada Tabarrujul Jahiliyah!

Katakan "TAK NAK" Kepada Tabarrujul Jahiliyah!
klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

Alternatif Fesyen Islami

Alternatif Fesyen Islami
klik pada imej untuk ke link

Jom Belajar Bahasa Arab

Jom Belajar Bahasa Arab
klik pada imej untuk ke link

Video-video Pilihan

Ustaz Ismail Kamus - Nafsu Makan Ustaz Ismail Kamus - Alam Jin Ustaz Azhar Idrus - Banduan Akhirat Ustaz Azhar Idrus - Tidur 20 Tahun