Baru-baru ini, kita didedahkan dengan isu Sajak Kematian yang setelah sekian lama disiarkan kepada pelajar-pelajar sekolah. dari beberapa sumber berita yang sempat baca, terutamanya media arus perdana dan senpat juga saya baca entri-entri dari beberapa blog – banyak pandangan; ada yang berkata bahawa penayangan video tersebut baik untuk memberikan keinsafan dan kesedaran di kalangan remaja.
Kalau ditanya tentang pandangan saya yang dangkal ini, saya katakan apakah kita bersikap rasional jika perkara yang ma’ruf (ingat ye, video ni memberikan gambaran tentang keadaan di dalam kubur – time soal jawab) dan pada masa yang sama kita ada berbagak-bagak lagi filem-filem yang kebanyakannya tidak memberikan moral secara jelas, hanya berkisar kepada nak cinta – nak kahwin (betul kata Mat Sentul baru-baru ini, beliau tak berminat menonton filem-filem sekarang sebaba takde kualiti, banyak pasal cerita nak berumahtangga sahaja), dan juga tidak berkualiti, cerita-ceritanya mengarut sahaja. Kalau bukan cerita jiwang, hal yang diketengahkan pula sudah semestinya cerita seram. Pontianak lah, Sundal lah, Harimaulah, Poconglah, macam-macam! Hah, apa pula faedah dan moral yang kita dapat daripada cerita-cerita seperti ini? Bukankah dengan menayangkan cerita-cerita seperti ini juga akan mengganggu emosi budak-budak (orang tua pun kadang-kadang 'terkencing' juga).
Tak cukup dengan itu, saya juga dapati walaupun agenda Islam Hadhari sudahpun ‘
Nak kata lagi, tidak kurang juga rancangan yang berbentuk informasi berkenaan hidup artis-artis
Isinya pula kadang-kadang meloyakan – “maaflah kalau time posing untuk ambik gambar nanti saya nampak kurang menyerlah sikit. Maklum la, petang. Kalau pagi tadi, fresh la sikit.” ujar Minah sambil ketawa”….inikah modal insan? Bukan insan, tapi insane (gila)! Menyammmpah aku!! Sebenarnya banyak lagi yang saya rasa boleh menjadi persoalan tentang keselarian Islam Hadhari dengan perlaksanaannya – adakah memang terlaksana atau bersifat retorik (walaupun pada asalnya bukan Islam Hadhari yang saya ingin bincangkan).
Ok, saya rasa mungkin anda dah nampak point yang saya maksudkan – banyaknya perkara yang melalaikan, yang bersifat kebanjiran mengatasi pengisian rohani. Mengapa tidak diteruskan sahaja tayangannya agar sekali-sekala ada juga alternatif sebagai jalan kembali kepada mengetahui fitrah manusia yang sepatutnya, setelah kita ditenggelamkan dengan hiburan dan dunia. Saya rasa pihak yang mahu tayangannya dihentikan boleh berfikir dengan LEBIH MATANG lagi dan BERTINDAK LEBIH BIJAK, daripada menghentikan tayangan Sajak Kematian atas alasan yang remeh.
Apa pun outcome-nya selepas ini, saya berharap agar pihak yang terlibat boleh berfikir secara RASIONAL, MATANG, BIJAK, dan yang lebih pnting lagi, ISLAMIK sebagai added value, sebelum mendatangkan keputusan yang akhirnya boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat, baik di dunia mahupun di AKHIRAT.
WaLLAHua’lam.
Ibn ‘AbdiLLAH As-Sarawaki
Isnin, 24 November 2008
UPM Bintulu.
P/S: Pernah berlaku sebelum ini blog Malaysiakini diblock, atas tuduhan yang disabitkan di bawah Akta Hasutan. Saya tertanya-tanya, kalau Malaysiakini yang bersifat media alternatif boleh diban oleh kerajaan, kenapa pula tiada inisiatif untuk block laman-laman web lucah (mengikut statistic dari satu sumber, lebih kurang 40,000 laman web lucah wujud setiap hari) yang saya rasa lebih berat sifat hasutannya (hasut orang untuk buat munkar) berbanding Malaysiakini? Fikir-fikirkan.
No comments:
Post a Comment