Beberapa minggu yang lepas, saya dan beberapa orang sahabat dari UPM Kampus Bintulu sempat berkhidmat sebagai fasilitator untuk Kem SMART SOLAT anjuran Bintulu Iqra' Centre (BIC). AlhamduliLLAH, program berjalan dengan lancar dan baik, meskipun susah juga nak kawal budak-budak - lebih-lebih lagi di usia mereka dalam lingkungan 7 hingga 14 tahun. Susah juga nak ramal, sebab bukan mudah nak handle antara budak-budak yang dah di peringkat adolescent dan juga yang masih budak-budak sangat.
Keliru juga fikiran memikirkan macam mana kita nak entertain dan handle peserta macam ni. Nak buat gaya matang sikit, takut budak-budak kecik tak faham pula. Nak layan macam budak-budak kecik, yang adolescent pula nak layan macam mana? Biasalah, sudah nama pun budak-budak maka untuk tarik mereka supaya participate susah juga. Saya akui saya bukanlah seorang yang baik untuk berinteraksi dengan budak kecik.
Syukur ada jugak abang-abang engineer dan kakak ustazah dan engineer lain yang turut serta sebagai fasilitator pada hari itu, mudahlah sikit. Sebab mereka lebih terer bab-bab nak handle budak-budak ni (alamat tak lama lagi nak kahwin la tu, hehehehe...).
Walau apapun, program berjalan dengan lancar. Program pagi tu dimulakan dengan ta'aruf oleh pengarah program sendiri, abang Nor Azizi Azizan yang juga bertindak sebagai ketua fasilitator.
Acara seterusnya pula ialah pembahagian kumpulan LDK. LDK pertama - taaruf antara ahli kumpulan masing-masing. Aktivitinya - setiap ahli kena lukis gambar wajah pasangan dalam kumpulan masing-masing. Dalam aktiviti tu, sempat jugak ada yang buat khianat kat kawan sendiri dengan melukis wajah kawan-kawan diorang sehuduh-huduhnya. Hehehe, nama pun budak-budak. Budak-budak U pun masih buat macam tu.
Pengisian pertama disampaikan oleh Kak E'in (http://al-muhandisah.blogspot.com/) yang merupakan sesi pengenalan kepada SIAPA SAYA - mengenal diri sebagai hamba kepada ALLAH SWT dan tanggungjawab manusia di atas muka bumi. Syabas Kak E'in, video-video yang akak tayangkan amat menarik.
Pengisian kedua pulak disampaikan oleh Abang Kamarul. Sesi ni pulak membentangkan kepentingan solat. Syabas Abang Kamarul, penyampaian abang hari tu memang hebat - Mabruk!!
Pengisian ketiga oleh Kak Hafsah Mardhiah (http://hafsahmardhiah.blogspot.com/) yang meng'outline'kan kaifiyat berwudhu'. Hebat jugak budak-budak ni, betul semua jawapan diorang. Hmm, AlhamduliLLAH nampaknya memang bersolatlah diorang kat rumah, insyaALLAH.
Pastu pulak, dekat nak masuk waktu zohor. Tadi dah belajar teori, sekarang masuk pulak bahagian amalinya. Maka ter-rasmilah paip-paip PVC yang Abang Syahrizal dan Abang Firdaus berhempas pulas nak siapkan pagi tu. JazakumuLLAH atas jasa kalian menyediakan paip-paip hikmat tersebut,hehehehe. Time praktikal ni la macam-macam kita nampak. Dari melafazkan niat kuat-kuat "Nawaitul Raf'al Hadathil Asghar...." sampai la ade part yang tak rata basuhan. InsyaALLAH adik-adik sekalian, pertingkatkan lagi usaha ke arah menyempurnakan wudhu' kalian.
Lepas solat zohor, tibalah pulak part saya untuk bentangkan kaifiyat Solat dari awal sampai akhir dan juga beberapa perkara yang perlu diberi perhatian berkenaan solat. Bukan main lagi malam sebelumnya saya membelek semula kitab fiqh untuk merevise semula perkara-perkara yang nak disampaikan esok. Takut tercerita mazhab lain pulak. Dengan versi "Edisi Sabah Sarawak", dengan selambanya saya berinteraksi dengan para peserta menggunakan bahasa Sarawak. Bukan apa, mudah nak tarik perhatian diorang sikit. Masa ni, saya banyak tarik peserta untuk tunjukkan cara-cara / kaifiyat yang saya sampaikan. AlhamduliLLAH, betul belaka jawapan diorang. * Video-video untuk part saya telah disponsor oleh Kak E'in. JazakaLLAHukhair kak E'in. Video-video tersebut banyak membantu ana hari tu.
Lepas teori, praktikallah macam biasa. Kemudian masuk waktu Asar. Selepas solat Asar, kami masuk semula ke dalam kumpulan LDK masing-masing untuk tasmi' bacaan Al-Fatihah dan Tahiyat Akhir para peserta. AlhamduliLLAH, boleh kira juga bacaan mereka. Cuma masih ada lagi yang perlu dipertingkatkan, terutamanya apabila menyebut huruf Ra' yang acapkali disebut Gha'. Pengaruh loghat Sarawak barangkali.
Acara kemuncak ketika lebih kurang setengah jam lagi nak masuk waktu Maghrib. Time ni penyampaian sijil dan cenderahati (button badge Brotherhood Arts - ramai yang nak lencana "Muslimeen United"-jenuh juga nak bagi janji-janji kosong kat diorang ni).
Program tamat kira-kira pukul 6.30 petang. Setelah selesai program, kitorang kemas BIC sebelum balik. Karang jadi one-man show pulak Abang Firdaus sorang-sorang nak kemas.
Kesimpulannya, program hari tu berjalan dengan baik dan diharap program tersebut menjadi program yang muntajih (mendatangkan kesan/berhasil) serta dapat memupuk komuniti yang peka terhadap kualiti solatnya, insyaALLAH.
*Link koleksi foto program di sini:
http://www.saudarakita.org/BIC/images/selepasRamadhan08/KSS/Kem%20Smart%20Solat/
Ibn 'AbdiLLAH As-Sarawaki
10:44 am
17 Disember 2008, Rabu
Bintulu, Sarawak.
Yeahhh PUASA LAGI,SYUKUR.
11 years ago
No comments:
Post a Comment