Darussyifa' Online

Darussyifa' Online
klik pada imej untuk ke link

BIC Smart Shop

BIC Smart Shop
klik pada imej untuk ke pautan

Boikot Zionis La'natuLLAH!

Boikot Zionis La'natuLLAH!
klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

Selamatkan Gaza!

Selamatkan Gaza!
klik pada imej untuk ke link

Sunday, December 14, 2008

PERMANTAPKAN AGENDA MEMBENDUNG KECICIRAN : SIRI 2

“Tidak meletakkan seseorang ‘amilin itu di tempat yang sesuai.”

Dalam siri yang lepas (rujuk “Permantapkan Agenda Membendung Keciciran”), telah disebutkan bahawa terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada keciciran seorang anggota harakah Islamiyyah di dalam perjalanan da’wah. Faktor pertama yang saya sebutkan pada entri yang lalu ialah “Kelemahan Dari Sudut Tarbiyyah”. Maka pada entri yang kali ini, faktor seterusnya yang ingin dibincangkan ialah kegagalan dalam sebuah harakah/gerakan Islamiyyah untuk meletakkan seseorang anggota itu di tempat yang sesuai.


Menurut Ustaz Fathi Yakan di dalam bukunya “Golongan Yang Tercicir Di Sepanjang Jalan Dakwah”, faktor ini terus-menerus menyebabkan kegagalan kerja (tugas) serta menyebabkan kerugian para ‘amilin (pekerja da’wah). Dalam istilah lain, sebuah gerakan itu akan kerugian man-power.

Sesuatu gerakan yang sedar lagi matang ialah yang mengetahui keupayaan anggotanya, kecenderungan dan kebolehan mereka, serta juga mengetahui titik-titik kelemahan mereka. Berdasarkan inilah gerakan itu seharusnya memilih dan memberi tugas kepada seseorang anggotanya itu mengikut apa yang sesuai dengan kebolehannya, kecenderungan, tabi’e dan kedudukannya. Kalaulah gerakan tidak dapat mengetahui secara terperinci tentang keupayaan-keupayaan setiap anggotanya maka gerakan itu tidak akan dapat memilih tugas yang munasabah untuk mereka (para ‘amilin) laksanakan. Kalaulah gerakan itu tidak mengetahui apa yang diperlukan oleh setiap keadaan kerja maka dia (anggota harakah) tidak akan berupaya memenuhi keperluan kerja itu dengan sempurna dan baik.

Analogi mudah, kalau kita nak buka kedai makan masakan Melayu, mestilah kita pilih tukang masak itu dari kalangan tukang masak yang reti masak masakan Melayu. Bukannya seorang chef hotel dari Itali yang cuma reti masak masakan Itali, sudah tentu dia tidak arif dalam masakan Melayu.


Begitu juga dengan sebuah gerakan Islam itu. Contohnya apabila sebuah gerakan Islam itu mengambil keputusan untuk menyertai pilihanraya sebelum ianya mempunyai persediaan yang cukup, iaitu tidak mempunyai wakil-wakil yang berkeupayaan untuk membentangkan fikrah / buah fikirannya, maka wakil yang dihantarnya itu tidak lain merupakan seorang wakil yang tidak mampu – yang tidak syak lagi akan membawa kegagalan kepada sebuah gerakan Islam itu.

Apabila sesuatu kerja yang dibuat oleh sesebuah gerakan Islam tidak mengikut kaedah dan dasar yang dipelajari / metodologi yang betul, dan apabila tidak diketahui apa tugas yang patut diberikan keutamaan untuk dilakukan pada hari ini dan apa yang perlu ditangguhkan untuk keesokan harinya, serta apabila tidak dibezakan yang mana lebih penting serta tidak diketahui urutan kerja, maka kecacatan akan berlaku. Jika situasi ini berlaku di dalam sesebuah gerakan Islam, maka gerakan itu tidak lain hanyalah memenuhkan ruang dengan “nama”, bukan memenuhkannya dengan orang-orang yang berkebolehan dan keupayaan. Inilah yang dinamakan “suatu penyerahan kuasa kepada orang yang bukan ahlinya”.

Sesebuah gerakan Islam – mahu tidak mahu, mesti menyusun unsur-unsur tenaganya mengikut pengkhususan masing-masing.
Ada kumpulan yang menguruskan soal tarbiyyah, ada kumpulan yang menguruskan soal politik, ada yang menguruskan soal ekonomi, ada juga di bahagian riadah dan seterusnya…..

Di samping itu, gerakan hendaklah menentukan program-programnya menurut kemampuannya dalam semua bidang. Kalau ia lakukan lain dari ini maka gerakan itu akan kehilangan keupayaan dan kehilangan wibawanya dalam mengendalikan program serta pemilihan anggota yang sesuai untuk menjalankan tugas yang sesuai untuknya. Keadaan ini tidak ubah seperti suatu rombongan yang kehilangan pemandu.

Ustaz Fathi Yakan memberikan satu contoh yang benar-benar berlaku:
“Saya pernah menemui seorang yang telah dipilih untuk menganggotai suatu badan; tetapi sebelum dia memegang jawatan itu, orang lain sedar tentang kedudukannya - orang sedar bahawa dia telah disalah pilih. Maka dia pun membuat pertimbangan semula dan akhirnya mengemukakan surat perletakan jawatan dan terus meninggalkan tugas tanpa kembali lagi”.

Sesungguhnya proses memilih tempat ataupun tugas yang sesuai untuk seseorang adalah suatu proses yang mesti dihalusi dan dilakukan dengan teliti, tidak mungkin boleh dibuat secara mendadak dan tergesa-gesa.

Gerakan itu mestilah pertama sekali menentukan tabi’e marhalah (peringkat) yang dilaluinya. Juga menentukan apakah daya dan keupayaan yang diperlukan pada setiap marhalah itu. Sebelum memasuki suatu marhalah, gerakan itu mestilah mempunyai keupayaan-keupayaan, sebab perlaksanaan suatu program yang belum sempurna persediaannya pasti akan memerlukan kepada bantuan-bantuan. Dengan ketiadaan bantuan maka bermulalah kecacatan. Natijah daripada itu, kecacatan itu akan menjadi semakin besar dan mengancam para ‘amilin (barisan pekerja) dan juga ‘amal (kerja) itu sendiri dengan berbagai natijah yang buruk.

WaLLAHua’alam.

P/S: Keyword yang paling baik untuk dijadikan pedoman kepada kejayaan dan juga survival sesebuah gerakan Islam itu ialah – MULTI-TASKING.

Dipetik terus dari buku “Golongan Yang Tercicir Di Sepanjang Jalan Dakwah” tulisan Ustaz Fathi Yakan, dengan sedikit penambahan dan pengubahsuaian oleh Ibn ‘AbdiLLAH As-Sarawaki.

Khamis, 4 Disember 2008
3.18 pm,
Kuching, Sarawak.

No comments:

Katakan "TAK NAK" Kepada Tabarrujul Jahiliyah!

Katakan "TAK NAK" Kepada Tabarrujul Jahiliyah!
klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

klik pada imej untuk ke link

Alternatif Fesyen Islami

Alternatif Fesyen Islami
klik pada imej untuk ke link

Jom Belajar Bahasa Arab

Jom Belajar Bahasa Arab
klik pada imej untuk ke link

Video-video Pilihan

Ustaz Ismail Kamus - Nafsu Makan Ustaz Ismail Kamus - Alam Jin Ustaz Azhar Idrus - Banduan Akhirat Ustaz Azhar Idrus - Tidur 20 Tahun