(P/S: Disebabkan rujukan yang saya gunakan ditulis dengan bahasa Melayu lama, maka saya terpaksa mengubahnya kepada bahasa Melayu yang lebih moden ataupun sekurang-kurangnya mudah untuk difahami. Disebabkan bahasa Melayu lama digunakan, ada sesetengah ayat yang memang sukar difahami, maka saya telah translatekan dan susun semula ayat-ayatnya dengan bantuan rakaman Kuliah Munyatul Musolli yang disyarah Tuan Guru Hj Abdul Hadi Hj Awang. InsyaALLAH, semoga dipermudahkan ALLAH dalam usaha memahami isi-isi tulisan ini)
Telah dikatakan oleh sesetengah hukama':
Ditentukan tiap-tiap sembahyang itu padanya ada Nabi dari kalangan anbiya' ALLAH yang bersembahyang padanya.
Orang yang pertama kali sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s tatkala ia keluar daripada Syurga,dan dilihat olehnya kegelapan,maka bersangatan takutnya. Tatkala Subuh dan terbit Fajar, ia bersembahyang dua rakaat, yang mana rakaat pertama ialah kesyukuran bagi kelepasan dari kelam, dan rakaat yang keduanya syukur kerana telah kembali siang hari.
Orang yang pertama sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim ketika ALLAH menyuruh baginda untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s. Kemudian disuruh pula untuk menyembelih binatang penebusan (ingat lagi Nabi Ismail digantikan dengan seekor kibas?). Peristiwa ini berlaku ketika gelincir matahari. Maka solatlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat, yang mana:
rakaat pertama: syukur bagi penebusan anaknya dengan seekor kibas
rakaat kedua: membukakan/mengangkat dukacita anaknya/anaknya(Ismail a.s) tidak jadi disembelih,tetapi digantikan dengan kibas Habil dari Syurga, maka terlepaslah Ismail daripada dukacita.
rakaat ketiga: memohon keredhaan ALLAH SWT.
rakaat keempat: kerana keadaannya yang diberi penebus yang amat besar (kibas).
Orang yang pertama sembahyang Asar ialah Nabi Yunus, ketika mana baginda dikeluarkan dari perut ikan nun (seperti ikan paus), dan baginda di dalam empat jenis kelam:
pertama:kelam kegelapan kesalahan (baginda lari daripada kaumnya sebelum diizinkan oleh ALLAH SWT)
kedua: kelam airnya
ketiga: kelam malam
keempat: kelam dlm perut ikan
dan adalah keluarnya dari perut ikan itu pada waktu Asar, maka baginda bersembahyang empat rakaat kerana bersyukur terlepas drpd 4 kegelapan itu tadi.
Orang yang pertama sembahyang Maghrib ialah Nabi 'Isa ketika baginda dikeluarkan oleh ALLAH daripada antara kaumnya, dan peristiwa itu berlaku ketika jatuh matahari:
Rakaat Pertama: Menafikan ketuhanan selain ALLAH SWT
Kedua: Menafikan tuduhan sebagai anak zina daripada ibunya/mengelakkan ibunya daripada dituduh oleh kaumnya sebagai penzina.
Ketiga: Segala sifat ketuhanan itu bagi ALLAH SWT jua.
Kerana itulah, dua rakaat yang dahulu itu berhubung/saling bersambung keduanya, dan yang ketiganya tunggal (solat Maghrib mempunyai tahiyat awal selepas 2 rakaat,berpisah dgn rakaat ketiga yang bertahiyyat akhir).
Orang yang pertama sembahyang 'Isya' ialah Nabi Musa ketika baginda sesat dalam perjalanan keluar dari Madyan.
Di waktu itu,isterinya, saudaranya Nabi Harun a.s, bapa angkatnya dan musuhnya-Firaun, dan beberapa orang anaknya berdukacita terhadapnya kerana baginda keluar dari Madyan.
Maka kemudian dilepaskan oleh ALLAH keempat-empat dukacita itu daripada Musa a.s, lalu baginda pun solat empat rakaat (kesyukuran dilepaskan daripada dukacita), di mana ketika itu adalah pada waktu Isya'.
Dan pada riwayat yg lain, bahawasanya Subuh itu bagi Nabi Adam a.s, Zohor itu bagi Nabi Daud a.s, Asar bagi Nabi Sulaiman a.s, Maghrib itu bagi Nabi Ya'qub a.s dan 'Isya' itu bagi Nabi Yunus a.s.
WaLLAHua'lam...
(Rujukan: Kitab Minyatul Musolli/Cita-cita Orang Yang Bersembahyang yang dikarang oleh al-Allamah Syeikh Daud ibn 'AbduLLAH al Husaini al Fatoni r.a)
Yeahhh PUASA LAGI,SYUKUR.
11 years ago
No comments:
Post a Comment