Salam'alaikum wa RahmatuLLAH kepada pengunjung yang dirahmati ALLAH...
Terima kasih, Syukran Jazilan Khairan Katheera kerana sudi bertandang,
Pada entri kali ini, saya berasa terpanggil untuk membawakan sebuah lirik nasyid.
Saya yakin ramai daripada para pengunjung familiar dengan lagu yang saya ingin bawakan ini. Pasti ramai yang mengenali kumpulan Far East, dan antara lagu-lagu hit mereka yang biasa kedengaran di corong-corong radio...antaranya Nur Syahadah, Halawatul Iman, Menanti Di Barzakh, dan lagu personal favorite saya - Kembali.
Kenapa Kembali ??
Jawapan saya: Lirik / Seni Katanya yang cukup menginsafkan dan menyentuh hati... Terkenang segala dosa-dosa yang tak terkira banyaknya... kadangkala sebak turut terasa di dada, kadangkala bergenang air mata!
Dan saya berharap saudara juga begitu, InsyaALLAH...
Kerana itulah hakikat seni nyanyian / muzik yang sebenar dan sepatutnya, yang menurut syari'at Islam - iaitu muzik yang boleh membawa kita untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Far East - KEMBALI
Ya ALLAH,
Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah,
Terangilah Ku Dengan Nur Iman-Mu,
Hanya Engkau Tempat Aku Berserah,
Mohon Maghfirah Di Dalam Syahdu,
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih,
Ampunilah Segala Dosaku,
Laksana Buih Di Laut Memutih,
Hanyut Ditelan Gelombang Nafsu,
Hari-hari Yang Telah Aku Lalui,
Ingin Ku Tinggalkan Terus Bersemadi,
Ingin Aku KEMBALI Kepada Fitrah Insani,
Tak Sanggupku Jelajahi Rimba Duniawi,
Bebaskanlah Diriku Dari Dibelenggu
Dosa Noda Nafsu Durjana.
Terimalah Taubat Ku Ya ALLAH,
Pimpinlah Daku Ke Jalan Redha-Mu,
Moga Sinar-Mu Terangi Hidupku
Di Dalam Kegelapan.
Aku 'Kan KEMBALI 'Pada Mu Rabbi,
Mengadap-Mu Ya Rabbul 'Izzati,
Segala Ketentuan Ku Pasrahkan
Di Hujung Penghayatan.....
Ghulam As-Sarawaki: Vokal Abg Naim memang mantap - men'syahdukan' lagi lagu ni. Sayang, dier skang dah join Mirwana. Tinggal Ustaz, Abg Azwan dan Abg Fadzli je lagi. Apapun, kepada munsyid semua - Teruskan Perjuangan Antum dalam Memartabatkan Seni Islam dan Da'wah!!! Hidup Hidup, Hidup Islam!!!
Yeahhh PUASA LAGI,SYUKUR.
11 years ago
No comments:
Post a Comment