Salam’alaik
Artikel untuk dikongsi…
Artikel ini saya tulis semester lepas untuk menjawab persoalan sahabat saya yang bertanya tentang hal mendengar muzik barat, ataupun lebih umum lagi, berkaitan mendengar muzik. insyaALLAH rujukan yang saya ambil adalah dari pnulisan ulama’ muktabar..dan kandungan artikel ini insyaALLAH adalah sahih…..
Wassalamu..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Asal Sesuatu Itu Adalah Harus
Firman ALLAH SWT:
"Dialah ALLAH yang mjadikan sesuatu yang ada di atas muka bumi untuk kamu"
(alBaqarah ayat29)
Sehubungan dengan itu kita tidak boleh memutuskan haramnya sesuatu itu melainkan mestilah berlandaskan kepada nas yang sahih dari alQuran atau Sunnah RasulNya atau kesepakatan ulama' yang tegas lagi meyakinkan.
Jika tidak terdapat sebarang nas dan ijmak (kesepakatan), atau ada nas tapi tidak sahih, atau ada nas yang sahih tapi tidak tegas mengharamkan sesuatu, ia tetap tidak akan mempengaruhi daerah keHALALannya dan ia tetap berada di dalam ruang lingkup keMAAFan yang MAHA LUAS.
Firman ALLAH SWT:
"Dan sesungguhnya ALLAH telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya"
(al An'aam ayat119)
Rasul SAW pernah bersabda:
" Apa sahaja yang dihalalkan oleh ALLAH dalam kitabNya adalah HALAL, apa saja yang diHARAMkan oleh ALLAH dalam kitabNya adalah HARAM, apa sahaja yang didiamkan oleh ALLAH tentang kedudukannya, maka terimalah dari ALLAH kemaafanNya,kerana sesungguhnya ALLAH tidak akan melupakan sesuatupun" HR alHakim& alBazzar. Seterusnya baginda membaca firman ALLAH SWT :
"Dan Tuhanmu tidak pernah lupa" (Q.S Maryam ayat64)
Rasul SAW bersabda :
"Sesungguhnya ALLAH telah memfardhukan beberapa fardhu, janganlah kamu melanggarnya & mendiamkan sesuatu sebagai rahmat kepada kamu, bukan kerana lupa, janganlah kamu mencari-carinya"
HR adDaruQutni.
Jika inilah kaedah yang perlu diambilkira, manakah nas dan dalil yang menjadi sandaran kepada orang yang mengharamkan nyanyian,& apakah sikap golongan yang mengharuskannya?
Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan oleh sahabat kita tadi, yang saya nampak lebih bernada "adakah salah mendengar muzik Barat/apakah kedudukan muzik Barat?".
Pada pandangan saya yang dhaif ini, dalil-dalil dari Quran dan hadith-hadith yang dikemukakan sudah cukup untuk menyatakan kedudukan asal mendengar muzik, iaitu HARUS. Bukankah muzik yang baik itu merupakan halwa telinga yang boleh menenangkan jiwa yang resah, sedih, down dan lain-lain. Bukankah ianya membangkitkan semangat dan perasaan gembira? Jikalau ada yang mengatakan muzik-muzik tidak boleh didengar kerana ia membawa ke arah kelalaian, ambillah iktibar dari sebuah hadith yang berbunyi;
Nabi SAW bersabda
"Sesungguhnya segala amalan yang dilakukan itu diambil kira berdasarkan niat & setiap orang itu dikira amalannya berdasarkan niatnya melakukan amalan tersebut….(dan selanjutnya)" HR Muttafaqun 'alaih. Ianya adalah hadith pertama terdapat dalam sahih al Bukhari.
Dr Yusuf al Qaradhawi berkata:
"Orang yang mendengar muzik dengan niat untuk membantunya melakukan kemaksiatan kepada ALLAH, adalah orang yang fasik. Begitu juga amalan-amalan yang lain selain dari mendengar muzik yang dilakukan dengan tujuan yang sama. Sebaliknya orang mendengar muzik dengan niat untuk memperkuatkan ketaatan kepada ALLAH & menguatkan lagi semangatnya dalam melakukan kebajikan, dia adalah seorang yang taat dan berbuat baik dan perbuatannya itu dikira sebagai termasuk ke dalam ertikata kebenaran. Orang yang mendengar nyanyian yang tidak bertujuan ke arah kemaksiatan dan bukan juga kebaikan, perbuatan itu dikira sebagai perbuatan yang lagha (sia-sia) yang dimaafkan”.
Cuma yang perlu saya ingatkan di sini, ialah terdapat beberapa garis panduan dalam mendengar nyanyian, iaitu:
1. Nyanyian itu adalah sesuai dengan sopan santun Islam dan selaras dengan ajaran-ajarannya sahaja.
Nyanyian yang dilarang adalah nyanyian yang membawa keraguan ke atas asas-asas keimanan iaitu keraguan dalam perkara prinsip, tempat kembali manusia & hal-hal kenabian. Juga dilarang dari mendengar nyanyian yang menyanjung penguasa yang zalim, melampaui batas & yang fasik. Begitu juga dengan nyanyian yang menyanjung kaum wanita mata keranjang.
Firman ALLAH SWT:
“Katakanlah kepada lelaki yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka.”
( anNur ayat30)
“Katakanlah kepada kaum wanita yang beriman, hendaklah mereka menutup pandangan mata mereka.”
( anNur ayat31)
2. Cara menyanyi juga satu perkara penting yang perlu diambil kira. Cara mnyanyi yang menimbulkan syahwat, membangkitkan nafsu berahi dan menghairahkan, menimbulkan ghairah seks, menggugah persoalan suka, cinta dan menyalakannya dengan berbagai cara yg menggoncangkan nfsu, terutama sekali bagi kalangan muda – mudi adalah dilarang sama sekali.
3. Nyanyian tidak boleh diiringi dengan aktiviti haram seperti minum arak, mempertontonkan hiasan dan kecantikan kepada orang lain (contoh mudah :ALIZEE) dan percampuran bebas antara lelaki dan wanita, tanpa sebarang batas dan ikatan dan tanpa ada sedikit perasaan malu.
Sabda Nabi SAW:
“Sesungguhnya satu golongan dari kalangan ummatku akan minum arak dan mereka akan menamakannya dengan nama lain, sambil mereka dikelilingi dengan alat-alat muzik dan penyanyi-penyanyi wanita, ALLAH SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam tanah dan menjadikan rupa bentuk mereka kera-kera dan babi-babi” HRIbnuMajah.
4. Nyanyian – sebagaimana aktiviti-aktiviti HARUS yang lain – hendaklah dibatasi dengan sikap yang tidak berlebihan, terutama sekali nyanyian sentimental yang mengandungi permasalahan cinta dan rindu. Manusia bukanlah makhluk sentimental sahaja. Perasaan sentimental bukanlah semestinya berlegar sekitar persoalan sahaja. Cinta bukanlah sekadar kepada wanita sahaja. Wanita pula bukanlah sekadar jasmani dan syahwat sahaja dan tiada yang lain selain itu. Sehubungan itu, aliran deras lagu-lagu sentimental yang menghairahkan perlu dibendung.
5. Satu perkara yang perlu diberikan perhatian ialah setiap orang perlu menjadi faqih atau mufti kepada dirinya sendiri. Jika nyanyian yang didengar itu menimbulkan ghairah seksnya, membujuk rayu dan menggoda, membuatkan fikirannya menjelajah ke alam khayalan, dan menjadikan aspek kebinatanganny mengatasi aspek kerohaniannya, di saat itu dia perlu menjauhi nyanyian itu dan menutup semua pintu yang boleh mendatangkan fitnah kepada hati, agama dan moralnya, sehingga keadaan kembali tenteram dan dia pula menjadi tenang.
SEPERKARA yang ingin saya tambah ialah nyanyian tersebut hendaklah bebas dari sebarang unsur mencarut (seperti sesetengah muzik Barat yang diminati oleh muda-mudi masa kini) , tidak mengutuk orang lain yang tidak zalim, tidak medustakan / tidak mencerca ALLAH, RasulNya, para sahabat dan ISLAM sendiri.
Saya ingin berpesan agar kita tidak melampaui batas dan tidak bersikap keterlaluan dalam mendengar nyanyian. Selalu mendengar muzik bukanlah menjadi satu kesalahan, tapi yang kita takuti ia boleh menimbulkan kelalaian jika berlebihan.
Renungi hadith dan kata-kata hikmah berikut…
Suatu hadith berbunyi:
Nabi SAW bersabda “Orang yang berakal, tidak akan bergerak menelusuri perjalanan melainkan kerana 3 tujuan: iaitu mencari punca penghidupan, mncari bekal untuk akhirat dan mencari kesenangan yang tidak diharamkan” –maksud alHadith.
Imam Abul Laith asSamarkandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin (Peringatan Bagi Orang-orang Yang Lupa) mendatangkan riwayat dari Saiyidina Ali r.a yang bermaksud “Seharusnya mereka yang berakal tidak bersungguh-sungguh melainkan dalam 3 perkara, iaitu berusaha untuk keperluan hidupnya, beramal untuk hari kemudian dan bersuka-suka dalam perkara yang tidak haram”.
Kata-kata hikmah Ibn al Muqaffa’ :
“Saya tidak melihat sikap berlebih – lebihan dalam suatu perkara melainkan di situ terdapat hak yang dipinggirkan dan disia-siakan”
Rujukan dan petikan dari:
SENI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM / Al – Islam wa al-Fan
Tulisan Prof Dr Yusuf al Qaradhawi
Al-Qahirah
Perniagaan Jahabersa
WaLLAHua’lam.
Ibn ‘AbdiLLAH/Ghulam asSarawaki
Yeahhh PUASA LAGI,SYUKUR.
11 years ago
No comments:
Post a Comment